ape ni?





Tuesday, 23 November 2010

Cam sengal tp berisi..:: Surat dari girlpren ke future hubby ::

Aku suka sangatla ngan artikel budak ni..inipon setelah dicopy oleh orang lain dan dikongsi2kan bersama..jom baca!

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).

Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)

Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersangsudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,

Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surahJuz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…(terus baca lagi!)

Oh laling,

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.

Jangan pulak asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!). Tapi syaratnye laling kenalahtolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak.Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,

Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la lalingsweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikanblindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beliLCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^







Read more...

Thursday, 4 November 2010

Sebagai peringatan untuk diriku...


Manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?


Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

YA ALLAH, tabahkanlah hati dan diriku dlm menempuh liku-liku kehidupan dlm mencari redhoMu...

Notakaki: Terima kasih untuk penulis ini.



Read more...

Friday, 29 October 2010

Hukum Isteri Meleteri Suami ......

Senarionya:

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakansama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.


Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.


Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.


Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.


Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.


Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.


Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.


Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "


Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihatkaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "


MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.


Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.


Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekaligus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.


Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "


Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.


Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapijuga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.


Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.


Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.


Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.


Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh-kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.


Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "


Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.


Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.


Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.


Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.


Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "


Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.


Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .


SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.


WASSALAM..



Read more...

Thursday, 21 October 2010

♥Tuhan berikan aku cinta....~♥

Ini lagu org tgh sedihkah? mcm aku?

Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan....


Read more...

Thursday, 14 October 2010

Ada lagi ke lelaki cani? terharu aku..

Seperti biasa blog aku adalah tpt aku menyimpan artikel dan kesah2 yg aku suka..so ini yang terbaru yang aku jumpaa...leh jadi pengajaran untuk smua supaya jgn tamak sgt dlm mencari kasih sayang...

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.


“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Read more...

Monday, 4 October 2010

kenapa ALLAH pertemukan kita dgn org yg salah!!!!

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


Begitulah aku jua..berdoa dan berdoa agar suatu hari Allah akan memakbulkan doaku..
Nukilan sape aku tak tau...tp aku suka!








Read more...

Monday, 6 September 2010

Jika Orang Tak Sudi..huhu

Hmm..actually aku ni tgh sedih...sedih sgt! rasa cam da xder mood nk raya pon. Tp xperla hidup mesti diteruskan..takkanla kita nk mengharap pada yang tak sudi yer dak?
mungkin aku ini sgt tidak layak untuk menagih kasih dari orang itu. Yerla hidung tak mancung pipi pon tersorong-sorong la kan. Orang kampung lak tuh! ape pon mls nk pk panjang..i've 2 move on no matter what. Someday dia akan ingat apa yang aku da penah wat utk dia itu pun klu dia tau untuk menghargainye! *sigh*

Kat bawah ni aku tepekkan gurindam yang aku request dari seorang blogger..credit to
Azlina coz sudi send kan gurindam ni utk aku. Thanx for sharing!

Jika Orang

Jika orang tidak suka,
Madu diminum terasa cuka,

Jika orang sudah benci,
Nama disebut dikata caci.

Jika orang sudah tidak sudi,
Tiada gunanya kita berbudi.

Jika orang tidak pandang,
Diam sahaja jangan meradang.

Jika orang tidak peduli,
Ular menjalar dikata tali.

Jika orang tidak kisah,
Bawa bertenang jangan gelisah.

Jika orang buat tak tahu,
Tiada gunanya berganding bahu.

Jika orang tak mahu bersama,
Tiada gunanya bekerjasama.

Jika orang tidak pelawa,
Jangan sekali berasa kecewa.

Jika orang tidak dengar,
Sunyi sepi walaupun hingar-bingar.

Jika orang tidak ajak pergi,
Tidak mengapa tidaklah rugi.

Jika orang sudah tidak percaya,
Cicak kecil disangka buaya.

Jika orang tidak menjemput,
Senyum sahaja jangan hamput.

Jika orang tidak mahu,
Buat sahaja tidak tahu.

baca lagi seterusnya...


Jika orang tidak sayang,
Jangan cuba nampakkan bayang.

Jika orang sudah marah,
salah sedikit naiklah darah.

