ape ni?





Monday 31 May 2010

Bagaimana nak bercakap dengan seseorang yang sangat lurus!!

Hmm entri aku 2,3 menjak ni penuh ngan persoalan bagaimana jer kan?? Huh bila difikirkan menambahkan stress. Ape guna aku tampal artikel cara nak menangani stress tu?? Untuk dibaca dengan kepala lutut kah?? Huh stress! stress!! antara isi kandungan artikel tu..kejap ye korg ini takde kene mengena ngan tajuk entri pon. Artikel tu kata klu kita sedang marah @ stress, ape yang kita patut lakukan adalah;

  • Katakan pada diri sendiri " saya sedang marah!"
  • Bertenang..kira hingga 10, tarik nafas panjang2 dan istighfar.
  • Kenal pasti kenapa kita marah.
  • Cuba dengar penjelasan orang lain.
  • Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain.
  • Sila beredar jika tak dapat nk kawal kemarahan ituuuu!!
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan.
  • Membiasakan diri memaafkan - menerima hakikat bahawa manusia juga melakukan kesalahan.
Skrg, aku mmg pasti ape yang menyebabkan rasa stress dan marah aku ni. Biasalah orang ni kan bila marah mula lah berprasangka yang bukan2. Prasangka tu pulak lebih kepada diri sendiri. Diri ada wat salah ke kt orang smpai orang wat mcm2 ngan kita.

Gerrrraammmmmmmmmmmm!!! aku mmg da tahap naik kpl da ni. Tahap gaban tahap dewa bagai. Klu aku simpan da naik senak dada aku. So aku pon fikir punya fikir. Ambik keputusan aku akan hamburkan skarang biar padan muka dia. Ignore aku sangat. Ambik kau!! 10lai sms aku antar kt dia. Mula2 aku tanye dia samada dia ada penyakit murung ke ape. Pastu da attack dia segala. Aku kata dia suka simpan perasaan la. Taknak cakap ngan orang pastu stress. (aku da terlepas cakap sebenonye hukhuk!) pastu aku kata dia taknak anggap aku kawan dia la. Tak sudi nk kawan ngan aku laa ape laa. Soh dia delete nama aku dari list kawan2 dialaa (padahal klu bleh jangannnnnnnnnnnnn!!!). Minta maaf la sbb takleh jadi kawan yang baik. Klu ada hutang bgtau laa..kira mcm skrip drama habess wa cakap lu!!

Last2..dia jawab ape tau?? "Sesungguhnya bersangka baik terhadap saudaramu adalah jalan yang paling baik"..huhu terkedu sekejap aku. Isk..aku telah berprasangka ngan dia ker? Aku ni fikir pasal aku. Adoyaii! da pastu dia kata bukan dia yg kene luahkan perasaan tp aku!! Aku?? dia cdgkan aku g cari sape2 yang trustworthy untuk bercakap. Huh penat je aku taip pjg2 bagai nk rak tekan2 keypad hp aku yg da sedia rosak tu. Kesudahannya dia ckp cani jer?? Dia tak notice pon ayat aku yg mrh kt dia. Letihnya aku!! argggggghhhhhh stress! Dia tetap tak perasan pon isi kandungan yang sepatutnya dia faham. Cane ni?? susahnya nk wat org cam dia fahammmm.

Read more...

Thursday 27 May 2010

Blank!

Hari ini terasa seperti maruahku berada di tapak kaki saje. Betapa selama ini aku sanggup menebalkan muka menghantar msg segala. Sebagai kawan aku rs tidak salah untuk kita mengambil tahu dan mengambil berat tentang keadaan kawan kita yang lain walaupun berbeza jantina. Namun sekiranya niat baik itu disalah ertikan sebagai 'suka lebih dari seorang kawan' dan terus segala sms kita yang bertanyakan khabar tidak dilayan dan tidak dibalas dengan sengaja..ape ini??

Sekiranya tidak sudi untuk berkawan ataupun tidak tahu bagaimana untuk memberitahu yang diri tidak mahu diganggu, pleaseee at least be frank!!! kerana walaupun kata-kata boleh melukakan perasaan namun ianya lebih melukakan hati seseorang yang bernama kawan atau sahabat sekiranya dia dibiarkan/dipulaukan secara senyap. Kesenyapan boleh membunuh dan tidak mungkin orang yang menjadi mangsa keadaan itu akan diam tanpa berfikir apakah salah dan silap yang telah dilakukan!!! *sigh*

Read more...

Wednesday 26 May 2010

Mode: berserabut!

Aku tidak tahu samada aku patut rasa gembira, kecewa, sedih lega atau apa lagi. Saat ini serasanya aku sudah boleh bernafas dengan agak tenang. Sudah boleh menerima kenyataan bahawasanya setiap perkara yang kita inginkan dalam hidup tidak semuanya akan kita perolehi even if we really wanted it so bad!!! walaupon sedalam mana kita menyayangi seseorang itu, tidak bermakna orang itu akan merasakan sepertimana yang kita rasa. Kadang orang kata carilah seseorang yang menyayangi kita daripada kita menyayangi orang lain..tp adilkah kalau kita tidak dapat menyayangi dia sepertimana dia menyayangi kita?? (sentimentol pulak aku ari ni!!)

Last nite, it was supposed to be the happiest moment for me. After being surrounded with all the uncertainties then last nite, i'd be able to make a decision for myself. Yes it is for my own good. Smlm untuk tahun ini, my so called 'best friend' dah agreed nk temankan aku gi makan. Wah at last! padahal sblm ni kemain susah lagi nk ajak kuar. Itupun sbb aku pancing dia sket. Konon2 aku teringin nk makan sesuatu. Dia ni biasanya akan layan je bab kempunan aku ni hahaha..

