ape ni?





Friday, 30 April 2010

Kenape n mengape aku takleh pakai broadband?

~ ~ Ini adalah broadband world cup limited edition~


Muahahaha..skang adalah masa untuk aku menconteng blok belog aku. Time break kt opis ni la baru terhegeh-hegeh mempergunakan segala masa yang ada. Klu aku berbelog time tgh wat keje kang orang kata aku makan gaji buta...bila leka ngan belog haruslah keje akan xsiap, bile keje xsiap maka aku akan dapat memo PINK. Ha kan xpasal2..mengurangkan markah ketereran aku wat keje untuk tahun ni. Nape aku tak berinternet kt umah?? Aku ni mana la ader internet kt umah..itu pasalla!!!:P

Nape aku xpasang internet kt umah?? aku mana der talipon umah pon. Broadband??
Ha Ha Ha..aku baru dapat wahyu nk try2 register gak ari tu tp xleh gak? Nape? hmm sbb nama aku da kene blacklist? cane leh kene blacklist? sbb time2 blaja dl aku ni baik sangat bg bopren kawan aku pakai nama aku segala.

Mamat sengal tu xder plak bgtau yg nama dia pon ekceli da kene blacklist!! yer yer je ckp nnt dia akan g tukar nama ngan aku. Huh smpaila dia ngan bersenang lenangnye pakai no tu wat call tp xbyr. Aku sedar pon tgk2 bil da melambung seriban lebih..$%*&!# punya makhluk!! pastu wat muka xbersalah. Pastu plak dia da la xjd ngan kawan aku tu!!smpai la kitorg grad. Akula manusia yang teraniaya itu..huhuhu dr dl smpai skang:( Huk pasni aku kene tukar jadi jahat kejam sket nmpaknya!!

Itulah kesahnya nape aku xleh register broadband tu..selagi aku xlangsaikan utang piutang aku orang yang guna nama aku. Aku bukannye nk angkat diri aku di dalam bakul koyak atau ape tp aku ni lembut ati sangatlaa..akibatnya dok tolong membayar utang orang je wpun xder kene mengena ngan aku.

Aku ingat da alang2 xleh pasang broadband aku pasang astro jer laa..lgpun world cup xlama lagi muahahhahha..:P


Read more...

Thursday, 29 April 2010

Senaman perut!

Teringat time2 lam kelas waktu kusus dl..asal break je pakat2 dok tgk video..pastu sume keras perut gelak mcm nk msk wah meja. Skang pon klu nk release tensen aku tgk gak vid neh. xsangka aku ada gak manusia sengal cm neh. Ape2 pon aku salute la kan sbb confident level dia tinggi...tp dia tak tau ke dia nyanyi tu ke laut?? Sape lah yang wat dajal soh dia g audition utk jd idol tu...





Read more...
sengal
Masa untuk mendengar permasalahan orang~
Read more...

Janji BN?

Politik! Politik!! Di mana2 sahaja everything has been 'politiken'..Huh! hangin satu badan aku smlm bila tgk berita. PM bagi RM3j utk SRJKC ape tah. What the %*$#???? 3juta tu..banyak siot!!! aku tau la BN kata konon sebagai memenuhi janji..tp nape that sum of money has been given straight 2 that particular body??? nape tak RM3j tu bg je utk mmbgnkan kawasan tu??

Taula majority peratusan chinese voters kt c2 lebih memihak kepada pembangkang tp arghhhhh...despret sgt ker?? berpada laa. Kan banyak lagi pembangunan nk dilaksanakan untuk rakyat i mean kt tpt lain lagi. Aku bukan racist tp i didnt agree on how the government manage the money!!!!!

Namun siapalah aku nk bersuara kan?? mcm semut je aku ni..suara pon sipi2 di bawa angin jerr!! *sigh*


Read more...

Tuesday, 27 April 2010

Kewajipan isteri

Adoyaii mandom tol aku ni. Betapa xorganizenya aku ni!! Mana aku letak catatan minit mesyuarat aku neh??? Kat mana? kat mana?? (echo..) aku rs aku da cari lm semua note book aku. Tp xde. Adakah aku telah mencampakkannya ke dalam tong sampah?? mesin pericih? arghhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! stress tol. Time aku rajin ni la cari benda xjumpa. Wpun itu hanyalah minit sampingan dan tiada due date tp aku masih kene siapkan jugak....

