ape ni?





Tuesday 27 July 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..(-_<")


Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap kelebihanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nakhodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )














Read more...

Friday 23 July 2010

WARKAH BUAT SAHABAT

Since blog aku ni tak bertema maka suka-suki aku je la nk post entri ape kt cni kan..
Ape-ape yang aku suka yang aku tak nak simpan lam buku takut ilang so betterla aku post kat sini kan supaya aku leh share ngan korang jugak! :D

Bila masa berkembang taman di dalam hati aku ni..sukalah kiranya aku nk tepek puisi yang aku terjumpa nih. Tp consider puisi ker?? whateva laa..


Saat Dikau Bertemu Dengan Orang Yang Benar-Benar Engkau Kasihi,
Berusahalah Memperolehi Kesempatan Untuk Bersamanya Seumur Hidupmu.
Kerana.. Ketika Dia Berlalu Pergi, Segalanya Sudah Terlambat Bagimu.

Saat bertemu teman yang dapat dikau percayai,
Sentiasalah bersamanya.
Kerana.. seumur hidup manusia, teman sejati sukar untuk kau temui.

Saat bertemu sahabat yang membantumu,
Ingatlah untuk bersyukur kepadanya,
Kerana.. dialah yang mengubah hidupmu.

Saat bertemu orang yang pernah dikau cintai,
Ingatlah untuk berterima kasih walau hanya dengan senyummu,
Kerana.. dialah yang membuatmu lebih memahami tentang kasih sayang.

Saat bertemu orang yang pernah dikau benci,
Sapalah dengan senyumanmu.
Kerana dialah yang membuatmu semakin teguh dan bersemangat kuat.

Saat bertemu orang yang penah mengkhianatimu,
Berbincang lah secara baik dengannya.
Jika tidak kerana dia.. mungkin dikau tidak mengenali dunia.

Saat bertemu orang yang pernah secara diam dikau cintai,
Berkatilah dia.
Kerana.. saat kau mencintainya.. bukankah dikau mengaharap bahagia?

Saat bertemu orang yang begitu cepat meninggalkan mu,
Berterimakasih kerana ia pernah hadir dalam hidupmu.
Kerana.. ianya adalah sebahagian dari nostalgia dan memorimu.

Apakah akan ada sahabat yang akan kekal bersama dikau?
Apakah persahabatan ini akan terus berkekalan seperti diingini dikau?
Jika itu yang diingini... maka, hargailah setiap persahabatan yang terjalin.

BUAT SAHABAT SEMUA....
TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABAT KU........












Read more...

Thursday 22 July 2010

Movie MANTRA yang aku rasa xbest!

Aku ni memang suka tgk citer seram..xkisahla citer hantu ke misteri ke ape aku belasah jer. Citer seram ni biasanya best klu tgk tgh2 mlm. Tp since citer ni aku nk tgk kt panggung sorg2 takkan la aku nk tgk tengah2 mlm kan. Hoho saje je nk share ngan korang pasal citer "MANTRA" ni.



Best ker? Bagi aku...hmmm takderla best sangat. Suam2 kuku jer. Tertipu lak rasa bila nengok gazette dia kt tv.

Mcmmana la aku tak kata suam2 kuku jer. Plot citer dia cam longgar jer. (Fuyo! cam pengkritik filem je kan?) Bayangkanla tgk citer yang ada hantu aku siap leh menguap lagi. Aku tau la citer tu based on true story melibatkan ilmu hitam tp tahle aku rasa rupa hantu dia cm kelakar plak. Tak suspen lgsg! Org mengandung pon leh tgk citer ni aku rasa. Tp tu pon ada jugaklah minah2 yang dok menjerit kt blakang aku. Mmg takut atau saje2 nk tunjuk takut depan pakwe ke tak tau lak aku..yang pasti sorry 2 say aku rasa citer ni agak memboringkan. Taktau la korg cane. So silala ke panggung saksikan sendiri pastu komen.