Jika orang tidak kasih lagi,
Jangan ditanya ke mana pergi.

Jika orang tidak menyapa,
Lupa sahaja jangan berjumpa.

Jika orang sudah tidak ingin,
Panas terik terasa dingin.

Jika orang tidak simpati,
Usah mengadu buat sakit hati.

Jika orang tidak mahu tolong,
Tiada gunanya terlolong-lolong.

Jika orang tidak beli salam,
Agaknya terlupa ajaran Islam.

Jika orang mahal senyuman,
Jauhi diri usah berteman.

Jika orang diam sahaja,
Jangan cuba hendak brmanja.

Jika orang sakit hati,
Sabar sahaja dan hati-hati.

Jika orang tidak sembahyang,
Pahala kurang dosa terbayang.

nukilan ~ mas adeki 15/08/2002




Read more...

Thursday, 2 September 2010

Dari Wanita Untuk Lelaki by Jamal Farghali Zainal Abiddin

Rasa nk share ngan korang hasil tulisan dari seorang lelaki ini..kiut sgt!


Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.

Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.


Read more...

Wednesday, 25 August 2010

Kata – Kata Hikmah Untuk Hari Ini

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam,
krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan,
krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar,
krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat,
krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas ,
krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6.. utk bunyi bising jiran²,
krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok
krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,
krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif,
krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi,
krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

Read more...

Setelah lama mencari akhirmya ku temui jua...

Jeng..jeng tajuk entri tah ape2 tah..hmm korg leh teka tak apakah yang di dalam ini gambar?? ha teka, teka..wpun takde hadiah percuma pon saje je nk menguji minda korg di bulan puasa ni. Oh dan lagi sila abaikan pengambilan gambar yang tak bape nk clear oleh hpku yang bukan blackberry tu blueberry pon bukan.

Dapat teka tak?? hahaha itulah murtabak namanya. Walaupun rupa dia buruk namun inilah pertama kali for the first time aku jumpa murtabak yang sedap dan menepati citarasa tekak aku di bandar Kuantan neh!.

Alkesahnya..dah 2x Ramadhan aku asyik dok mencari murtabak yang best. Tekak aku ni pon satu, asal bulan pose je suka sangat ngan murtabak padahal klu bulan xpose takder lak nak ngengade cmneh. Nafsu kah? Maka sudah hampir 15 hari puasa aku berkelana mencari murtabak yg sedap. Huh tipu!!! sejak pose ni ada lah 4,5 kali aku beli murtabak tp smuanya indah rupa dari rasa. Walaupun klu korg datang kt Kuantan ni korang akan jumpa murtabak yang saiznya mak aih mcm nk mkn 10 org dengan harga dkt seploh hengget..tp kadang luarannye je nmpak best. Murtabak kt cni mmg berlapis2 dan tebal sbb tu mahal kot. Tp tiap kali aku beli isinya penuh ngan bawang jerr..daging xrs lgsg!! baik xyah letak murtabak ayam ke daging sbb rs mmg sama jer pon.

Aku ni xkesah rupa murtabak tu cane sekali pon asal nama dia murtabak dan rasa dia sedap. Namun akhirnya pencarianku telah berhasil..sedap betul murtabak di atas tuh. Kulit xtebal sangat tp padat isi dia dengan sayuran dan daging hehhehe...saiz besar gile smpai aku buka pose ngadap murtabak je smpailah ke sahur (sbb aku sorang jer!!) rege plak Rm5. Oklah dengan saiz dan rasa tu mmg berbaloi. Dijual bukan kt PARAM tp kt restoran buruk jer dkt opis aku hehehe...mmg best utk tekak aku!!

Read more...

Tuesday, 24 August 2010

Bergedel ball & stick!


hohoho..ape kes tiba2 ada entri pasal makanan plak kt blog aku neh?? hmm..da name pon blog hampess haruslah suka anak tekak aku je kan nk letak pape...by the way..nape plak nama dia cm tu? ekceli aku tak ingat ape nama bergedel neh..tgk kt lam tv pastu rasa nk wat plak!! Lagipun nk wat dia pon senang...sesuweiiiiii sangat untuk orang2 malas mcm aku..