Benda lain pulak yg aku jumpa. *Sigh* korang nk tau mendenya?? HaHaHa..isi-isi penting kuliah agama. Kagum aku ngan sendiri. Sbb tajuk best mmgla cerah je biji mata. Bab Munakahat tu a.k.a bab nikah kawen. Apakah yang harus aku labelkan entri ini?? KULIAH AGAMA jerlaa.


macam mana aku leh terbawak nota kelas ke opis lak neh?? tp xperla kan share2 info.
sbb aku pompuan makanya aku bagi tajuk pasal pompuan la yer! sebagai ingatan untuk aku yang xkawen lg neh, bakal2 isteri, isteri pertama, kedua dan seterusnya la klu bernombor.





Kata Ustaz, kewajipan isteri tidak termasuk membasuh pakaian, memasak, kerja rumah dsb. (wah bestnye!!) kerana ianya adalah termasuk lam perkara maaruf yang dilakukan oleh isteri.

Ini baru iya!!


1) Menyerahkan diri kepada si suami
- dengan SYARAT suami sudah pon menyediakan mahar (mas kawen), sediakan tempat tinggal dsb. TETAPI kalaupon tpt yang disediakan oleh suami itu tidak kondusif suasananya, maka adalah menjadi hak si isteri untuk menolak permintaan suami. Dalam erti kata lain tidak wajib bagi isteri untuk melayan suami pada ketika itu. (bukan aku kata, ustaz yang kata ok!!)

2) Mentaati suami (pada perkara yang halal)
- agaknya semua orang taukan?? xkan dari elok2 bini pakai tudung nk soh bukak tudung pulok kan???

3) Perlu melayani suami dengan baik
- jangan tengking2 suami tau xbaik..syurga isteri kan di bawah tapak kaki suami..:)

4) Tidak mengizinkan lelaki lain masuk ke dalam rumah kecuali dengan izin suami
- ini adalah merujuk kepada yang bukan muhrim yer tuan/puan!. adalah menjadi hak si isteri untuk tak bagi orang masuk rumah dia. Tp klu ikut adat skang orang tak paham..bila adik ipar, abang ipar datang time takder org lain kt umah, nk bagi masuk ke taknak neh??

SOLUTION: calling2 la suami tu, inform dia n then mintak izin. Tak susah pon kan? (cewah cm aku ada suami pulak kan??ngeh3)

5) Tidak boleh menolak kehendak suami except klu ada halangan
- yang ni korang paham2 sendirila yer! klu ada halangan tu bawak2 la berbincang laa coz klu tak seorang isteri itu akan dilaknat oleh Allah.(nauzubillah!)

6) Tidak boleh berpuasa sunat kecuali dengan izin suami (baik korg ajak suami pose sekali!)
- tp klu nk puasa qadha' tak perlu izin suami coz bab ni suami kene la faham..wajib kan??

7) Tidak boleh menyakiti suami dengan perbuatan, perkataan dsbnya..
- Yang ni samalah cm yang no bp tah tadi.! Nape notes aku kosong? aku tido ke time neh????

8) Tidak boleh kuar rumah tanpa izin suami
- termasuk untuk pegi keje, sebaik2 nya cium tangan suami tanda dapat izin. (klu laki korg xnk hulur tgn dia tu korg phm2la yer, xkan 2 pun aku nk ajor cewah cm bagus je aku ahaks!!) . Tp jgn la ngengade smpai nk g jemur kain kt luar rumah pon nk mtk izin, nk siram pokok bunga pon nk mtk izin kang ada plak yg kene lesing kang!!
*Isteri-isteri sekalian, sila minta izin sekiranya terdapat mana2 yang diluar kebiasaan...

9) Bersyukur dengan apa yang ada
- jalani kehidupan seadanya, jangan meminta sesuatu di luar kemampuan suami. Bertolak-ansur laa yer! Jgn korg nk mintak laki korg petik bulan bintang plak...:P

*Tip: Ustaz kata isteri boleh buruk sangka sket terhadap suami wpun suami tu seorang yang baik tau!! muahahhha..:D


Read more...

Calon Melayu Vs Bukan Melayu

aku xtau nk tulis ape tp sejak bahang pilihanraya Hulu Selangor ni da surut sket aku rs nk tulis pasal bende ni. Aku bukannye pro gomen ataupon sebaliknya tp ini adalah persoalan yg sekian lama dok berlegar-legar lm kepala hotak aku ni..wpun aku ni baru terhegeh-hegeh nk mendaftar sebagai pengundi wpun da idup lama wakakakka!!! (keji betol!!) Isk korg..kira aku da sedor diri la ni. Insya Allah nnt klu ADUN tempat aku meninggal aku blk la mengundi!! (wah xsayang mulut ko ek??)

(Ini adalah pic kemenangan calon BN at Hulu Selangor)

Calon BN non-muslim. Calon PKR lak Muslim. Tp kan orang kata.. ke sape kata yer?? Aku tak tau klu ada lm hadis ke ape ke. Kefahaman dia leh kurang cm ni laa..orang Islam adalah 'wajib' atau sepatutnya memilih pemimpin Muslim over Non Muslim. Diingatkan bahawasanya aku tidak bersifat racist yer!! cuma nak tau tentang persoalan ini. Perlukah walaupun calon Muslim itu dikenali ngan perangainya yang bukan macam orang Islam sangat pon, perangai cm setan gak berbanding ngan yang non-muslim tadi?? (tidak merujuk kepada Dato' Zaid yer!!) Berdosakah bagi seorang Muslim memilih pemimpin yang bukan beragama Islam??

Aku ni bukannye minat sgt pon bincang bab2 politik nih tp time aku g kusus ari tu, lecturer aku ckp kita ni sebagai rakyat, nak tak nak kene gak ambik tau pasal politik!! Tepuk dada tanyala sape2 yang ada ilmu kan yer dak?




Read more...

Friday, 23 April 2010

Dilema orang tak kawen lagi..

"Love is the reason why we're here on earth..~"
Smlm dan kelmarin asal ada free je aku dok menyekodeng blog orang. Mcm2 tajuk da aku baca. Pastu what i discovered was..byk gakla member2 blogger yg dok bincang pasal topik jodoh, kawen dan yang sewaktu dengannya. Dan memandangkan terlalu banyak campurization of topics kt lam kpl otak aku neh makanya i've decided to write abt this topic. Takdakla best sgt pon topik ni tp sbb blog ni blog aku so sukahati aku la kan?

Dilema orang xkawen?? adakah di antara lelaki dan pompuan mereka menghadapi dilema yang sama?? adakah lelaki dan pompuan mempunyai kuasa untuk memilih yang sama?? Taktaula kan..tp bagi aku agak xlojik kalu sorang laki tu jawab bila orang tanya nape xkawen lg?? Katanya xder jodoh. Isk..bukankan lelaki ada kuasa memilih yg hebat. Mana taknya siap leh letak kriteria lagi. Lainla pompuan mmgla boleh juga memilih tp xla sebilang masa sbb klu salah memilih sgt kene reject, pastu nnt dikatakan perigi cari timba.

Mungkin ada lelaki akan cakap dorang xder jdh sbb xhensem tp lelaki xhensem klu poket penuh sure 'pompuan' (materialistik) xkisah kan plus baikla akhlaknya. Pompuan plak pada satu tahap akan habes peluang untuk memilih lg dah. Bila?? bila umo semakin meningkatlaa dan semakin kurang lelaki yg lebih tua dari dorg yang tinggal n masih bujang. Klu ada pon sure bujang 3 @(untuk tmbah cawangan)... yang lebih muda jer (kematangan yang boleh dipersoalkan). Dan bila pompuan semakin meningkat umonya dan xkawen lg, lancang je mulut org ckp..andartu la tu. Tp jarang org akan bercakap mamat tu bujang terlajak. Ini sungguh tidak adilkan???

Bila lelaki dan pompuan berkawan baik kadang.. isk!! xtaula aku nk cakap cane..AMARAN: Kalu masing2 da berumahtangga, baik elakkan dari berkawan baik dengan org berbeza jantina. Bukannye ape, byk cite yang aku dgr..bila masing2 ada mslh rumahtangga dorg xakan cari org lain tp akan cari org yang berbeza jantina a.k.a besfren juga utk share mslh tp mslhnya jugak kes cani akan menjadi lebih teruk bila
lelaki@pompuan tu akan jatuh cinta plak ngan besfren dorg!! Huh bahaya neh!! Jangan amalkan tau, xbaik utk kesihatan sepanjang zaman. Tp korg fhm tak ape yg aku ckp neh??*wink* klu xphm pon phm kan jer la ek??