Read more...

Monday 19 July 2010

Pecah dan bakar lemak??


Ini adalah rentetan daripada catatan aku pasal kegemukan aku. Tgh sedap cakap pasal mcm mana nk kurus, nak hidup sihat tiba-tiba plak kuar weekend tu lam paper artikel pasal benda-benda nih. Kadang-kadang aku teringin plak nk masuk the biggest loser tu..best plak nengok dorang sweating all over their body..rasa fresh and energetic jerkan? sure sihat sepanjang masa. Mana taknya bila hidup aktif sistem imunisasi badan pon meningkat.

Bukan nk kata lah kan..semua orang klu bleh nk cepat kurus, nk cepat turunkan berat badan. Nak-nak plak bila dah aim nk pakai certain2 baju tu plak ataupun bila da nk kawen, nak nmpak chantek lm gambar harusla ko diet kan?. Huh crash diet mmg biasa. Smlm ko melantak bagai nak rak tiba2 ari ni ni ko diet. Bleh ker mcm ni? tak terkejut ke badan kita neh? sebenarnya dah rasa bersalah ngan diri sendiri sbb dah makan lebih dari keperluan.

Skang aku dah jumpa artikel yang berguna untuk diri aku dan untuk korang semua yang selalu sangat mengamalkan crash diet neh!! Crash diets do not work ok! i repeat..crash diets just don't work!! Ingat tu cik Ila oii!

Crash diet tu mcm mana?? alaa..yang konon2 makan sup sayur je ari2, ataupun makan buah semata, takpun yang paling senang makan pil diet, laxatives, ganti makanan ngan supplement je atau pun berpuasa mcm mana yang aku selalu buat hehehhe (tp aku amik pahala sunat laa!!)

Ini doktor kata bukan aku kata...doktor kata klu yang ada tertulis perkataan 'rahsia' atau 'jaminan' untuk kuruskan badan lam masa yang singkat, that's crap! (ayat aku!)That so-called diet methods are sounds too good to be true. Got it?

Korang penah pegi slimming centre? These are the truth about all the slimming centres out there. Baca lagi....

Klu korang dah menjejakkan kaki ke mana-mana slimming centre tu jangan harapla korang leh kuar senang-senang. Kunun2 mula2 free trial la kan. Pastu yang dia tulis session yang banyak2 tu..bukannya bp kali jumlah ko pegi wat treatment tp bp bhgn kt body ko yang dia urut. Mula2 aku xphm bila kawan aku ckp tp bila aku terjerat barula aku faham. Itu lom termasuk lg ngan barang2 dia. Masa wat treatment tu kita kene beli produk dia yang of cozla regenya pon bukan puluh2 an jer tp ratusan.

Bila sesi kita da nak habes dia akan panggil kita untuk consultation, time ni dia akan pujuk kita untuk sign up for another session plak. Tp dorg yang keje kt tempat2 mcm ni persuasion skills dorg mmg aku salute habes. Dorg tau cane nk jaga customer. Tempat2 cani klu korg xberabes smpai dkt 10k memang saje sangatlaa.

Mesin2 canggih dorg mungkin membantu sketlaa untuk bakar lemak tp ape pon back to basic jugak. Dia akan soh ko jaga makan and watch out ur calory intake. Meaning ko still.. kene jaga pemakanan yang paling penting. Klu ko makan cam sediakala pastu g wat treatment..harusla ko kene sedekahkan lg banyak duit ko kt dorg. Sebabnya xjamin ko akan kurus pon. Biasanya dorg ni akan tanya apa yang ko makan pastu mmg soh ko pantang macam2.

Nasihat aku la kan..klu korg teringin nk dgr cara org kt tpt mcm ni consult org, boleh nk pegi tp jgn wak kad kredit korg. Sbb once u stepped inside jarang la akan kuar balik tanpa sign up ape2 program pon. Tapi tulah kesimpulannya jaga pemakanan dan exercise je laa.