Oh explanation dia lom habes lagi...nama bergedel tu cenggitu sbb bergedel ni tak pakai daging tapi pakai mcm2 ball like fried fish ball, seafood tofu..dan lain2 ball terpulang la kepada citarasa tekak masing2 yer!

alkesahnya...aku yang nk diet neh hahahha..tp ini lom masuk menu diet lagi tau. Sbb aku takut menjadi pembaziran sementelah aku da terbeli kentang itu ari..takkan aku nak buang sbb ianya adalah makanan berkarbo apetah lagi nak biar sampai berakar pastu gi tanam..lagi la tak logik kan?

Since aku pon masih dlm fasa spring cleaning so mula2 dtg mcm2 idea nk masak..tp aku masak yang senang dan yang pasti ingredients dia leh main campak2 jer secukup rasa gaya megi giteww!! awww!! :P So jadilah bergedel tu ghope ini..---------->

bergedel mcm2 ball..ahaks!

Bahan2 dia---->

Ubi kentang - aku wat 5 biji - rebus & lenyek
Pelbagai ball kesukaan -
Fried fish ball - 3biji
Crab stick yang panjang - 3 btg (klu yang pendek pakai 6btg)
Seafood tofu - 3 keping
(semua kat atas perlu dicincang halus)
cili merah
daun sup
daun bawang
bawang goreng
sedikit serbuk jintan manis
garam secukup rasa...

* campurkan semua yang di atas, gaul dan uli (uli ker?) smpai jadi cm doh roti gitu...kepal2 ikut saiz kesukaan!)

* celup dengan tepung jagung pastu telur kemudian goreng di dalam minyak yang panas..

Maka jadilah seperti gambar di atas. Sedap jugak wpun first time wat! tekstur dia ringan sket laa..korg leh la try wat klu rajin cm aku ahaks!!







Read more...

Wednesday, 18 August 2010

Orang Diet aku pon nak diet jugak!!

Rasa da gemoks. huh sah2 la aku mmg gemok pon. Rasa nk diet. Lam 2 hari ni teruja betul bila baca blog orang2 yang tgh diet dan telah turun berat badan dengan jayanya. Rasa best. Yang penting sihat.

Bolehkah?? disiplin aku ni kurang sket. Cepat goyang!. Ingat nak start diet next week. B4 that nak kene berhabes-habesan wat spring cleaning esbok aku tu. Leh ke nak abeskan smua makanan yang berkarbo tu by the end of this week? ke secara tak langsung akan jadi mangsa tong sampah??

Hohoho tak baik membazir..lagi2 di bulan puasa yang mulia. Baiklah aku sedekahkan kat jiran sebelah kan? Dan aku masih mencari kekuatan diri untuk menjalankan misi aku ni. Biarlah orang tak suka kat aku sebab aku gemok..nanti klu aku da berjaya kurus (sket) aku jugak yang puashati ngeh3 pedulik apa aku ngan orang tu kan? Doakan aku beroleh kekuatan ittewww!!!!:D (^_^")
Kena sahut cabaran zero obesity society!!

Nota: nape asyik omputeh je yang jenguk blog aku?? paham ke dorg ape yang aku bebel kt lam neh??

Read more...

Monday, 9 August 2010

BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE...

Alkesahnyaa....

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?


1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran,
apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

p/s: Bestnye dapat suami penyayang dan beriman mcm ni kan??


Read more...

Thursday, 5 August 2010

Pesanan Dari Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahawasanya..cewah..isk sila gunakan bahasa melayu yang betul yer! Ok..ok..
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, iaitu badan yang berkuasa penuh dalam hal-hal kebangsaan yang meliputi ejaan, istilah dan tatabahasa yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyelaraskan penggunaan tanda titik pada singkatan kata sapaan bagi gelaran. (rasa skema siot!!)

