ape ni?





Tuesday, 27 April 2010

Kewajipan isteri

Adoyaii mandom tol aku ni. Betapa xorganizenya aku ni!! Mana aku letak catatan minit mesyuarat aku neh??? Kat mana? kat mana?? (echo..) aku rs aku da cari lm semua note book aku. Tp xde. Adakah aku telah mencampakkannya ke dalam tong sampah?? mesin pericih? arghhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! stress tol. Time aku rajin ni la cari benda xjumpa. Wpun itu hanyalah minit sampingan dan tiada due date tp aku masih kene siapkan jugak....

Benda lain pulak yg aku jumpa. *Sigh* korang nk tau mendenya?? HaHaHa..isi-isi penting kuliah agama. Kagum aku ngan sendiri. Sbb tajuk best mmgla cerah je biji mata. Bab Munakahat tu a.k.a bab nikah kawen. Apakah yang harus aku labelkan entri ini?? KULIAH AGAMA jerlaa.


macam mana aku leh terbawak nota kelas ke opis lak neh?? tp xperla kan share2 info.
sbb aku pompuan makanya aku bagi tajuk pasal pompuan la yer! sebagai ingatan untuk aku yang xkawen lg neh, bakal2 isteri, isteri pertama, kedua dan seterusnya la klu bernombor.





Kata Ustaz, kewajipan isteri tidak termasuk membasuh pakaian, memasak, kerja rumah dsb. (wah bestnye!!) kerana ianya adalah termasuk lam perkara maaruf yang dilakukan oleh isteri.

Ini baru iya!!


1) Menyerahkan diri kepada si suami
- dengan SYARAT suami sudah pon menyediakan mahar (mas kawen), sediakan tempat tinggal dsb. TETAPI kalaupon tpt yang disediakan oleh suami itu tidak kondusif suasananya, maka adalah menjadi hak si isteri untuk menolak permintaan suami. Dalam erti kata lain tidak wajib bagi isteri untuk melayan suami pada ketika itu. (bukan aku kata, ustaz yang kata ok!!)

2) Mentaati suami (pada perkara yang halal)
- agaknya semua orang taukan?? xkan dari elok2 bini pakai tudung nk soh bukak tudung pulok kan???

3) Perlu melayani suami dengan baik
- jangan tengking2 suami tau xbaik..syurga isteri kan di bawah tapak kaki suami..:)

4) Tidak mengizinkan lelaki lain masuk ke dalam rumah kecuali dengan izin suami
- ini adalah merujuk kepada yang bukan muhrim yer tuan/puan!. adalah menjadi hak si isteri untuk tak bagi orang masuk rumah dia. Tp klu ikut adat skang orang tak paham..bila adik ipar, abang ipar datang time takder org lain kt umah, nk bagi masuk ke taknak neh??

SOLUTION: calling2 la suami tu, inform dia n then mintak izin. Tak susah pon kan? (cewah cm aku ada suami pulak kan??ngeh3)

5) Tidak boleh menolak kehendak suami except klu ada halangan
- yang ni korang paham2 sendirila yer! klu ada halangan tu bawak2 la berbincang laa coz klu tak seorang isteri itu akan dilaknat oleh Allah.(nauzubillah!)

6) Tidak boleh berpuasa sunat kecuali dengan izin suami (baik korg ajak suami pose sekali!)
- tp klu nk puasa qadha' tak perlu izin suami coz bab ni suami kene la faham..wajib kan??

7) Tidak boleh menyakiti suami dengan perbuatan, perkataan dsbnya..
- Yang ni samalah cm yang no bp tah tadi.! Nape notes aku kosong? aku tido ke time neh????

8) Tidak boleh kuar rumah tanpa izin suami
- termasuk untuk pegi keje, sebaik2 nya cium tangan suami tanda dapat izin. (klu laki korg xnk hulur tgn dia tu korg phm2la yer, xkan 2 pun aku nk ajor cewah cm bagus je aku ahaks!!) . Tp jgn la ngengade smpai nk g jemur kain kt luar rumah pon nk mtk izin, nk siram pokok bunga pon nk mtk izin kang ada plak yg kene lesing kang!!
*Isteri-isteri sekalian, sila minta izin sekiranya terdapat mana2 yang diluar kebiasaan...

9) Bersyukur dengan apa yang ada
- jalani kehidupan seadanya, jangan meminta sesuatu di luar kemampuan suami. Bertolak-ansur laa yer! Jgn korg nk mintak laki korg petik bulan bintang plak...:P

*Tip: Ustaz kata isteri boleh buruk sangka sket terhadap suami wpun suami tu seorang yang baik tau!! muahahhha..:D

No comments: