ape ni?





Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, 20 March 2012

Petua Penjagaan Badan

Eh selama ni aku mmg amalkan sebahagian dari petua yg org ni bagi pon.. cuma xderla serius sgt..rupanya klu wat betul2 leh turunkan berat bdn ek!! Jom kita follow tp baca dulu artikel dibawah ni yer..


Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh membawa kemudaratan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah anda prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada andaa, sewajarnya anda mengambil sikap berhati-hati.

Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting, keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:

1. Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari, jangan makan makanan yang mengenyangkan. Cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.

3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga, cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda berpuasa, elok kalau anda melakukan senaman.

C. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 7 hingga 14 hari mengamalkannya.

by: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Read more...

Friday, 16 July 2010

Aku adalah gemoks!!


Aku ni gemuk! (sedar diri pon!) tp dah tak tau macam mana dah nk kuruskan badan. Klu diet pon turun paling banyak pon 2kg jer..tp klu nk naikkan berat wah senang giler!! klu seminggu asyik makan nasik je pon badan aku da macam di pam2. Kadang aku jeles betul ngan orang kurus yang banyak makan tp badan tetap menten jerr. Caner nk wat tu?? Taulah metabolisme dia tinggi tp klu aku nk naikkan metabolisme aku boleh ke??

Agaknya aku kurang disiplin kot. Satu lagi ada fakta kata..tido yang cukup membantu menurunkan berat badan tp aku asyik tido lmbat jerr. Susahla kan??

Masalah berat badan iaitu obesiti adalah masalah global. Aku pon rasa aku obese gak! Bila da gemuk ni risau gak nnt akan dapat mcm2 penyakit. Tp hari2 bila time makan tu bukannya nk kira ko da consumed bp banyak kalori. Da masuk perut baru nk menyesal!! da la time keje asyik duduk je dpn komputer...bilik aircon. haruslah badan pon xberpeluh. Badan n baju pon wangi je dari pagi smpai petang..lainla klu ko g tggu order mkn kt kedai..pastu ko cium baju ko..mak aih bau da mcm makcik tukang masak kt kantin daa..hahhahha..

"Obesity means accumulation of excess fat on the body. Obesity is considered a chronic (long-term) disease, like high blood pressure or diabetes. It has many serious long-term consequences for your health, and it is the second leading cause of preventable deaths in the United States (tobacco is the first). Obesity is defined as having a body mass index (BMI) of greater than 30. The BMI is a measure of your weight relative to your height."


Aku jumpa plak artikel ni;

Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka.

Terdapat kajian sebelum ini yang menunjukkan pengumpulan lemak di bahagian pinggang sebenarnya meningkatkan risiko penyakit.Kajian terkini menunjukkan bahawa kegemukan di abdomen ada kaitan dengan kematian awal. -------> Aiyoo!!

Para penyelidik turut mendapati bahawa wanita yang mempunyai lemak berlebihan di pinggang lebih berisiko untuk mati lebih awal kerana komplikasi jantung berbanding dengan mereka yang berpinggang kecil.

Sebagai contoh, wanita yang bersaiz pinggang sama atau lebih daripada 35 inci dianggarkan untuk meninggal lebih dua kali lebih awal kerana penyakit jantung berbanding dengan wanita yang bersaiz pinggang 28 inci sahaja (mengenepikan indeks berat badan). Sama juga risiko bagi mereka ini untuk meninggal akibat kanser.

Pada masa yang sama, wanita yang mengalami obesiti turut berisiko untuk berhadapan maut lebih awal daripada usia yang sepatutnya.----huhu takotnyerr!!

Bila da gemokss..harusla akan dapat penyakit stressla, hipertensi la segala..
Hmm..kita patut kawal segalanya secara keseluruhan bukan gaya hidup atau pemakanan semata. Akula tuh!!

Antara langkah yang dicadang oleh Persatuan Hipertensi Antarabangsa ialah---->>

  • Makan lebih banyak sayur dan buah-buahan, lebih baik jika yang colorful punya.Ambik at least 5 hidangan buah dan sayur everyday.

  • Jadikan buah-buahan tu sebagai snek so kira ganti jajan la ni. Ianya mengelak pengambilan garam berlebihan.

  • Amalkan gaya hidup aktif. klu kt opis tu cuba berjalan ke sana ke mari..Luangkan masa untuk berjalan, berbasikal, berjoging atau menari la poco-poco selama 30 hingga 60 minit sehari sekerap mungkin.

  • Kurangkan pengambilan mknn seperti keju, kerepek dan keropok, sosej, ayam goreng bersalut tepung, kekacang masin dan daging dalam tin------>> yang ni la yang paling aku lemah sesangat!!!

  • Kurangkan mknn segera yang diproses termasuk biskut, burger, kek, pai, pizza dan segala jenis roti.

  • Baca label sblm membeli. Sila ambil tahu apa yang nak masuk lam perut kita yer!

  • Jangan langkau waktu makan. Makan 3x sehari dan sebaiknya dinner sebelum Maghrib or at least 3jam seblm tido!

