wusshhh!! kisah lelaki. Haruslah aku bercakap pasal lelaki kan sbb aku pompuan. Lainla klu pompuan yang direction dia bukan kepada lelaki..betol tak labu?
Eh skang kol bp ek? Oh dah kol 1. Inilah masanya aku nk menaip entri. INGAT! jangan makan gaji buta. Skang time lunch break since aku kan pose so leh la aku mencari hiburan untuk diri sendiri..dah2 get back 2 earth!!
Oh pasal lelaki tadi. Actually aku ada terbaca satu artikel pasal lelaki lam satu mag so just nk share2 la ngan korang. Almaklumla kekadang lelaki ni boleh dikatakan spesis yang sukar juga nak difahami pemikiran mereka kan. Since aku pon ada gak berkawan ngan lelaki yang boleh dikatakan anak mak so tu yang rs nk sembang pasal tajuk ni.
Kata penulis ni, setiap anak tak kira lelaki @ pompuan akan lebih rapat ngan mak berbanding ngan ayah. Tp bg aku biasanya dia akan jadi opposite sket..anak pompuan lebih rapat ngan ayah n anak lelaki lebih rapat dengan mak. Sbb aku sendiri memang rapat ngan ayah smpaila ayah aku meninggal so skang aku kenela rapat ngan mak. Aku ni bukannye ape tp sbb aku rs arwah ayah aku lebih cool compared 2 mak aku yang lebih garang n outspoken kan hahahah...
Eh watpe cite pasal aku kan?? kata nk citer pasal lelaki tadi..yerla bagi aku sesuai la sangat klu anak lelaki rapat ngan ibu sbb da memang jadi tanggungjawab dorg pon kan untuk jaga ibu klu dorg lom kawen. Tp bukankah klu dia da kawen pon, ibu itu tetap tanggungjawab dia?? sbb klu dorang xbertanggungjawab kalu, berdosa lah baginya. Tak cium bau syurga nnt. Selain tu, dorang ni kene tunjukkan ketaatan kepada ibu 3x lebih utama daripada bapa. Huh berat tu..nak2 kalu dorg ni adalah anak lelaki sulung. Huh risau pulak aku bila bercakap pasal ni. Adik2 lelaki aku yang 3 ekor tu betul2 faham tak pasal neh???? (lain mcm lak rs bila yang da kawen tu asyik blk umah mak mentua jerrr!!)
Tp biasanya anak lelaki ni memang sayang kt mak dorg cuma kadang dorg tak tunjuk jer. Cuba tgk cite kt tv..wpun sejahat dan sesamseng mana pon dorg tp klu ngan mak tetap baik jerr..(refer citer CSI la tuh!) tp ada gak la jenis mak2 yang xleh terima kenyataan yang anak kesayangan dia da kawen dan ada isteri untuk dikasihi. Ini jenis mak yang xleh berkongsi kasih. Mak cani selalunya akan kongkong anak dia, anak ni pon melayan je mak dia smpai lupa kt isteri sendiri. (minta simpang jgnla aku dapat mak mentua cani ahaks!!)
Anak mak ni pon mmg jenis yang cannot stand klu orang kutuk2 atau kritik mak dia. Lebih2 lagi isteri sendiri so kepada puan2 jgnla cari pasal. Puji mak mentua tu lebih sket tau sure si suami akan senyum je smpai ke telinga. (Pandai je aku neh wakakkaaka!)
Eh korang ada tgk drama sempena hari ibu kat astro tak weekend ari tu? aku xingatla tajuk dia tp hero dia aaron aziz n mak dia sheila mambo. Citer ni bukan mak dia tp xbest tp menantu dia yang hampeh. Nk sangat si aaron tu kawen ngan orang kaya da parents pompuan tu siap soh janji lagi ngan dorg supaya si aaron (watak nama pe aku xingat juga) ni sayang bini dia lebih dari dia sayang mak dia. Mak aih apa kes??? tp best gak cite ni. Aku klu dapat mak mentua baik cmtu taula aku ambik ati dia cane. Tp last2 mak dia meninggal juga, time mak dia sakit bini dia xbg blk kg sbb dia kata mak orang tu buat2 sakit n plus dia xtahan dok kg. Nsb baik la mak dia da ampunkan dosa2 dia dunia akhirat klu tak naya je kan? Anak2 skalian silalah ambik iktibar yer.
Ini penulis tu bagi ciri2 anak lelaki mak;
1) mudah lemah apabila menyentuh tentang pengorbanan ibunya namun boleh berubah menjadi agresif apabila ibunya dikutuk wpun realitinya ibunya bukan seorang wanita yang baik.
2) sejahat mana dia, dia tetap akan patuh dan taat pada ibu
3) kebiasaannya, apabila seorang lelaki menyayangi ibunya, maka dia juga akan menghormati dan menyayangi isterinya sepertimana ibunya..(oh patutla lelaki suka pompuan yang ada sifat keibuan hik!)
4) pantang bagi lelaki jika ada insan yang membenci ibunya termasuk isterinya sendiri.
Tip: biarpun suami membuka cerita tentang keburukan ibunya, sebagai isteri jgn cuba2 menambah @ mengiyakan kata2nya itu. Klu nk komen biar yang +ve je tau or else save ur comment!
5) lelaki suka wanita yang dapat menjalinkan hubungan rapat dan mesra dengan ibunya kerana bukan sembarangan orang yang mampu memenangi hati ibunya. Klu boleh rapat tu meaning serasi la tu.
6) sayang anak lelaki kepada ibunya sama seperti dia sayang diri dia sendiri.
7) ada waktu lelaki tersepit di antara kasih seorang ibu dan isteri. Namun dek kerana sayang ibu lebih mereka lebih biarkan hati sang isteri terluka dengan alasan isteri boleh dipujuk kemudian. (ada patut??)
8) mereka menganggap masakan paling sedap adalah masakan ibu..xsiapa pon dapat menandingi air tangan ibu mereka (aku setuju!)
9) wanita yang memiliki sifat keibuan adalah antara ciri2 isteri yang dicari oleh seorang lelaki. Ini kerana ada kalanya, lelaki mahu dijaga oleh seorang 'ibu' apabila da kawen.
10) bagi lelaki, ibu adalah insan yang paling rapat dan sangat memahami mereka (bukan lelaki lebih rapat ngan kengkawan ke??)
Apa-apa pun bagi aku, i can live with that (mommy's boy) better than an immature man..sbb pada aku sudah sememangnya tanggungjawab mereka begitu cuma kadang2 dorg kene tahu cara nk tackle problem yang melibatkan ibu dan isteri. Tp aku pon, insya Allah klu da kawen n ada anak nanti aku pon nak anak aku sayang aku lebih dari dorg sayang bini dorg huhu..(-_-")
Read more...