Bagi kata sapaan yang mengambil huruf pertaman sahaja, kata tersebut ditulis tanpa tanda titik seperti menulis singkatan nama jabatan atau institusi. Contohnya; YAB (Yang Amat Berhormat), YB(Yang Berhormat), YM (Yang Mulia), JKR (Jabatan Kerja Raya), DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, bagi kata sapaan yang melibatkan kependekan, kata sapaan tersebut ditulis dengan tanda titik seperti menulis kependekan kata umum yang lain. Contohnya, YBhg.(Yang Berbahagia), hlm. (halaman) dan spt. (seperti).

* Ingat ya kawan-kawan dan adik-adik..penting ni bila nk tulis surat rasmi ke ape..ataupun time ada event yang melibatkan protokol..benda kecik tp impaknya besarrrrrrrrr!!





Read more...

Monday, 2 August 2010

Movie Salt@Garam!


Smlm i went for a movie. Rasa nak tengok sangat citer Salt ni coz tgk gazette dia cam best some more starring AngelinaJjolie kan. Harusla jugak nk tengok. So, my conclusion is this movie is superb! 2 thumbs up! since the storyline is all about CIA, all about the American n Russian spy so of cozla it is a full action pack movie. Tak sempat nk berkelip la mata ko! nsb baik tak beli popcorn klu tak harus xsempat nk makan + mengunyah popcorn tu sbb khusyuk sgt and u just dont want 2 miss the action!

U guys should experience the thrill and excitement by urselves then u'll know what i babbling about!! :P ..tpkan on top of the US Chart skang is Inception by Leonardo DiCaprio. Aku tak tengok pon citer ni. Best ke ek? By the way..suka no aku tgk gaya Evelyn Salt yg penuh bergaya tu..yg tak tahan asyik main rembat barang orang jer tau while she was on the run!!


Read more...

Tuesday, 27 July 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..(-_<")


Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap kelebihanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nakhodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )














Read more...

Friday, 23 July 2010

WARKAH BUAT SAHABAT

Since blog aku ni tak bertema maka suka-suki aku je la nk post entri ape kt cni kan..
Ape-ape yang aku suka yang aku tak nak simpan lam buku takut ilang so betterla aku post kat sini kan supaya aku leh share ngan korang jugak! :D

Bila masa berkembang taman di dalam hati aku ni..sukalah kiranya aku nk tepek puisi yang aku terjumpa nih. Tp consider puisi ker?? whateva laa..


Saat Dikau Bertemu Dengan Orang Yang Benar-Benar Engkau Kasihi,
Berusahalah Memperolehi Kesempatan Untuk Bersamanya Seumur Hidupmu.
Kerana.. Ketika Dia Berlalu Pergi, Segalanya Sudah Terlambat Bagimu.

Saat bertemu teman yang dapat dikau percayai,
Sentiasalah bersamanya.
Kerana.. seumur hidup manusia, teman sejati sukar untuk kau temui.

Saat bertemu sahabat yang membantumu,
Ingatlah untuk bersyukur kepadanya,
Kerana.. dialah yang mengubah hidupmu.

Saat bertemu orang yang pernah dikau cintai,
Ingatlah untuk berterima kasih walau hanya dengan senyummu,
Kerana.. dialah yang membuatmu lebih memahami tentang kasih sayang.

Saat bertemu orang yang pernah dikau benci,
Sapalah dengan senyumanmu.
Kerana dialah yang membuatmu semakin teguh dan bersemangat kuat.

Saat bertemu orang yang penah mengkhianatimu,
Berbincang lah secara baik dengannya.
Jika tidak kerana dia.. mungkin dikau tidak mengenali dunia.

Saat bertemu orang yang pernah secara diam dikau cintai,
Berkatilah dia.
Kerana.. saat kau mencintainya.. bukankah dikau mengaharap bahagia?

Saat bertemu orang yang begitu cepat meninggalkan mu,
Berterimakasih kerana ia pernah hadir dalam hidupmu.
Kerana.. ianya adalah sebahagian dari nostalgia dan memorimu.

Apakah akan ada sahabat yang akan kekal bersama dikau?
Apakah persahabatan ini akan terus berkekalan seperti diingini dikau?
Jika itu yang diingini... maka, hargailah setiap persahabatan yang terjalin.

BUAT SAHABAT SEMUA....
TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABAT KU........












Read more...

Thursday, 22 July 2010

Movie MANTRA yang aku rasa xbest!