Janji pas solat Isyak. Waktu aku sms dia, dia kt masjid lagi. Ingatkan janji ngan lagi sorg member n wife dia kt situ. Tup2 member tu tak jadi sbb anak dia demam. So tinggal aku ngan dia je la. Aku terfikir. Allah nak bagi peluang untuk aku membuat keputusan tanpa diganggu orang lainkah?? (dalam hati sedikit gembira). Da lama tak jumpa kann...rindu lak rs! (hahahha gataii!!)
Dia masih berpakaian pejabat. Alamak dia pakai baju yang aku pilihkan ari tu laa. Machonye kuikuikui..sinsing lengan baju lak tuh! suke3

Rasa malu di dalam hati. Nak naik kete dia ke kete aku. Kete dia jerla. So aku pon naikla kete dia. Dah kunci kete? dah kata aku. Aku tengah pikir apa modal nk mulakan percakapan. Cari umpan dowh! so aku pon startla tanyekan member yg lain nape tak diajak bersama. Dia kata umah orang tu jauh. Pastu barula leh start ngan soklan2 lain. Tp sepanjang makan tu yang aku perasan, dia memang nk cari kawan bercerita. Kawan aku ni mmg seorang yang agak pendiam dan yang aku perasan dia mmg ada trust issue. Dia tak akan bercerita pada sebarang orang. Daripada cara dia bercerita aku tau dia memang da lame simpan cerita tu. Kesiannn! (tula sape suruh da lama tak contact aku!!)

Dia seorang yang complicated dan sukar dibaca hati dan perasaannya. Dalam pada bercerita tu, aku inform dia yang salah sorang member kursus kitorang nk kawen tak lama lagi. Dia kata adala orang yang frust nanti. Aku kata yerla. Dia tanya aku sape? aku kata orang tu laa kan ke awak penah mentioned dl? hmm...dl ingat saya pon nak gak tackle dia tp bila saya tgk dia hebat sangat berpidato rs tak jadi plak! Aku kata da awak lambat mmglaa lain kali klu nak tackle pompuan jangan lambat nanti tak dapat hahhaha (itu ayat aku tambah sendiri lm hati jer wakakaka) nape dengan aku dia bleh bercerita perkara2 yang dia tak ceritakan pada orang lain?

Tapi apa-apa pon tujuan aku soh dia temankan aku gi makan ialah supaya dia akan menghabiskan semua makanan yang ada. Dia yang aku tau tidak suka membazir. Walau mcm mana kenyang pon perut dia tp klu masih ada lauk yang tertinggal seketul dua sure dia akan habiskan hehehhe..baguskan?? lagipun aku tau yang pasti aku memang takleh nak habiskan makanan tu sbb itu dia adalah calon terbaik untuk ajak makan. :D

Aku rasa smlm tu singkat sangat. Walaupun aku sendiri menahan mengantuk tp aku cuba juga menjegilkan mataku dan elakkan menguap depan dia. Smpaila dia sendiri yang ajak aku balik.
Sebenarnya aku kesian sangat ngan dia. Disebabkan dia cmtu aku harap dia akan ditemukan dengan sorg pompuan yang dapat memahami dia. Bagi aku, ini adalah noktah penghujung pada harapan yang aku simpan selama ini...namun aku akan masih terus berdoa dan bertawakkal.

Read more...

Tuesday 25 May 2010

Ada hadis rupanya pakai sanggul tinggi tu..

Tengah belek2 artikel kawan2 kt FB smbil merilekkan muscle tangan dan jari jemariku yang da ader simptom tendonitis nih, aku terbaca satu artikel which i think very relevant 2 Muslim women nowadays. Member tu pon amik dari email gak but since sharing is caring kan so aku nk gak la share ngan korang pasal bende ni sbb aku ni mcm author of the article tu jugak....was very tempted 2 try out a new thing but after i read this, i think it's better not 2 proceed with the intention...Read on!

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

Pesanan Rasullah SAW... sampaikan lah hadithku walaupun dengan hanya sebaris ayat....

Read more...

Monday 24 May 2010

uwaaaa,,keje! keje!keje!

Sadisnya saat ini aku masih lagi di opis mengabehkan keje-keje yg urgent!. Naik berpinar biji mata rasa. Klu cmni permata hijrah pon takleh nak nolong. Tangan aku plak da sakit. Da lebih seminggu. Rs cm dapat simptom sakit sendi tangan akibat terlampau banyak main menaip @ menggunakan mouse. Serious skt. Skang aku da cm takleh angkat bende berat da!! haru ni!! jgn melarat da laa..


Ini baru sempat nk bukak blog..niat lm hati ada nk letak post pasal penyakit tp masa takdo la pulak! Ini pon smentara ada kt opis lg. Aku pose ari ni, so bos aku kata buka posa ngan i laa kang! (wpun dia tak pose pon..harap2 dia banje aku makan teehee.)aku da temankan dia stayback ok. Bagi nota minit mesyuarat la apelaa..lagipon ari ni kan baru gaji. Eh nape aku tak dengar orang azan pon. Ke da masuk maghrib nih??? k la ciao

Read more...

Saturday 22 May 2010

Bagaimana nak mengampu kakak yang bekerja???

Huhu malam ni leh online sbb ada broadband pinjam.teehee..:D

Sebenarnya ini kisah adik aku pulak.

2,3 ari lepas dia call. Tak penah2 call aku. Ingatkan ada emergency ke ape.

Aku: hello! ade pe?

Adik aku: Kak La tlg call blk, takder kredit laa..(isk!)

Aku: Yer laa..(aku pon call la dia balik dengan segera)

nape? ader pe call?

Adik aku: takder pe..saje jer..!

Aku: laa aku cepuk jugak budak ni karang..ade penye cuba bgtau!

Adik aku: Kak La tolong belikan jam.

Aku: Jam mana pulak nih? jam ari tu ke?