Bagi pompuan kene makan not less than 1200calories everyday. Lelaki? aku xingatla. 1500@1800calories kot. Klu ko beriye mkn sket pastu jumlah kalori less than 1000cal..ianya tak membantu lgsg untuk turunkan berat badan tahu? Tahu kenapa?? sebab bila tak cukup kalori, bila bersenam pon xkan memberi kesan...kerana yang dibakar ialah otot bukannya kalori. Bila bakar otot jer secara tak langsung akan melemahkan dan merendahkan kadar metabolisme kita. Pastu plak tiba2 ko stop exercisekan..time ni metabolisme ko akan tetap statik dan kadar pembakaran kalori jugak akan jadi makin lambat dan lembab. (Ooo..inilah puncanya bila ko stop everything, mulalah berat naik lagi cepat dari biasa). Penah alami???

Doktor kata pil diet ni tak digalakkan sbb memang tak terbukti berkesan pon dan boleh jadi lagi bahaya klu kandungannye ntah ape2...tp tulah kan manusia ni bende yang orang larang yang tula nk try sangat! Nk hasil cepat kadang smpai melibatkan nyawa.
Peringatan:------>> untuk cik ila yer yang cepat sangat terpengaruh ngan pil2 camni!

Aku banyak lg tips nk share dari doktor ni tp penatla nk taip. Ape pon at this very beginning ni, mehla kita menguatkan azam kita untuk jadi lebih berdisiplin dulu wakakakkkaa...(aku la tuh!) (^_^")

Aku akan cuba mendisiplinkan diri aku pasni supaya azam nk kuruskan badan ni tidak menjadi azam aku setiap kali tahun baru hahhaaha...(sbb xberjaya!!)




Read more...

Friday 16 July 2010

Aku adalah gemoks!!


Aku ni gemuk! (sedar diri pon!) tp dah tak tau macam mana dah nk kuruskan badan. Klu diet pon turun paling banyak pon 2kg jer..tp klu nk naikkan berat wah senang giler!! klu seminggu asyik makan nasik je pon badan aku da macam di pam2. Kadang aku jeles betul ngan orang kurus yang banyak makan tp badan tetap menten jerr. Caner nk wat tu?? Taulah metabolisme dia tinggi tp klu aku nk naikkan metabolisme aku boleh ke??

Agaknya aku kurang disiplin kot. Satu lagi ada fakta kata..tido yang cukup membantu menurunkan berat badan tp aku asyik tido lmbat jerr. Susahla kan??

Masalah berat badan iaitu obesiti adalah masalah global. Aku pon rasa aku obese gak! Bila da gemuk ni risau gak nnt akan dapat mcm2 penyakit. Tp hari2 bila time makan tu bukannya nk kira ko da consumed bp banyak kalori. Da masuk perut baru nk menyesal!! da la time keje asyik duduk je dpn komputer...bilik aircon. haruslah badan pon xberpeluh. Badan n baju pon wangi je dari pagi smpai petang..lainla klu ko g tggu order mkn kt kedai..pastu ko cium baju ko..mak aih bau da mcm makcik tukang masak kt kantin daa..hahhahha..

"Obesity means accumulation of excess fat on the body. Obesity is considered a chronic (long-term) disease, like high blood pressure or diabetes. It has many serious long-term consequences for your health, and it is the second leading cause of preventable deaths in the United States (tobacco is the first). Obesity is defined as having a body mass index (BMI) of greater than 30. The BMI is a measure of your weight relative to your height."


Aku jumpa plak artikel ni;

Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka.

Terdapat kajian sebelum ini yang menunjukkan pengumpulan lemak di bahagian pinggang sebenarnya meningkatkan risiko penyakit.Kajian terkini menunjukkan bahawa kegemukan di abdomen ada kaitan dengan kematian awal. -------> Aiyoo!!