  • Kecilkan saiz hidangan bermakna sila kecilkan saiz pinggan yer kawan2.! Kurangkan sumber karbohidrat anda. Eat more protein.

  • Kurangkan pengambilan garam dlm masakan. sukatan dibenarkan ialah satu camca teh tau less than 240g sehari. Naikkan rs masakan dengan gunakan herba.

  • Jangan tambah sos klu dah masukkan garam sbb sos tu sendiri da ada banyak garam!!

  • Beli barangan yang kandungan garamnya rendah.


Read more...

Friday, 4 June 2010

Petua untuk pesakit kencing manis!!

Hohoho..nama cam manis je tp penyakitnya berbahaya. Zaman skang budak2 pon da ada yang menghidap penyakit ni apetah lagi orang tua kan?? Nak-nak klu da memang ada keturunan untuk penyakit ni kan. Tapi kan zaman skang ni susah nk cakap la..jaga makan susah tak jaga makan pon susah jugak! Yerla kadang ada jugak manusia yang aku tau mmg sangat menjaga cara pemakanannya tp tetap juga kene penyakit di kalangan 3 serangkai tu aka kencing manis, darah tinggi dan juga jantung. (jantung ke? xsure lak aku lg satu ni ape huhu!)

Tapikan dalam banyak2 ubat yang aku dgr untuk mengubati penyakit kencing manis ni, inilah satu2 nye petua yang aku memamg tak penah dgr. Ini pon secara kebetulan gak dorang citer time aku outstation itu hari.

Pada mulanya dok citer pasal madu lebah jer. Time tu gak aku baru tau yang madu asli ni sebenarnya mahal rege dia. Yg dorg jual madu asli tualang kat Kuala Tembeling ari tu pon adala lam rm140. Huh mahalnye! berkira aku kan? biasa beli ada la rm40 -rm60 je tah2 tu pun da kene kencing ngan orang (sbb da dicampur gula). Nak2 plak yang dibeli daripada orang asli...hoho skang dorg tu da bijak. Dorg mmg sah cmpur gula jer. Orang yang penah stay kt Cameron Highlands ckp, yang ajar orang Asli tu pon orang melayu gak! huh hampeh tol!!

Bila dorg bg test madu asli tu..perghhh rs dia mmg lain laa. Best jer. Ada rasa masam2 manis. Lembut jer..suave!! patut la mahal. Tp bagi pengamal minum madu ni rm140 tu kira celah gigi jer demi utk kesihatan kan. Dan lagi, dorg ckp madu ni bagus esp utk wanita pas bersalin. Dorg pon citer gak klu Sultan Pahang g mana2 n kalu ada rakyat yang hadiahkan madu tualang tu..jgn cobe3 nk rembat coz Tuanku ingat bp btl yang dia dapat. See! betapa bestnya madu tu! Even Sultan pon doesnt want 2 miss it!! Takpela besok2 klu aku da kaya skett aku order la madu tu utk wat bekal makan ari2 teeheee..:D


Eh da lari tajuk plak aku ni kan? alaa..itukan info jugakkan so takpela ek! Berbalik pada citer petua untuk orang kencing manis kan?? biasa aku dgr org ambik insulin la kt spital..pastu klu yg tradisional sket..dorg soh amik hempedu bumi..tp utk yang ni da penah ada kes plak coz terlampau sangat takut kene kencing manis..ambik hempedu bumi banyak2 smpai terlebih dos da pastu hempedu tu pecah. Da masalah penyakit lain plak yang datang. Sbb terlampau pahit kot ek!! aiyaa..manyak takot oo!!

Yang orang kt c2 bgtau lagi best. Ubatnya adalah cicak jerrr!! (huh cicak????) geli geleman aku dgr. Biar betul??? tapi encik itu cakap kawan dia mmg almost kene potong da la tangan dia sbb kene kencing manis. So pastu dia nekad je try cara ni. Kira last resort laa.. (smbil taip smbil bygkan pon aku rs geli dowh!) maka dia pon menjalankan misinya. Menangkap cicak. Alhamdulillah diizinkan Allah. Kira 2x makan je luka orang tu terus kering n xjd potong. Hoyea!!

Aku tanya cane nak makan??? gulp?? dia kata orang tu carila cicak jgnla yang besar gadabak plak kang susah nk telan kang haru!. Pastu bersihkan buang perut segala..pastu uwekkk...(aku yang muntah dgr citer) sumbat lam pisang pastu telan. Adoyai!! aku rasa klu aku mmg xleh lepas kot. Aku tanya lagi leh tak pas bersihkan cicak tu, bakar tumbuk smpai hancur biar xnmpak pastu telan?? dorg kata boleh la kot tp xtau plak khasiat dia sama ke tak???? huhuhu...perlu ada ketahanan mental neh!

Tp dorang cite gak..kwn dorg yg da sembuh tu da tak makan lagi la cicak tu. Tapiiiiiiiiiii ada jugak kawan dorg yang lain yang da jadikan habit makan cicak kunun utk elak penyakit ni (boleh ke??) smpai cicak plak yang lari bile nmpak dia...ahaks!! haru sungguh!!


Read more...