Adik aku: Bukannn.. yang ari tu tak cantik. Di nk jam casio! klu bleh satu kaler je sumer.

Klu bleh yang takder mix ngan kaler lain.


Aku: Huh! beli jam? jam ko yang banyak2 tu nape? kan ke ari tu Kak La da beli jam casio jugak. Nape?rosak ke?

Adik aku: Takderlahh. saje orang dah boring pakai jam yang ade skang!

(Ceh malaun punya adik aku ingatkan jam dia da rosak!)

Aku: Oh itu, takde maknanya. Kak La yang nk jam baru ni pon lom beli2 lagi jam pujaan hati tau tak? Kak La skang nk bergaya pakai jam RM40 je tau!!

adik aku ni mmg tau aku ni baik hati kot (hahaha up diri sendiri!!) lambat laun dia sure akan dapat jugak.

Aku: Tgkla cane nanti.Klu ada duit lebih pas Kak La beli jam utk diri sendiri baru kak La belikan untuk ko ok! Ko beli sendiri takleh ke?

Adik aku: alaa gaji Di ciput je kak La.Mana cukup!

(alahaii kesian plak wpun jam tu sbenarnya bkn bende yg necessary pon! memandangkan dia skang dok umah tlg jaga mak aku sejak ayah aku meninggal n keje pon smpingan jer of coz la xleh nk menyimpankan!)


Aku: da tu ko nak jam yang mcmmane rupenye neh? (bg harapanla kunun!)

Adik aku: oh takpe nnt org emailkan gmbar jam tu ok!

Aku: yela..emailkan la tp jgn dok hrp sangat!!

Esoknye bila aku cek mailbox aku tgk da ader da email daripada adik aku. Fuh sepantas kilat nk mengepau wallet aku. Di samping email gambar jam tu ...adik plak email sampingan yang dia bg kt aku...amboi.amboi. Kat bawah ni ha:




~FAKTA KEHIDUPAN~



REMAJA:

Ada masa + ada tenaga ..tp takder duit!




ORANG YANG BEKERJA:

Ada duit + ada tenaga..tapi takder masa!




WARGA EMAS:

Ada masa + ada duit....tapi takder tenaga!



Jadi berpadanan ..... pada masa yang ada.
Jangan terlalu fokus pada kerja sahaja..... sehingga tidak ada waktu.
Kerana suatu hari nanti meskipun ada wang yang banyak, belum tentu ianya sempat digunakan!


Bagusss betull adik aku neh!!

Oh tapi dia ada tambah lagi kenyataan kesian pastu..Takpelah klu K.La takder duit. Saya faham. K.La simpan la duit banyak2 . Saya akan menanti bila K.La bagi saya suprise nanti!! Terima kasih sebab belikan saya jam..(huh budak neh mcm2!)





























Read more...

Thursday 20 May 2010

Hangin satu badan!

Semalam aku mmg rs nk marah tahap gaban jugaklaa apabila berurusan ngan orang yang suka mencari kesilapan ngan kelemahan orang lain. Nak kita layan dia mcm sultan. Siap tanya lagi. Awak knl sape saya?? mak aih tak padan ngan berkopiah. Cara approach orang tak berhikmah langsung!! (baik ko tanggalkan je kopiah ko tu!!) cm &*$#@! padahal orang dah minta maaf sbb lmbt sket jer. Itu pun ada courtesy aku nk minta maaf klu tak jangan harap laa. Uiks! xbleh jugak minta maaf dl. Kene dgr dia membebel + maki + perli smpai habes baru la aku leh nk minta maaf. Nk orang layan dia at the first sight. Asal nmpak glimps ko je kitorg kene bersiap depan pintu laa cmtu???? bangang!! Mslh pentadbiran org dia taknak tahu yang pasti dia nk first hand treatment.

Tak puas hati. Nak wat assessment skang juga. Buatla. Ada aku kesah? Ingat ko besar sangat ker?? so next time ko dtg kitorang nk kene bentang carpet merah. Orang cm ko patut tak yah dilayan dari awal pon. Buang masa jerr!! Daripada orang ikhlas nk membantu terus jadi xikhlas. Mcm la dl dia keje bagus sangat. Klu ko bagus 4 sure ko jadi Ketua Pengarah kan?? huh bikin panas ini orang. Aku ni smpai mengucap dalam hati, minta diikhlaskan hati nk wat keje yang mcm ni. So aku kene ingatkan hati aku. Nanti tak berkat pulak gaji yang aku dapat neh!! :)

It is mentioned in a Hadeeth to the nearest meaning that our Beloved Prophet Muhammed (Sallalahu Alayhi Wasalam) said:-

"A strong man is not the good wrestler but one who controls himself when he is angry." (Bukhari)



Read more...

Wednesday 19 May 2010

Alahai ibuku!

Last weekend, ibuku pergi ke Langkawi. Saje jalan2 katanya. Shopping2 dan berkenal-kenalan ngan kawan-kawan baru. Time nk naik bas dia da start call aku bgtau. Pastu time nk naik feri pulak. Aku cuma call dia agak2 bila dia da sampai ke destinasi jer. Yelah nk pastikan dia betul2 smpaikan. Klu tak sampai aku jugak yang susah nanti kang!!