Para penyelidik turut mendapati bahawa wanita yang mempunyai lemak berlebihan di pinggang lebih berisiko untuk mati lebih awal kerana komplikasi jantung berbanding dengan mereka yang berpinggang kecil.

Sebagai contoh, wanita yang bersaiz pinggang sama atau lebih daripada 35 inci dianggarkan untuk meninggal lebih dua kali lebih awal kerana penyakit jantung berbanding dengan wanita yang bersaiz pinggang 28 inci sahaja (mengenepikan indeks berat badan). Sama juga risiko bagi mereka ini untuk meninggal akibat kanser.

Pada masa yang sama, wanita yang mengalami obesiti turut berisiko untuk berhadapan maut lebih awal daripada usia yang sepatutnya.----huhu takotnyerr!!

Bila da gemokss..harusla akan dapat penyakit stressla, hipertensi la segala..
Hmm..kita patut kawal segalanya secara keseluruhan bukan gaya hidup atau pemakanan semata. Akula tuh!!

Antara langkah yang dicadang oleh Persatuan Hipertensi Antarabangsa ialah---->>

  • Makan lebih banyak sayur dan buah-buahan, lebih baik jika yang colorful punya.Ambik at least 5 hidangan buah dan sayur everyday.

  • Jadikan buah-buahan tu sebagai snek so kira ganti jajan la ni. Ianya mengelak pengambilan garam berlebihan.

  • Amalkan gaya hidup aktif. klu kt opis tu cuba berjalan ke sana ke mari..Luangkan masa untuk berjalan, berbasikal, berjoging atau menari la poco-poco selama 30 hingga 60 minit sehari sekerap mungkin.

  • Kurangkan pengambilan mknn seperti keju, kerepek dan keropok, sosej, ayam goreng bersalut tepung, kekacang masin dan daging dalam tin------>> yang ni la yang paling aku lemah sesangat!!!

  • Kurangkan mknn segera yang diproses termasuk biskut, burger, kek, pai, pizza dan segala jenis roti.

  • Baca label sblm membeli. Sila ambil tahu apa yang nak masuk lam perut kita yer!

  • Jangan langkau waktu makan. Makan 3x sehari dan sebaiknya dinner sebelum Maghrib or at least 3jam seblm tido!

  • Kecilkan saiz hidangan bermakna sila kecilkan saiz pinggan yer kawan2.! Kurangkan sumber karbohidrat anda. Eat more protein.

  • Kurangkan pengambilan garam dlm masakan. sukatan dibenarkan ialah satu camca teh tau less than 240g sehari. Naikkan rs masakan dengan gunakan herba.

  • Jangan tambah sos klu dah masukkan garam sbb sos tu sendiri da ada banyak garam!!

  • Beli barangan yang kandungan garamnya rendah.


Read more...

Wednesday 14 July 2010

Petua Kecantikan Semulajadi (Siri 2)

Mengempiskan Perut (1)
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung).Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.
Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid
.. Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih.
Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih.
Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Mengempiskan Perut (2)
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan
Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris
Lekapkan pada kelopak mata
Pejamkan mata utk berapa ketika.
Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.
Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.
InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.
Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan.
Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.
Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut.
Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.Petua
ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut.
Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada
bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala
Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman.
Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.


Read more...

Tuesday 13 July 2010

Petua Kecantikan Semulajadi (Siri 1)

Aku ada byk petua nk share..banyak sangat so aku yang dah memang rajin ni leh ikut 1,2 jer.teehee.


Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut tapi perlula berserta dengan doa ye kawan2.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit.Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali. (Yang ini Catriona Ross pon amalkan jugak tau!!)

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).
Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam.
Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata.
Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

Menghilangkan Parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam.
Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat.
InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan
Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut.

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas.Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali.Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Read more...

KOngsi2

Rembat kt post kwn2 di FB hehehe..

Belajar untuk berkata CUKUP dan ALHAMDULILLAH. Tak perlu teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.

Tak perlu teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Usah didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.

Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milik kita selamanya.

Read more...