Bila lelaki bujang n pompuan bujang berbesfren. Yg ni lg haru..kdg masing2 treat di antara satu sama lain tu cm lbh dr kwn biasa jer. Yg jadi masalahnya xpenah plak si lelaki kata suka@ nk jadi lebih dr kawan. Sebagai pompuan, ini juga menyebabkan dilema. Nk tanya lebih2 kang da jadi cm perigi cari timba. Tanya sket @ sekadar bagi hint nk clarify bab2 yang melibatkan feeling ni si lelaki kata tangguh dulu pulak. TANGGUH?????? maknanya apa ni? klu xder paper nape nk tangguh pulak?? just straight 2 the point la kan. Isk ada juga lelaki cani kan??

Ker dia pon dalam dilema?? Dilema apa? takut tercommit ngan relationship yang lom tentu direstui oleh mak bapak??? @ sbb banyak tanggungan?? @ kerana lelaki seperti ini ialah man of his word meaning dia xnk commit ngan something yg dia xsure dia leh usahakan ke arah itu. Dia jenis yang once bila dia da buka mulut maksudnya itula yang dia maksudkan n dia tak nak main2. Begitu ker? @ dia sbenarnya xckp duit lg sbb tu dia diam jer xnk mention lgsg pasal serious relationship nak-nak klu da masuk bab2 kawen neh. Betul ker tanggapan aku ni wahai kaum adam yg pada aku sometimes very hard 2 understand what they're thinking of. Complicated tol!!

Pada pendapat aku la kan..pompuan xkan tau pon apa masalah seorang lelaki tu klu dia xbgtau. Mungkin dorg xtau yang pompuan ni bukannya semua jenis yang xleh bertolak ansur. Klu bgtau apa masalah dorg jatuh ke egonye? InsyaAllah pompuan akan phm. Klu pon xleh bantu selesaikan mslh tu at least berguna la juga fungsi member pompuan tu kan as a shoulder 2 cry on ke ape ke ahaks!! at least kurang la sket beban yang ditanggung tu kan?? aper yang penting?? kerjasama!!! wakkakkka..xderla yang penting ialah komunikasi dalam perhubungan.:)



Read more...

Thursday, 22 April 2010

Cintan cintun

Huh FB can really do wonders laa..rs cam da lebey satu dekad akhirnya terjumpa kembali ngan si dia yg suka kt aku time skolah dulu hehehhe..tp dia da kawen so titik! cuma aku jer yg xkawen2 lg. hukhuk!!.


( pic sape tah aku amik neh!)

hmm tgh2 dok baca paper online tetiba come across satu artikel ni cm menarik jugaklaa tajuknye: Saat menilai cinta. Klu korg nk baca klik kt link nih:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Famili&pg=fa_02.htm

Hmm dan aku suka lagu neh..enjoyy!!



Read more...

Monday, 19 April 2010

Bila orang mengadu~


Ape kene mengene ngan air tin kt sebelah nih?? Hahaha..mmg xder makna pon saje je aku letak sbb cm chantek plaks kaler dia warna-warni gitu..tp untuk makluman air tin tidak bagus untuk kesihatan due 2 high contain of sugar. Lebih baikla minum air putih ak.a air masak. air mati, air jarang, plain water, sky juice bla..bla..

Ok masuk tajuk skang! (^o^)..smlm aku received kol dari kwn aku biasala nak mngadu..Huh taula aku ni bekerja di tempat orang mengadu hari cuti pon kene wat OT dengar aduan + luahan perasan perasaan dorg kt aku. Benda xder la ape sangat pon cuma asalnya kecik ati je sbb housemate yang sorang lagi tu x kejut dia g jogging. Selfish kata kawan aku ni. NK KURUS sorang2!! Aku tau nape yg buatkan dia sakit ati sangat sbbnya adalah..dia baru jer beli 3 lai tracksuits n kasut pon kira baru gak lagi 4 sure la mmber berkobar2 nk g jogging kan?? Da la azam untuk bulan ini adalah jeng!jeng!jeng! nk kuruskan badan lam masa 2 bulan.


