ape ni?





Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Tuesday, 26 April 2011

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGGERAK)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

'Bismillahillazhi La yadhurru maasmihi syaiun fil ardhi wa La fissamaa i wahuwassamii'ul 'alim'

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Penggerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah



Read more...

Friday, 16 April 2010

Entah..

i am so damnnnnn sleepy today..guess it's becoz i stayed up late last nite. Dont know what was i thinking? merely everything..n when several of my gadgets went wrong..obviously n definitely had added and increased up my tension level..stress like hell!!!! dont know y..when i think of the so called frenship..i feel heartless now. Plain. Everything is back to normal. No more excitement. I did try 2 lite it up but still i cudnt find the pulse...:( *sigh*)

I'm still trying 2 find back the momentum..but if there's only me that keep on trying n doing everything..capek seyy!! tp ari ni aku dpt lg copy satu doa dr nota org yg sama kt fb aku heheh..

YA RABBI..
Allah yang Maha Pemurah... Terima kasih kerana Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya. Terima kasih untuk saat - saat indah yang dapat kami nikmati bersama. dan Terima kasih untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama.

Allah yang Maha Pengasih.. Aku datang bersujud dihadapanMu... Memohon Engkau sucikanlah hati ku ya Allah,sehingga aku dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMu dalam hidup ku

Allah yang Maha Mencipta…jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya... janganlah biarkan aku melabuhkan hati ku dihatinya.. kikislah bayangnya dari pelupuk mata ku dan jauhkan dia dari relung hati ku.. Gantikanlah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dan cinta padaMu yang tulus, murni... dan tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Allah yang Maha Suci….Tetapi jika Engkau ciptakan dia untuk ku. tolonglah satukan hati kami... bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya... berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya... Redhai dia, agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima ku kerana cintanya padaMu dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana yang telah Engkau ciptakan... Yakinkanlah dia bahwa aku sungguh - sungguh mencintainya kerana Mu dan rela bersama suka dan duka dengannya.

Allah yang Maha Penyayang… dengarkanlah doa ku ini... lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMu.. Allah yang Maha kekal,aku mengerti bahawa Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untuk ku.. luka dan keraguan yang ku alami, pasti ada hikmahnya. Semuanya mengajarkan aku untuk dekat kepadaMu, membimbing aku menuju hidayahMU... Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.... Jadikanlah kehendakMu dan bukan kehendak ku di dalam setiap pemberian Mu dalam hidup ku..

Allah yang Maha Mendengar,semoga Engkau mendengar dan mengabulkan permohonanku AMIIIN !!!


Semoga aku pon dapat bersabar sebagaimana doa ini...kerana jodoh itu adalah rahsia Allah..

Read more...

Doa untuk wanita..

It's been ages for me since i wrote my last piece of thought. While browsing the internet, facebooking n etc..i stumbled upon one of my friend's share notes. It's remarkable i think! it's a prayer actually..n i've been touched by the contents. Here i wanna share it..:

YA RABBI...
Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.

Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia. Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya.
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta... Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga. Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-MU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-MU bukan dari luar diriku.
Berilah aku tangan-MU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatan-MU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulut-MU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan,
''Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.'' Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

Read more...