Sunday 11 July 2010

~Selagiku ada kamu~

Tiba-tiba aku suka sangat dengar lagu ni..


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk

Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh



C/o:

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagiku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin

Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Repeat c/o

Tidak mungkin diri ini mampu
Hidup tanpa doronganmu


Read more...

Saturday 10 July 2010

Boyfriend @ bestfriend??

Aku takde boyfriend yang 'spesel' tp aku ada bestfriend. Jantina lelaki laa. Aku la anggap dia bestfriend tp aku tak tau plak dia anggap aku apa.

Tapi aku tak tau la dia ni leh aku anggap sebagai bestfriend atau tak sebenarnya coz dia bukannya selalu ada untuk aku pun. Especially time aku gembira, hepi2. Susah no nak ajak dia g jalan2 lepak2 ke ape coz dia teramatla bz a.k.a workaholicnya.

Tapi klu aku tgh sedih atau susah dia selalu ada untuk aku. Samada aku sakit, susah, tgh sengkek takde duit, tgh sedih sbb keje ke ape dia akan ada masa untuk dgr aku mengadu. Kecuali klu dia sendiri cm da nak tumbang dia akan ckp sori sbb takleh nk bantu.

Sama gak klu aku tgh 'teringin' (huh mcm org peknen!) nk makan sesuatu. Dia seboleh2nya akan temankan aku klu aku ajak. Nnti takut aku kempunan katanya.

Tp klu untuk bende2 leisure ni susah sket nk spend masa ngan dia. Kira dia bleh aku anggap sebagai bestfriend aku kan? kan?

Read more...

Friday 9 July 2010

Bad Day!!

Ari ni hari jumaatkan? so hari jumaat aku keje lg. dahla cuaca sejuk pagi tadi klu cuti dah lama aku tarik selimut. Tp apakan daya kenala bangun jugak. Bgn dahla lmbt sbb cuti2 mesia pastu baru teringat dah janji ngan ofismate nk bawakkan kopok lekor yg aku beli dari tganu kelmarin. Alahai. Kelam kabut jadinya.

Kuarkan kopok dari fridge ingatkan dah leh terus goreng tgk2 berlendir la plak. Beli smlm panas2 pastu lama kt lm kete. Blk xterus masuk fridge tu jd cmtu. Satu hal plak aku nk kene cuci n rebus blk. Aduhh! buang masa aku la plak. tgh menggelabah angkat tu jari lak kene periuk panas. Ish clumsy me!!! angkat potong pastu goreng.

Da siap2 masuk kete. Cek2 purse lak tertinggal lm umah. Kene masuk blk. Buang masa lagi!!! pastu yg paling menyakitkan hati bila kite lambat pastu terpaksa lak ikut blkg manusia yang wak kete mcm nk g bersiar2 kt taman. Lembap gilerr!!

Puas aku merempit da dekat nk smpai tgk2..jem la plak. Pehal neh. Selalu leh cilok ni jem sgt ni smpai xder ruang lgsg. Masa da dkt nk time. Akhirnya smpai gak aku dpn traffic light paling last sblm smpai opis.

What??? xleh lalu dpn opis aku?? pekejadahnye la plak. Da satu hal. Cane nk g ke parking yg paling dkt ngan opis aku neh? Terpaksala aku parking jauh. Tempat parking majlis. So nk kene guna kupon. Cari2 kupon. Takderr???!!! time2 ni la plak nk ilang. Da terhegeh2 la plak aku kene kuar g cari+beli kupon. Da mcm gores dan menang aku rs. Aku decide tgahri kang aku alih la kete neh. Kuar. Kene berjalan agak jauh ke opis. Tiba2 aku nmpak jalan msk ke parking yg dkt ngan opis so aku rs baik aku patah blk sbb klu ujan pon dkt je nk berlari ke kete. Kira ari ni aku mmg exercise bagailaa. Kupon yg aku da gores utk smpai 3j tadi kira halal la. Sedekah ari jumaat huhu..