Agenda nk kuruskan badan itu adalah disebabkan oleh 2 look more presentable bila nk g wat blind date nnt wakaakakak..(ekceli aku pon ada gak azam tu tp skang da lapa plak rsnya..ops!! aku posa la bengong!!)


Pastu dan lagi dia bengang ngan member tu yang kata dia ckp cm keling..kesahnya dorg dua org ni da pelan nk g trip ke BaitulMaqdis, Syria n Jordan segala. Bila?? Akhir tahun ni.. ada gak dorg ajak aku join tp mmndangkan it costs a lot of money abt 8k makanya terpaksalah aku telan air liur jer walaupun air liur aku ni cm da meleleh sbb teringin gak nk pegi.


8k? Utk org yang gaji kecik cm aku ni terpaksalah pikiaq lebih dr 18x. Mana taknya 8k tu aku leh pakai wat kenduri kawen taww (tu pun klu ada org nk kawen ngan aku arr!!) xpon aku tmbah sket jer lagi da leh g Mekah (Insya Allah!!). The story continues..kata kawan aku ni mmber sorg tu asyik kata kejap nk g kejap xnk g..kejap kata nk g Jepun laa utk smbg masters wpun lom sure dapat ke tak so kawan aku ni bengang laa sangat. Aku tanya gakla ape mslhnye xnk g? kan ke awal2 dl da beriye nk simpan duit utk pegi trip tu?? Ntahlaa..mslh kewangan katanya. Aik! Da tau awal2 lg akan ada mslh kewangan xyah la wat commitment. Tgk mcm aku..melancong ikut kemampuan je wpun kadang kene mintak sponsor sket dari mak (wah xmalu!! Bukan mintak la dorg yg hulur per:P)


Aku biar jer kawan aku tu membebel utk puaskan ati dia. Last2 aku tanya dia.. ko tgh peot ek?? Hmm aah..hihhii..hmm patutla ko sensitif banget neh!:P ..nasihat aku pada kawan aku tu. Alaa..mcmla ko xphm perangai dia caner..kdg dia xphm pon ape dia wat (merujuk kepada kesah mmber tu komplen masakan kawan aku tu pedasla mcm2) maybe dia rs ape yg dia ckp tu biasa tp bg ko menyakitkan ati..ko kan tau dia kan jenis blur jugak sometimes..(amboii sedap jer makcik bagi komen yer??) Ko layan je laa..ape2 pon ko tetap sayang dia kan??


Pastu aku xnk bg dia marah2 lagi aku switch plak pada cite2 lain yang lebih best.. *sigh* agaknya dahi aku ni mmg da ada cop kot sebagai tempat meluah perasaan hukhuk tp xder pon org meluah perasaan sbb suka kt aku  maybe i’m such a good listener kot!! (perasan huhu!!) tp xtaula dari dl lagi aku ni mmg suka dgr mslh org wpun bukanla pandai no nk menyelesaikan masalah yang tersebut. Agaknya sbb ni jugakla rambut aku pon makin menipis sbb asyik dgr masalah problem org jer..mslh aku?? Sape lak nk dgr??

Read more...

Doodling..!!

I've been doodling everything recently...it's been a while now! tp aku teringat pulak ada orang penah bg aku satu message yg merupakan tafsiran ayat Al-Quran;

"Demi matahari, dan cahayanya di pagi hari. demi bulan apabila ia mengiringi,
demi siang apabila ia memperlihatkannya dan malam apabila menutupi, demi langit serta binaannya, serta bumi dan penghamparan atasnya, demi jiwa manusia dan penyempurnaanya" As-Syams

Hmm..surah ini biasanye akan diamalkan sewaktu menunaikan solat sunat Dhuha n which i myself never had time 2 perform it!! (alasan semata!!) Selepas 18x aku cuba digestkan apakah makna disebalik ayat2 ni yang leh aku paham..yg aku dapat cuma dari last line jer la kot coz yang lain tu terlampau indah sangat smpai aku xleh nk smpai kepada maknanya yang sebenar..orang fwd aku ambik jer la kan...ke org tu saje perli aku spy aku rajin tunaikan sunat Dhuha neh???? ngeee..:D

Tiba-tiba pada suatu hari juga..aku terdengar satu nasyid n bila aku amati lirik dia rupanya sejibik mcm ayat ni so it reminds me of something la jugak..back 2 the memory lane!

