ape ni?





Monday 6 September 2010

Jika Orang Tak Sudi..huhu

Hmm..actually aku ni tgh sedih...sedih sgt! rasa cam da xder mood nk raya pon. Tp xperla hidup mesti diteruskan..takkanla kita nk mengharap pada yang tak sudi yer dak?
mungkin aku ini sgt tidak layak untuk menagih kasih dari orang itu. Yerla hidung tak mancung pipi pon tersorong-sorong la kan. Orang kampung lak tuh! ape pon mls nk pk panjang..i've 2 move on no matter what. Someday dia akan ingat apa yang aku da penah wat utk dia itu pun klu dia tau untuk menghargainye! *sigh*

Kat bawah ni aku tepekkan gurindam yang aku request dari seorang blogger..credit to
Azlina coz sudi send kan gurindam ni utk aku. Thanx for sharing!

Jika Orang

Jika orang tidak suka,
Madu diminum terasa cuka,

Jika orang sudah benci,
Nama disebut dikata caci.

Jika orang sudah tidak sudi,
Tiada gunanya kita berbudi.

Jika orang tidak pandang,
Diam sahaja jangan meradang.

Jika orang tidak peduli,
Ular menjalar dikata tali.

Jika orang tidak kisah,
Bawa bertenang jangan gelisah.

Jika orang buat tak tahu,
Tiada gunanya berganding bahu.

Jika orang tak mahu bersama,
Tiada gunanya bekerjasama.

Jika orang tidak pelawa,
Jangan sekali berasa kecewa.

Jika orang tidak dengar,
Sunyi sepi walaupun hingar-bingar.

Jika orang tidak ajak pergi,
Tidak mengapa tidaklah rugi.

Jika orang sudah tidak percaya,
Cicak kecil disangka buaya.

Jika orang tidak menjemput,
Senyum sahaja jangan hamput.

Jika orang tidak mahu,
Buat sahaja tidak tahu.

baca lagi seterusnya...


Jika orang tidak sayang,
Jangan cuba nampakkan bayang.

Jika orang sudah marah,
salah sedikit naiklah darah.

Jika orang tidak kasih lagi,
Jangan ditanya ke mana pergi.

Jika orang tidak menyapa,
Lupa sahaja jangan berjumpa.

Jika orang sudah tidak ingin,
Panas terik terasa dingin.

Jika orang tidak simpati,
Usah mengadu buat sakit hati.

Jika orang tidak mahu tolong,
Tiada gunanya terlolong-lolong.

Jika orang tidak beli salam,
Agaknya terlupa ajaran Islam.

Jika orang mahal senyuman,
Jauhi diri usah berteman.

Jika orang diam sahaja,
Jangan cuba hendak brmanja.

Jika orang sakit hati,
Sabar sahaja dan hati-hati.

Jika orang tidak sembahyang,
Pahala kurang dosa terbayang.

nukilan ~ mas adeki 15/08/2002




Read more...

Thursday 2 September 2010

Dari Wanita Untuk Lelaki by Jamal Farghali Zainal Abiddin

Rasa nk share ngan korang hasil tulisan dari seorang lelaki ini..kiut sgt!


Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.

Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.


Read more...