Aku ni memang suka tgk citer seram..xkisahla citer hantu ke misteri ke ape aku belasah jer. Citer seram ni biasanya best klu tgk tgh2 mlm. Tp since citer ni aku nk tgk kt panggung sorg2 takkan la aku nk tgk tengah2 mlm kan. Hoho saje je nk share ngan korang pasal citer "MANTRA" ni.



Best ker? Bagi aku...hmmm takderla best sangat. Suam2 kuku jer. Tertipu lak rasa bila nengok gazette dia kt tv.

Mcmmana la aku tak kata suam2 kuku jer. Plot citer dia cam longgar jer. (Fuyo! cam pengkritik filem je kan?) Bayangkanla tgk citer yang ada hantu aku siap leh menguap lagi. Aku tau la citer tu based on true story melibatkan ilmu hitam tp tahle aku rasa rupa hantu dia cm kelakar plak. Tak suspen lgsg! Org mengandung pon leh tgk citer ni aku rasa. Tp tu pon ada jugaklah minah2 yang dok menjerit kt blakang aku. Mmg takut atau saje2 nk tunjuk takut depan pakwe ke tak tau lak aku..yang pasti sorry 2 say aku rasa citer ni agak memboringkan. Taktau la korg cane. So silala ke panggung saksikan sendiri pastu komen.


Read more...

Monday, 19 July 2010

Pecah dan bakar lemak??


Ini adalah rentetan daripada catatan aku pasal kegemukan aku. Tgh sedap cakap pasal mcm mana nk kurus, nak hidup sihat tiba-tiba plak kuar weekend tu lam paper artikel pasal benda-benda nih. Kadang-kadang aku teringin plak nk masuk the biggest loser tu..best plak nengok dorang sweating all over their body..rasa fresh and energetic jerkan? sure sihat sepanjang masa. Mana taknya bila hidup aktif sistem imunisasi badan pon meningkat.

Bukan nk kata lah kan..semua orang klu bleh nk cepat kurus, nk cepat turunkan berat badan. Nak-nak plak bila dah aim nk pakai certain2 baju tu plak ataupun bila da nk kawen, nak nmpak chantek lm gambar harusla ko diet kan?. Huh crash diet mmg biasa. Smlm ko melantak bagai nak rak tiba2 ari ni ni ko diet. Bleh ker mcm ni? tak terkejut ke badan kita neh? sebenarnya dah rasa bersalah ngan diri sendiri sbb dah makan lebih dari keperluan.

Skang aku dah jumpa artikel yang berguna untuk diri aku dan untuk korang semua yang selalu sangat mengamalkan crash diet neh!! Crash diets do not work ok! i repeat..crash diets just don't work!! Ingat tu cik Ila oii!

Crash diet tu mcm mana?? alaa..yang konon2 makan sup sayur je ari2, ataupun makan buah semata, takpun yang paling senang makan pil diet, laxatives, ganti makanan ngan supplement je atau pun berpuasa mcm mana yang aku selalu buat hehehhe (tp aku amik pahala sunat laa!!)

Ini doktor kata bukan aku kata...doktor kata klu yang ada tertulis perkataan 'rahsia' atau 'jaminan' untuk kuruskan badan lam masa yang singkat, that's crap! (ayat aku!)That so-called diet methods are sounds too good to be true. Got it?

Korang penah pegi slimming centre? These are the truth about all the slimming centres out there. Baca lagi....

Klu korang dah menjejakkan kaki ke mana-mana slimming centre tu jangan harapla korang leh kuar senang-senang. Kunun2 mula2 free trial la kan. Pastu yang dia tulis session yang banyak2 tu..bukannya bp kali jumlah ko pegi wat treatment tp bp bhgn kt body ko yang dia urut. Mula2 aku xphm bila kawan aku ckp tp bila aku terjerat barula aku faham. Itu lom termasuk lg ngan barang2 dia. Masa wat treatment tu kita kene beli produk dia yang of cozla regenya pon bukan puluh2 an jer tp ratusan.