Persoalan: Haruskah jiwa manusia itu disempurnakan hanya apabila tiba masanya? adakah penyempurnaan itu perlu dilakukan pada masa dan ketika yang tepat demi untuk mengurangkan risiko??

Read more...

Friday, 16 April 2010

Mcm mana nk buat duit ngan blog??

Huish..da beribu2 lemon (tipu!)cite yg aku dgr org dpt duit just tulis blog jer? Tp konsepnye mcm mana smpai skang aku xphm2 lagi..aku pon nk jugak carik DUIT TERPIJAK neh. Takat menulis mcm diari jer leh la kot tp klu nk harap aku touch up@ make up kan blog ni aku mmg tahap zero gaban punyalaa huhu..mula2 skali yang aku xphm + xreti cane nk mskkan ads lm blog kita..lm erti kata lain cane nk customizekan ads tu ataupon any additional boxes lain kt lm blog tu?? add gadget ke? (sape leh tlg ajor aku kt cni??) -- Nak cari ilmu xleh malu kan? betol tak? dan sape yg ader ilmu tu xleh kedekut kan??
JANGAN KEDEKUT ILMU>>>xbaik nnt ilmu xberkembang. :D..pastu kan dan lagi cane nk mskkan pic skali byk lm satu box jer?? kene pakai photoshop ker? Huh buta IT aku ni..budak tadika pon tau. Am such a LOSER!!! org nk ader blog awak pon terhegeh2 gak nk ader blog..huh! padanla muka. Nak wat cane aku kan org kg.. nk belek2 psl bende ni saje xde masa. Internet kt umah pon xdo..aku nk tggu national broadband yg free tu smpai ke area umah aku nnt (Huh sengal! bila tahun nk smpai area umah ko!!). Kata kawan aku, aku ni psycho (betul ke??) just becoz aku xder internet n astro kt umah plus aku dok sorg2 doesnt mean that am a saiko tawww!! aku ni kan homie type of person. Bila dok umah tu aku wat je laa apa yg patut..klu aku kua duit aku habess coz am an impulsive buyer as well. Cant help that!!

Read more...

Entah..

i am so damnnnnn sleepy today..guess it's becoz i stayed up late last nite. Dont know what was i thinking? merely everything..n when several of my gadgets went wrong..obviously n definitely had added and increased up my tension level..stress like hell!!!! dont know y..when i think of the so called frenship..i feel heartless now. Plain. Everything is back to normal. No more excitement. I did try 2 lite it up but still i cudnt find the pulse...:( *sigh*)

I'm still trying 2 find back the momentum..but if there's only me that keep on trying n doing everything..capek seyy!! tp ari ni aku dpt lg copy satu doa dr nota org yg sama kt fb aku heheh..

YA RABBI..
Allah yang Maha Pemurah... Terima kasih kerana Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya. Terima kasih untuk saat - saat indah yang dapat kami nikmati bersama. dan Terima kasih untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama.

Allah yang Maha Pengasih.. Aku datang bersujud dihadapanMu... Memohon Engkau sucikanlah hati ku ya Allah,sehingga aku dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMu dalam hidup ku

Allah yang Maha Mencipta…jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya... janganlah biarkan aku melabuhkan hati ku dihatinya.. kikislah bayangnya dari pelupuk mata ku dan jauhkan dia dari relung hati ku.. Gantikanlah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dan cinta padaMu yang tulus, murni... dan tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Allah yang Maha Suci….Tetapi jika Engkau ciptakan dia untuk ku. tolonglah satukan hati kami... bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya... berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya... Redhai dia, agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima ku kerana cintanya padaMu dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana yang telah Engkau ciptakan... Yakinkanlah dia bahwa aku sungguh - sungguh mencintainya kerana Mu dan rela bersama suka dan duka dengannya.