First day shopping, dia call aku tanya aku nk ape. Laa..kan da cakap takyah beli pape pon cuma belikan dark choc jer. Dia kata ok. Dia da beli byk choc da pon. Pastu dok citer ngan aku betapa bestnya Langkawi tu sbb banyak barang leh shopping. Pinggan mangkuk. Beg. Cokelat. Ape lagi? best2. Ha tak ingat dunia la tu. Aku pesan ngan mak aku, tak payah beli byk sangat ma kang susah nk angkut wak balik. Dia kata; yelaa, ma beli sket jer...yang lain2 tu next trip la pulak. Wahhhhh ada niat nk datang shopping lg rupanya yer mak aku neh!! :P

Pastu dia call lagi. Eh! ma jumpa tshirt Langkawi ni cm cantik jer, ko nk tak?? Eh mak aku neh. Tanye aku pulak. Ma nih, nk belikan takyah la tanya..klu ma beli orang pakai je nnt. Huhu..(padahal lm hati bestnya!! lalala...) mak aku ni ada satu habit. Dia suka beli barang kt aku dan anak2 lain. Tp aku lebih sket la kot sbb aku anak pompuan sorang. Smpai da keje skang pon dia still belikan barang lagi. Tak tau la kalau dan kawen besok cane huhu..:P

Pastu g tpt lain kol lagi. Eh ada jumpa baju lagi laa. Ko nak tak? isk..isk ma ni. Nk beli tu beli jer laa tp klu xbelikan pon xper. Org xkesah (ye ke xkesah??). Eh dah ko apesal tak call ma? asyik ma je call ko? Lah mak aku ni. Kita taknak kacau dia tgh sedap2 makan angin dan shopping. Yela nnt org call. (cakap jerla ko!)
Mak aku ni such an impulsive buyer gak tau. Dia ada tendency untuk jadi big spender. Mana taknya rambang mata tgk barang murah. Beli kain batik smpai 12 lai. Aku tanya nk balik jual ke? Dia kata taklah. Saje je. Boleh bagi dekat orang. Huh betapa generousnya mak aku neh!!


Last day kat sana dia call lagi. Ari ni nak balik da. Duit ma da tinggal RM50. Alahai mak aku. Best la datang kali ni. Banyak tempat jalan n shopping. Makan pon murah (time aku pegi xmurah pon!..ops lupa hotel provide makan daa!!) Mak aku kata klu arwah ayah aku ada kan best, leh payung2 untuk shopping segala. Ni skang klu ma takde duit ma mintak kat ko je la yer!! (gulp! huhu yerla ma org bgla setakat termampu). Btw, ma aku belikan aku baju smpai 3 lai dari asalnya nk beli selai jer)n cokelat berbakul2....yeeha thanx ma! ape2 pon aku sayang mak aku..:)


Inilah makcik H tgh sebok kol sape tah!


Read more...

Tuesday 18 May 2010

Anak sapa la ni??

Aku just nk share ngan korangla video sorg budak ni yang ditujukan khas kepada ibu dia bersempena ngan Hari Ibu. Ekceli video ni ada member kt FB yang post kan. Lawak ada, terharu pon ada. Ape2 pon bertuah ibu budak ni. Sejuk ibu dia mengandungkan dia. Aku try upload xtau boleh ke tak. Kiut jer dia walaupun sedikit sengal hahahhah.. Hmm..tak berjaya upload nampaknya so korg klik la link kt bawah ni ek!!

Dia cakap dengan loghat utara. Korg pahamkan?



Read more...

Kata2 hari ini!

Aku da lupe ngan azam aku semalam nk letak satu kata2 hikmat setiap hari..:P
So inilah pilihan aku untuk ari ni. Setakat ni lam english jer. Nnt aku letak lm BM laks!
"Think positively when things get bad on one day, for that may be the prelude to another day filled with joy and happiness!!"

Read more...

BEN ASHAARI : JELAJAH BLOG 4.0



Hohoho Ben sudah bukak siri jelajah blog lagi! 4.0?? ape tu? cam die hard 4.0 je gayanya..

ehem (clearkan tekak sket)..smlm aku cm biasala menyekodeng blog Ben ni pastu menyibukkan diri tanya soklan bersama-sama ngan sorg blogger lain. Ape yang aku tanye?? Oh aku tanya la method nk bg Ben jelajah blog kita cane. Tup2 petang smlm Ben pon kuarla ngan entri Jelajah Blog 4.0 tu. Tp 18x gakla aku pk nk bagi Ben jelajah ke tidak blog aku ni. Bukannye ape aku malu laa..da la aku agak2 buta sket bab2 blog ni huhu..ni pon pg ni baru aku terhegeh2 nak wat entri ni tau setelah aku pk habis-habisan, lmbt sket la tapinya. Boleh kan Ben?


2. Nama samaran dan Nama Blog


Nama samaran?? hmm nama samaran aku takdo. Kt cni mmg aku letak nama betoii la tuuu..sama cm lm FB aku. Bukannye apa spy sng kengkawan aku nk cari aku nnt. Oh tp biasa orang panggil aku Su @ Ila. Mana2 je aku xkisah. Nama blog aku seperti yang tertera adalah hampessblog sbb mula2 nk wat blog dl, puas aku pk nk letak nama ape tp sbb aku xbp nk kreatif makanya aku letak je la nama hampessblog ni sbbnya..aku rs blog aku ni agak2 hampeh kan. Korg rs tak? yelaa..blog aku ni takde subjek yang khusus pon. Contentnya pon caca merba. That's y laaa ahaks!!:P


Mula2 awal tahun ari tu aku tgk org ada blog, aku pon nk ada blog gak. Blog org lain cantik blog aku hampeh. Tp lama2 bila aku menjalankan aktiviti sekodeng blog orang aka blogwalking ni kira aku dah buleh upgrade sket la blog aku muahahhahha (pat my own shoulder!!) apa2 pon the credit goes to my fren (Farra) sbb kerana beliau telah bermurah hati untuk menjadi cikgu aku dan mencadangkan beberapa blog yang ada tutorial untuk aku blaja. Tadaa!! (over tau!!) inilah hasil blog aku yang tak seberapa ni.
Perasaan aku bila da ada blog ni ialah; (skema siot ayat kau!!) aku rasa best sbb aku xyah lagi menulis pakai pen. Blog ni aku anggap mcm jurnal aku. Aku akan letak apa sahaja yang aku suka ikut mood aku. Kt lam ni jugak aku leh simpan n share artikel2 lama aku without hassle n fear. Tanpa perasaan bimbang digigit tikus. Blog ni juga tempat aku nk bg pendpt aku tentang sesuatu isu semasa. Lantakla orang nak kata ape. Yang pasti blog aku ni mcm2 ada kot no!! wakakkakkak..:D (aku da start membebel cm Ben ker nih??)