Aku smpai di bulatan. Nmpak polis. pastu aku nmpak kete cina tu wat u-turn. So aku decide nk wat perkara yang sama. Cina dpn aku berenti kunun cm tanya jalan kt pakcik polis tu. Aku ingat leh terus blah jer tiba2 woiiiii!!!!! aku pon menurunkan cermin tingkap. Nak g mana? saya nk g sana tu nk parking kt sana tu. Tak bleh bercakap? ingat ape? tunggul ke kt sini. Orang pompuan kene la bla...bla..mintakla izin bukan orang xbg pon lalu. Loh pakcik polis ni membebel plak dahla aku da lambat neh. Yang ko g dok tgh2 jln tu sape srh. Nk srh setiap org yang nk lalu bg salam kt ko ke. Mcm besar sgt huh!!

Ikutkan hati nk je aku menjawab ambik no dia segala tp memandangkan aku da lambat aku dgn muka xbersalah nya mintak maaf pastu bagi salam balik konon mcm aku baru nk lalu. dengan muka paling manis tp dlm hati cm nk maki je polis tu...akhirnya smpai gak aku di opis. Hari yang malang!!! titik.

Read more...

Thursday 8 July 2010

41 Kelebihan Wanita


Subhanallah! Maha Suci Allah!Aku dapat ni pon dari fb kengkawan so aku sajela nk share ngan korg semua. Sebagai tambahan ilmu dan peringatan untuk diri sendiri jugak. Bagus aku rasa sbb at least bagi sesiapa yang tak kawen lagi ataupun yang da kawen boleh lah faham tanggungjawab suami terhadap ibunya di samping tanggungjawab sebagai isteri.(isk..ape aku ckp ni?? xperla asal aku yg phm suda!)

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.




Read more...

Saturday 3 July 2010

Tafsir mimpi (Siri 2)


Bersiri-siri pulok alkesahnya mimpi aku ni yer. Teehee. Hmm baru-baru ni lam minggu ni jugakla kot..aku bermimpi. Punyala aku ni jarang sangat mimpi smpai aku terfikir balik..aku ni mimpi ke mengigau ke berangan??

Tp aku rasa aku ni mmg mimpi la kot sbb besoknye la kan..pagi2 tu aku tak ingat pon pasal mimpi tu tp bila aku buat something yang seolah2 aku penah wat baru aku tau yang aku mimpi. Huhu. Hampehkan aku?? (-_-")

Aku mimpi ape tahu?? aku mimpi aku jumpa U.L.A.R!!! isk da la aku ni memang spesis yang takut dan geli ngan ular. Tak penah2 aku mimpi pasal binatang tiba2 je la plak. Ular tu merayap je dtg kt badan aku. Of cozla seingat2nya aku lam mimpi tu aku memang takut giler tahap gaban. Aku da kuis2 ulor tu dari badan aku tp dia datang balik. Padahal ramai je orang lain kt sekeliling aku time tu. Yang aku tak puas hati tu dia aim aku jugak. Dia merayap naik kt badan. Dah aku takut dia patuk aku diam jer. Tau tau ape ulor tu buat ngan aku?? dia merayap smpai kt tangan. Time tu la aku nmpak kepala dia ala2 ulorr senduk uishh bahaya! bahaya!! Harus aku mengkakukan diri ni. Ulor tu ketip kuku aku ok!! aku tgk kuku aku da sedia pendek tp dia gigit lagi huhu..mampus juga aku. Da la dia ketip kuku aku xsama uwaaaa...ok smpai situ je mimpi aku i guess la..oh btw ulor tu kaler hijau cm kt bwh ni.

lebih kurang canila rupe ulor lm mimpi aku tuh!