Allah yang Maha Penyayang… dengarkanlah doa ku ini... lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMu.. Allah yang Maha kekal,aku mengerti bahawa Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untuk ku.. luka dan keraguan yang ku alami, pasti ada hikmahnya. Semuanya mengajarkan aku untuk dekat kepadaMu, membimbing aku menuju hidayahMU... Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.... Jadikanlah kehendakMu dan bukan kehendak ku di dalam setiap pemberian Mu dalam hidup ku..

Allah yang Maha Mendengar,semoga Engkau mendengar dan mengabulkan permohonanku AMIIIN !!!


Semoga aku pon dapat bersabar sebagaimana doa ini...kerana jodoh itu adalah rahsia Allah..

Read more...

Doa untuk wanita..

It's been ages for me since i wrote my last piece of thought. While browsing the internet, facebooking n etc..i stumbled upon one of my friend's share notes. It's remarkable i think! it's a prayer actually..n i've been touched by the contents. Here i wanna share it..:

YA RABBI...
Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.

Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia. Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya.
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta... Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga. Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-MU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-MU bukan dari luar diriku.
Berilah aku tangan-MU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatan-MU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulut-MU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan,
''Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.'' Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

Read more...

Fwd msgnya...

I received this on the 9th of October 2009..as i read it i think it suits me well...referring to all the obstacles that i went thru..but my friend said..it's more than that..it's deep! i dont know..what do u think??

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, Yang mencipta segalanya,
Yang menimpakan ujian, Yang menjadikan sakit hatimu, Yang membuatkan keinginananmu terhalang serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu, retaknya hatimu, mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya.."

Aku suka xtau kenapa..for me ianya kene dgn aku dan kengkawan yang seangkatan dengannya..Frankly, there was a time when i felt so down n low..nobody's there 2 talk to so there's only one way i.e turn 2 Him..He knows better..!!

Read more...

Friday, 9 April 2010

Ku pendam sebuah duka..(aiseh tajuk lagu pulak!!)

Da berzaman rasanya since my last note kt blog ni. I wish i'd have more time so that i cud write n update this blog everyday.. tp tak ape laa..
When everyone seems to be happy or will step into another phase of their life..am still at the same level without getting any better i mean referring to my life journey..there's nothing new or something extraordinary that can be put into it or something that can ignite a spark to it..so dull n boring!! there's a hole in my heart!:( day by day i started 2 feel that my life is not complete n yet 2b completed. Dont know when n how???? that the question i've been asking myself lately *sigh*

Pada siapa aku harus mengadu pun tidak tahu..pada manusia mana? aku tidak mahu menyusahkan kawan-kawan yang sudah berkeluarga coz they already have their own prob. I dont want 2 give them all the hassles..of course i turn 2 Allah everytime when i feel down but i still need someone 2 talk 2. I dont have any. Seseorang yang boleh melayan karenah ku..aku tidak mahu tersalah tempat mengadu silap2 nanti aku 'ter'mengadu pula kepada kekasih orang atau tunangan orang.

Ya Allah..apa yang terjadi kepada diriku dan keluarga hanya Engkau yang tahu. Biarlah Engkau saja yang membalas perbuatan mereka. Semoga mereka2 itu dimasukkan iman dan menyedari kesilapan mereka. Walaupun sangat pahit untuk ditelan..seperti kata ibuku kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar tapi yang selebihnya tetap di tangan tuhan. Jika diizinkan Allah ke atas sesuatu perkara maka jadilah ia namun sekiranya tidak iizinkan Nya..walaupun sekuat mana kita berusaha untuk itu ianya tetap tidak akan menjadi kenyataan. Namun aku sangat2 berharap Allah akan mendengar doaku saban hari..sekiranya sesuatu itu bukan ketentuan untuk ku tunjukkanlah jalan supaya aku pasrah dan aku akan berusaha untuk sesuatu yang lain. Aku amat berharap agar diberi petunjuk ke jalan yang betul supaya aku tidak akan menyesal dengan pilihan yang telah aku buat. Aku juga berdoa agar Engkau tidak akan menguji aku lebih dari kekuatan yang aku ada..kerana aku tidaklah sekuat mana. Aku hanya berpura2 tabah demi ibu dan adik2ku. Aku juga benar2 memohon kepadamu Ya Allah agar sentiasa mempermudahkan urusan ku dan keluarga di dunia dan di akhirat. Makbulkan la doaku Ya Allah.

Read more...