3. Saya tahu segmen ini melalui------------------------------------------>
uish! of coz la melalui blog empunya diri. Blog En Ben ni kan da masuk lam bloglist aku so aku nampak la bila ada entri baru. Oh cane aku leh tau tentang blog Ben ni mula2 dl.?? mcm aku katakannnn keje aku kan dok menyekodeng blog org jer so aku terjumpa la blog En Ben ni secara xsengaja. Dah bukak baca sket2. Pastu lama2 cm best plak baca bebelan si Ben ni muahahahhah so aku pon terus mskkan dia lm list. See..gigih tak aku. Kenela letak blog org femes seketul dua so nnt klu dia ajar ape2 kira da dapat ilmu baru. Betul tak?
So, En Ben...mekasih yer klu sudi jenguk blog saya ni!:D


Read more...

Monday 17 May 2010

PETUA MEMBELAI CINTA (Siri 5)

Betul ke siri 5?? isk aku smpai da tak ingat da pon. Disebabkan panjang no la kan artikel tu terpaksa la diriku refresh blk entri2 last week. Oh nk cek no siri je..siri entri ye bukannye BMW 5 series !! k laa..aku smbgkan je yer. Eh lupa nk bgtau yg ni kira yang last pasni xder daa..(fuh legaaaa!)(-_-")


TEGUR CARA BERHIKMAH

Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya: "Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepada-Nya jua mereka dikembalikan.


Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya."

Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan. "Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. "Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik ke rumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Antara maksudnya, "Tha, Ha,
(Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah." Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga ke pusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya!.

"Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat.

Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api neraka."



Read more...

Peguam bukan Islam nk jadi peguam syariah???? ape kessss??

Last friday, aku tertengok uish 'ter' plak kan ngehnegehngeh..:P news kat tv 9 pasal ni. So aku cm terperanjat la jugak.

Takde angin. Takder ribut. Tup-tup muncul pulak kes mcm ni. Biasa klu mahkamah syariah kita selalu dok dgr pasal kes kawen cerai jerr ni ada pulak isu permohonan dari peguam bukan Islam ke Mahkamah Sivil bagi tujuan mendesak MAIWP menerima dia sebagai peguam di Mahkamah Syariah. Rujuk (
sini).
Tapikan..isu ni dorang takder nk kecoh2 sangat pun. Nak je aku maki si peguam k*&$%# tu!! geram aku!!! xcukup ke ngan isu kat civil court tu smpai hal berkaitan agama orang pon dia nak masuk cmpur.
Aku setuju la sangat dengan kata Presiden Peguam Syariah Malaysia, nama pe aku xingat. Klu dia menang ngan permohonan tu hohoho alamat rendahlah martabat agama Islam nnt. Kata beliau setiap kes syariah memerlukan peguam berhujah dengan menggunakan nas-nas dan dalil lam al-Quran so klu seorang bukan Islam berhujah dengan menyebut ayat al-Quran sebagai dalil sokongan sedangkan dia sendiri bukan seorang practitioner kepada agama tu xker mcm seolah-olah isi Kitab Allah itu dipermainkan dan dipijak2?? for sure la ada contradiction kt situ kan?

Aku rs mmg la sangat xsesuai bagi dia untuk jadi peguam syarie. Melainkan dia masuk Islam dulu hahahha..:P Undang2 yang mengatakan seseorang boleh menjadi peguam syarie adalah seorang warganegara beragama Islam perlu dikekalkan. Apa2 pon aku rs Persatuan Peguam Syarie kene la keje keras sket sbb nk kene cari hujah2 lain utk rebutt blk.. Harap2 Allah permudahkan. Amin.


Read more...

Kata-kata hikmat

Aku ingat pasni aku nk letak satu quote setiap harilah! (itupun klu sempat!:D~),
So kata-kata untuk ari ni ~
"If you have made mistakes in the past, learn from them and let them go"

Read more...

Sunday 16 May 2010

PETUA MEMBELAI CINTA (Siri 4)

sambungan lagi dan lagi! ambik pengajaran dari kisah di bawah. Bukan senang nk kawen sbb nak cari pasangan yang betul2 jujur dan ikhlas tu sangat susah klu xkene gaya!!

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA

Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya.

Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?" Pemuda itu menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab, "Tidak pernah," Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,'Tidak pernah.' Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. "Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.' Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya."!

Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan," sarannya.

Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan.

"Cara untuk mengatasi ! masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.

"Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap haribulan, si suami memukul atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh di sudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk," ujarnya.

Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam, maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka. "Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya. Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa. Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan. Lama-kelamaan ibunya bertanya, "Engkau sakit ke, asyik diam aja." Si anak menggelengkan kepala.Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin," ceritanya.


Read more...

PETUA MEMBELAI CINTA (Siri 3)

Ini antara pecahan tajuk yang best untuk dibaca dan dipikirkan. Bukan sekadar baca sipi2 je..!

CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.

Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?" soalnya.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak di awal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

Read more...

Saturday 15 May 2010

PETUA MEMBELAI CINTA (Siri 2)

Ini adalah sambungan yang semalam..

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK

Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.

"Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah.

Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.

Read more...