So aku agak cuak la sekejap. Da la semenjak 2 menjak nih mata kiri asyik bergerak je. Kejap kelopak atas kejap belah bawah. Aku pon citer la ngan colligue aku kt opis. pastu dia bantai gelakkan aku plak. Dia kata agaknya orang nak masuk meminang tak?? huishh ke situ plak dia. Takde maknanya. Bukan ke klu mimpi bertemu ulor ni juga bermakna ada terkena gangguan sihir?? kene sihirkah aku??

Surfing internet lagi aku pastu..mmg ada jumpa. Entri smlm kan ada list mimpi aku bagi pasal tanda2 kene sihir. Tp yang ini pon aku jumpa gak! antara tafsir mimpi bertemu binatang;

1. Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia.

2. Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki.

3. Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda.

4. Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita.

5. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki.

6. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh.

7. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

8. Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana.

9. Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan.

10. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri.

11. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh
keuntungan.

12. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

13.Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki.

Aku ni bukanlah jenis orang yang percaya pada mimpi pon. Lagipun aku bukannya kene patuk ular pon tp ular tu just gigit kuku aku jer!! so takde maknanya pon kan?? aku kadang rasa mimpi ni mitos @ mainan tido jer. (tp sblm tido aku da baca ayat Quran, mengucap bagai hmm..)
tp ada jugak dl kawan arwah ayah aku sblm ayah aku meninggal dia mimpi gigi dia patah dan dia tau ada orang yang akan meninggal cuma tak tau sape jer dan happened to be jugak orang itu adalah ayah aku..sob!sob! pastu aku jumpa tafsiran dia pulak.."Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati". So leh caya ke tak ni???



*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan
tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya
mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak
terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah
SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam.....:)

Read more...

Friday 2 July 2010

Tafsir mimpi? (Siri 1)

Adoyai...da lama aku tak meraban kt lam blog aku ni...da berhabuk bagai..da lama gak tak bersapu ni. Maklumlah semenjak dua menjak aku dilanda kesibukan yang melampau ni. Nasib baik rumah sempat berkemas tp tu kain yang dah berbasuh tapi tak berlipat dah makin menggunung tu kt umah tu!!

Oh ye! ari ni aku rasa aku nk menulis pasal mimpi. Bukanlah aku ini seorang pentafsir mimpi ataupun seorang sasterawan negara tapi aku pun nk orang tafsirkan jugak mimpi aku. Tajuk mimpi ni jadi best bagi aku sejak aku tgk MHI..ada sorg ustaz tu yang bercakap pasal ilmu ghaib (kan ada rancangan alam ghaib kt tv3 ari ape aku xingat!). Bila cakap pasal ilmu ghaib ni sure la akan terfikir cerita2 pasal jin ke makhluk halus, kene sihir dsb.

Pastu ustaz ni ada pulak bagitau beberapa mimpi yang kalau ditafsirkan katanya maksudnya seseorang tu ada terkene sihir. Dia ada bagitau 3 mimpi tapi aku cuma ingat 2 je! antaranya;


i) mimpi jatuh dari tempat tinggi dan;
ii) mimpi bertemu ular

so aku cuba la surfing2 lm internet tanda2 orang kene sihir..pastu aku jumpa-----> mmg adala nampaknya!!

1.Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

Hoho banyak tuh kan?? aku ni actually bukannye jenis yang senang nk mimpi. Susah sangat smpai kdg2 aku jeles plak bila kengkawan cite yang dorang selalu mimpi yang indah2. Aku?? bila nk mimpi ni?? nyenyak sangat ke aku tido smpai susah nk mimpi.
Susah mmg susah nk mimpi tp klu sekali mimpi tu sakan la plak..sbb ari tu time aku termimpi pasal arwah ayah aku..aku menangis dan aku bukan takat menangis lam mimpi tp smpai kt luar jugak sbb bantal aku basah. Dulu2 lak aku ingat aku penah gak mimpi lemas lam air..aku terjumpa tafsiran dia...
'.Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu'...haha aku rasa time tu mmg zaman aku blaja lagi pon hehehheh..:D


Read more...