Friday 14 May 2010

PETUA MEMBELAI CINTA (Siri 1)

Haha tajuk best kan?? Inilah artikel yang aku paling suka sekali hohoho..:P
Bukan sekadar artikel tau. Ini sebenarnya adalah isi ceramah daripada Ustaz sukaramai iaitu Ustaz Ismail Kamus. Aku ingat nk simpan untuk aku je tp memandangkan tak baik simpan ilmu sorang2 so lebih baik aku share ngan korang kan? Content dia aku da baca dan teliti dan aku rasa memang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat hahaha xkirala bujang ke, da kawen ke, tgh bercinta ke waima tgh nk tambah cawangan pon buleh baca tau!!

Tapi panjang sangat isi ceramah ni so aku rs aku pecahkan ikut siri je la yer..klu korang nak baca smpai habes sila la jadi follower aku wakakakkakka (boleh gitu??) xder hal la aku xkisah pon...singgah baca pon buleh jer. Ilmu itu kan untuk dikongsi bersama barulah leh berkembang kan?

So silalah baca isi yang di bawah ini ok! *wink*

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun di tengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan. "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita.

Sebenarnya bukan susah melayan isteri. Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan
harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah
tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan
wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah
cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.

Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

cane? bestkan?? tunggu lagi smbungannye besok dan seterusnya yer!! :))

Read more...

Makanan yang sebabkan barah (baca tau!!)

hmmm kalau tgk internet memang sumer benda tak bley makan/pakai tapi yg kat bawah ni buat jadi guide okeylah :)) aku pon xtau juga sejauh mana kebenarannya tp klu nk ikutkan logik mmg logik jugalaa.

1. Jika anda makan satay.............jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen!Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. Berani kalu tryla tgk ape jadi!

3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore".

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5, Palmolive,Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop,Nature Force dan lain-lain lagi. Balik pi lah belek sendiri kandungannya. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koay teow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond = Licence to kill!


6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman.Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.(Oh patutlaa elok je garingnye bawang segera tu!)


Sebarkanlah maklumat ini kepada orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi termasuk aku huhu.



Read more...

Thursday 13 May 2010

Perihal lelaki anak mak


wusshhh!! kisah lelaki. Haruslah aku bercakap pasal lelaki kan sbb aku pompuan. Lainla klu pompuan yang direction dia bukan kepada lelaki..betol tak labu?


Eh skang kol bp ek? Oh dah kol 1. Inilah masanya aku nk menaip entri. INGAT! jangan makan gaji buta. Skang time lunch break since aku kan pose so leh la aku mencari hiburan untuk diri sendiri..dah2 get back 2 earth!!


Oh pasal lelaki tadi. Actually aku ada terbaca satu artikel pasal lelaki lam satu mag so just nk share2 la ngan korang. Almaklumla kekadang lelaki ni boleh dikatakan spesis yang sukar juga nak difahami pemikiran mereka kan. Since aku pon ada gak berkawan ngan lelaki yang boleh dikatakan anak mak so tu yang rs nk sembang pasal tajuk ni.


Kata penulis ni, setiap anak tak kira lelaki @ pompuan akan lebih rapat ngan mak berbanding ngan ayah. Tp bg aku biasanya dia akan jadi opposite sket..anak pompuan lebih rapat ngan ayah n anak lelaki lebih rapat dengan mak. Sbb aku sendiri memang rapat ngan ayah smpaila ayah aku meninggal so skang aku kenela rapat ngan mak. Aku ni bukannye ape tp sbb aku rs arwah ayah aku lebih cool compared 2 mak aku yang lebih garang n outspoken kan hahahah...


Eh watpe cite pasal aku kan?? kata nk citer pasal lelaki tadi..yerla bagi aku sesuai la sangat klu anak lelaki rapat ngan ibu sbb da memang jadi tanggungjawab dorg pon kan untuk jaga ibu klu dorg lom kawen. Tp bukankah klu dia da kawen pon, ibu itu tetap tanggungjawab dia?? sbb klu dorang xbertanggungjawab kalu, berdosa lah baginya. Tak cium bau syurga nnt. Selain tu, dorang ni kene tunjukkan ketaatan kepada ibu 3x lebih utama daripada bapa. Huh berat tu..nak2 kalu dorg ni adalah anak lelaki sulung. Huh risau pulak aku bila bercakap pasal ni. Adik2 lelaki aku yang 3 ekor tu betul2 faham tak pasal neh???? (lain mcm lak rs bila yang da kawen tu asyik blk umah mak mentua jerrr!!)


Tp biasanya anak lelaki ni memang sayang kt mak dorg cuma kadang dorg tak tunjuk jer. Cuba tgk cite kt tv..wpun sejahat dan sesamseng mana pon dorg tp klu ngan mak tetap baik jerr..(refer citer CSI la tuh!) tp ada gak la jenis mak2 yang xleh terima kenyataan yang anak kesayangan dia da kawen dan ada isteri untuk dikasihi. Ini jenis mak yang xleh berkongsi kasih. Mak cani selalunya akan kongkong anak dia, anak ni pon melayan je mak dia smpai lupa kt isteri sendiri. (minta simpang jgnla aku dapat mak mentua cani ahaks!!)


Anak mak ni pon mmg jenis yang cannot stand klu orang kutuk2 atau kritik mak dia. Lebih2 lagi isteri sendiri so kepada puan2 jgnla cari pasal. Puji mak mentua tu lebih sket tau sure si suami akan senyum je smpai ke telinga. (Pandai je aku neh wakakkaaka!)


Eh korang ada tgk drama sempena hari ibu kat astro tak weekend ari tu? aku xingatla tajuk dia tp hero dia aaron aziz n mak dia sheila mambo. Citer ni bukan mak dia tp xbest tp menantu dia yang hampeh. Nk sangat si aaron tu kawen ngan orang kaya da parents pompuan tu siap soh janji lagi ngan dorg supaya si aaron (watak nama pe aku xingat juga) ni sayang bini dia lebih dari dia sayang mak dia. Mak aih apa kes??? tp best gak cite ni. Aku klu dapat mak mentua baik cmtu taula aku ambik ati dia cane. Tp last2 mak dia meninggal juga, time mak dia sakit bini dia xbg blk kg sbb dia kata mak orang tu buat2 sakit n plus dia xtahan dok kg. Nsb baik la mak dia da ampunkan dosa2 dia dunia akhirat klu tak naya je kan? Anak2 skalian silalah ambik iktibar yer.


Ini penulis tu bagi ciri2 anak lelaki mak;

1) mudah lemah apabila menyentuh tentang pengorbanan ibunya namun boleh berubah menjadi agresif apabila ibunya dikutuk wpun realitinya ibunya bukan seorang wanita yang baik.

2) sejahat mana dia, dia tetap akan patuh dan taat pada ibu

3) kebiasaannya, apabila seorang lelaki menyayangi ibunya, maka dia juga akan menghormati dan menyayangi isterinya sepertimana ibunya..(oh patutla lelaki suka pompuan yang ada sifat keibuan hik!)

4) pantang bagi lelaki jika ada insan yang membenci ibunya termasuk isterinya sendiri.

Tip: biarpun suami membuka cerita tentang keburukan ibunya, sebagai isteri jgn cuba2 menambah @ mengiyakan kata2nya itu. Klu nk komen biar yang +ve je tau or else save ur comment!

5) lelaki suka wanita yang dapat menjalinkan hubungan rapat dan mesra dengan ibunya kerana bukan sembarangan orang yang mampu memenangi hati ibunya. Klu boleh rapat tu meaning serasi la tu.

6) sayang anak lelaki kepada ibunya sama seperti dia sayang diri dia sendiri.

7) ada waktu lelaki tersepit di antara kasih seorang ibu dan isteri. Namun dek kerana sayang ibu lebih mereka lebih biarkan hati sang isteri terluka dengan alasan isteri boleh dipujuk kemudian. (ada patut??)

8) mereka menganggap masakan paling sedap adalah masakan ibu..xsiapa pon dapat menandingi air tangan ibu mereka (aku setuju!)

9) wanita yang memiliki sifat keibuan adalah antara ciri2 isteri yang dicari oleh seorang lelaki. Ini kerana ada kalanya, lelaki mahu dijaga oleh seorang 'ibu' apabila da kawen.

10) bagi lelaki, ibu adalah insan yang paling rapat dan sangat memahami mereka (bukan lelaki lebih rapat ngan kengkawan ke??)


Apa-apa pun bagi aku, i can live with that (mommy's boy) better than an immature man..sbb pada aku sudah sememangnya tanggungjawab mereka begitu cuma kadang2 dorg kene tahu cara nk tackle problem yang melibatkan ibu dan isteri. Tp aku pon, insya Allah klu da kawen n ada anak nanti aku pon nak anak aku sayang aku lebih dari dorg sayang bini dorg huhu..(-_-")


Read more...

Masalah bila sampai tengah bulan...

Ari ni lom pon smpai 15hb tp aku da sangat pokai. Hampir2 defisit da pon...huhu
Cane ni?? sebenarnya aku da kira bajet ckp2 untuk bulan ni tiba2 ada pulak faktor-faktor lain menyumbang kepada penyurutan helaian wang ringgit aku dalam purse dan juga yg lam bank!!
Byk kes, byk siasatan tapak kene wat maka banyaklah ongkos nk kene pakai. Tiba2 mak aku pulak datang umah ngan makcik aku..of cozla nk kene payung diorang kan? adoyaii..stok makanan pon da habes langsung.
Next week oustation lg, duit lagi hukhukhuk..:( duit makan, duit hotel..rs (cm nk kene wak kete sendiri je neh)..uwaaa duit minyak! duit tol!! apelagi swipe la kata kawan aku. Huh cani situasinya bila utang aku nk habes..ingat nk idup bebas dari beban kewangan tp ini tidak..tutup lobang gali lobang da skang lobang tu xbertutup2 smpai skang, makin besar saiznya adelaa..
Ari ni pose..karang bukak pose ngan mi megi je la nmpak gayanyaa!! sadissss...

Read more...

Thursday 6 May 2010

Ape perasaan bila orang kata kita makan gaji buta??

Entri belog aku ni caca merba skett..da nama pon belog hampess haruslah entri pon agak hampeh dan ikut suka jiwa raga aku jer. Ari ni mode aku adalah STRESSSSSSSSS!!!!!!(tahap gaban!!!)

Aku kadang tak tahu laa harus marah atau kesian kt orang-orang yang pendek akal mcm ni. Nak kata bangang tahu pulak nk tulis surat mengadu tak tentu hala. Da la nak minta tolong orang tapi dimakinya kita. Lepas tu pandai pulak nk bercakap soal halal haram. Macam s*%#!!

Klu da pandai sangat selidik la dulu n paham betul2 setakat mana bidang kuasa seseorang tu terhadap sesuatu perkara. Ni tak uishh sedap mulut jer bercakap kata kita ni pakar dalam menanggung dosa!!. Yang dia tu bercakap da macam tuhan xingat pulak pasal dosa.

Iii..harus aku tempeleng je manusia tak sedar diuntung ni. Sedap je kata orang goyang kaki makan rasuah. Klu nk ikutkan nafsu amarah ni nak je aku buang kes dia ni lam tong sampah. *tarik nafasssss!!!* istighfar. Watpela aku nk ikut jadi setan cm orang tu gakkan? nnt aku lak ikut sama jadi bodoh mcm dia.

Ini pon lagi satu mendatangkan marah pagi2 buta. Da la keje banyak, internet lak hampeh. System lak lembab cam cipan! marah...marah..marahhhh...SABAR..SABAR..SABAR



Read more...

Tuesday 4 May 2010

Isu polis dan orang awam

Bila cakap pasal polis, recently everyone has been talking about the so called 'Aminul rasyid' case. What is the finding?? semua orang for sure la akan tertanya-tanya pasal kes ni. Kata family si mangsa is that the boy is a good boy, loved by everyone around him n how come police can just called the boy as a criminal?? so they say la kan.
For me, it's wrong 2 judge people prior 2 what they did without giving them the opportunity 2 explain the truth behind the wall or somehow rather give them some spaces 2 defend themselves. Let's listen 2 both sides and then judge barula adilkan?.
Sebagai manusia yang sifatnya suka menghakimi adalah penting untuk menjadi seorang pendengar yang baik. Kita tidak boleh terus menunding jari kepada satu pihak sahaja. Sifat manusia yang pelupa. Apabila terjadi sesuatu yang buruk, maka perkara yang buruk itulah yang akan diperkatakan sampai bila-bila pun berbanding dengan 10 perkara baik yang dilakukan sebelum ini.
Mungkin orang akan berkata, bagi orang yang tak mengalami situasi ini senang bagi mereka untuk bercakap namun sebagai masyarakat yang berilmu kita perlu lebih rasional dalam memberi pertimbangan terhadap sesuatu perkara.
Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini. Tp bagi aku, adalah tidak mustahil seseorang remaja itu boleh terlibat dalam kegiatan jenayah nowadays since bp banyak dah kes-kes pukul, dadah, samseng, rogol dll yang melibatkan remaja.
Kt rumah mmgla budak-budak ni akan tunjuk baik dpn mak bapak, orang kata pijak semut pon xmati tp kt luar kita tak boleh nk kawal pon dengan sape diorang berkawan, apa aktiviti dorg. Bukannya 24j kita ngan dorang pon kan? perhaps he's the world's greatest son but doesnt mean that he cudnt be the world's most dangerous individual. Sbb kadang-kadang orang yang paling baik boleh bertukar menjadi orang yang paling kejam dan ini tidak mustahil pon. Lam kes aminul rasyid ni, even family dia pon tak sedar bila dia kua umah kan? tah2 he's been sneaking for quite a while sape tahu. Budak2 skang lebih advance dari kita tahu?? if we are not keeping an eye over their activities, mcm2 hal boleh berlaku.
Bab polis pulak, aku bukannya suka sangat pon ngan polis sbb aku mmg penah wat keje yang memerlukan sentiasa liaise ngan pak-pak polisi neh. Aku tak suka sbb dorg ni kadang mcm bagus nak-nak klu yang pangkat2 rendah neh klu yang tinggi ok sket. Smlm kebetulan i had a meeting with agencies included pdrm gakla.. so tgh2 makan tu ada orang tanya what's the status of the case now kan..betul ke budak tu criminal?? so polis tu jawab..(ssshhhh!!! korg jgn bgtau org tau..off record je neh). He said what the media failed 2 mention is that the police had been chasing the car 4 six hours tau!! bknnye baru sekejapan je. And actually that police was trying 2 shoot the tyre but it was dark n he missed the target!!
But i can imagine betapa susahnya nk menembak dalam keadaan tertekan gitu. Even before u pull the trigger, u have 2 concentrate n focus. I've been thru the process before, nak menembak kene ada timing untuk 'tenang'.. dah bertenang n focus pon leh tersasar g tembak papan orang lain inikan pulak nk menembak lam gelap pastu lam keadaan kelam kabut lak tu! must've been tough!
Tp aku dgr jela without giving any comments pn kan. Manalah tau that's a part of their trick 2 cover up and 2 gain sympathy ke sape taukan?. Let's wait for the experts 2 decide.
So ini adalah pendapat aku semata xde nak menyebelahi mana-mana pihak. Jgn korang marah aku plak!!:) peace no war (-_-")

p/s: pesal alignment page aku ni kelam kabut arini??


Read more...

Pilot oh pilot..

Ini cite pasal pilot opis aku. Bukan pilot kapal terbang tahu sebab aku tak keje ngan syarikat penerbangan pon. Klu pilot opis ni maksudnya drebar aka supir dsb.

Pilot opis aku ni agak sengal sket. Sengal yang mcm mana?? tak tahu nk cakaplaa. Kdg ok tp kadang terlebih lemau dan masuk air. Mana taknya..keje pilot ni mmgla tak banyak kan cuma membawa kenderaan je pon. Tp pilot opis aku ni tak berapa nak berhemah sangat bab2 membawa kenderaan di atas jalan raya. Tahun lepas nasib baik tak meninggal aku dibuatnya..da la drive waktu malam, laju, wat korner baring nsb baik tak terbabas langgar divider. Terukkan??

Bila ditegur kurang sikit tp belakang2 bos kalu wat jugak lagi. Akibatnya dapat la dia memo pink amaran huahahahhahha.. da berjanji akan berhati-hati. Bila naik highway mmgla ada perubahan bwk ikut had laju. Tp time sengal dia datang, bila orang tak suruh laju dia laju tp bila orang ada bende urgent nk kene cepat srh dia wak laju dia leh bawak 80km sejam kt highway. Hangin satu badan dibuatnya!!.

Perangai dia bila time nk guna kete nk g mana2 baru kelam kabut nk bersihkan kete klu tak mmg berhabuk, bersepah bagai laa. Dan satu lagi pilot opis aku ni ada satu perkara lg yang dia masih takleh nk ubah.. dia ada penyakit. Elok2 berhemah di highway..kuar dr highway asal masuk je jalan nk ke bandar sawan dia pon datang.. asal nmpak kete byk, lagi dia akan memotong rapat2 n lagi dekat nk sampai dia akan lagi laju. Heran aku kene kenan penunggu ape agaknya mamat neh? ape aku nk wat ngan pilot aku neh?


Read more...