Bila sesi kita da nak habes dia akan panggil kita untuk consultation, time ni dia akan pujuk kita untuk sign up for another session plak. Tp dorg yang keje kt tempat2 mcm ni persuasion skills dorg mmg aku salute habes. Dorg tau cane nk jaga customer. Tempat2 cani klu korg xberabes smpai dkt 10k memang saje sangatlaa.

Mesin2 canggih dorg mungkin membantu sketlaa untuk bakar lemak tp ape pon back to basic jugak. Dia akan soh ko jaga makan and watch out ur calory intake. Meaning ko still.. kene jaga pemakanan yang paling penting. Klu ko makan cam sediakala pastu g wat treatment..harusla ko kene sedekahkan lg banyak duit ko kt dorg. Sebabnya xjamin ko akan kurus pon. Biasanya dorg ni akan tanya apa yang ko makan pastu mmg soh ko pantang macam2.

Nasihat aku la kan..klu korg teringin nk dgr cara org kt tpt mcm ni consult org, boleh nk pegi tp jgn wak kad kredit korg. Sbb once u stepped inside jarang la akan kuar balik tanpa sign up ape2 program pon. Tapi tulah kesimpulannya jaga pemakanan dan exercise je laa.

Bagi pompuan kene makan not less than 1200calories everyday. Lelaki? aku xingatla. 1500@1800calories kot. Klu ko beriye mkn sket pastu jumlah kalori less than 1000cal..ianya tak membantu lgsg untuk turunkan berat badan tahu? Tahu kenapa?? sebab bila tak cukup kalori, bila bersenam pon xkan memberi kesan...kerana yang dibakar ialah otot bukannya kalori. Bila bakar otot jer secara tak langsung akan melemahkan dan merendahkan kadar metabolisme kita. Pastu plak tiba2 ko stop exercisekan..time ni metabolisme ko akan tetap statik dan kadar pembakaran kalori jugak akan jadi makin lambat dan lembab. (Ooo..inilah puncanya bila ko stop everything, mulalah berat naik lagi cepat dari biasa). Penah alami???

Doktor kata pil diet ni tak digalakkan sbb memang tak terbukti berkesan pon dan boleh jadi lagi bahaya klu kandungannye ntah ape2...tp tulah kan manusia ni bende yang orang larang yang tula nk try sangat! Nk hasil cepat kadang smpai melibatkan nyawa.
Peringatan:------>> untuk cik ila yer yang cepat sangat terpengaruh ngan pil2 camni!

Aku banyak lg tips nk share dari doktor ni tp penatla nk taip. Ape pon at this very beginning ni, mehla kita menguatkan azam kita untuk jadi lebih berdisiplin dulu wakakakkkaa...(aku la tuh!) (^_^")

Aku akan cuba mendisiplinkan diri aku pasni supaya azam nk kuruskan badan ni tidak menjadi azam aku setiap kali tahun baru hahhaaha...(sbb xberjaya!!)




Read more...

Friday, 16 July 2010

Aku adalah gemoks!!


Aku ni gemuk! (sedar diri pon!) tp dah tak tau macam mana dah nk kuruskan badan. Klu diet pon turun paling banyak pon 2kg jer..tp klu nk naikkan berat wah senang giler!! klu seminggu asyik makan nasik je pon badan aku da macam di pam2. Kadang aku jeles betul ngan orang kurus yang banyak makan tp badan tetap menten jerr. Caner nk wat tu?? Taulah metabolisme dia tinggi tp klu aku nk naikkan metabolisme aku boleh ke??

Agaknya aku kurang disiplin kot. Satu lagi ada fakta kata..tido yang cukup membantu menurunkan berat badan tp aku asyik tido lmbat jerr. Susahla kan??

Masalah berat badan iaitu obesiti adalah masalah global. Aku pon rasa aku obese gak! Bila da gemuk ni risau gak nnt akan dapat mcm2 penyakit. Tp hari2 bila time makan tu bukannya nk kira ko da consumed bp banyak kalori. Da masuk perut baru nk menyesal!! da la time keje asyik duduk je dpn komputer...bilik aircon. haruslah badan pon xberpeluh. Badan n baju pon wangi je dari pagi smpai petang..lainla klu ko g tggu order mkn kt kedai..pastu ko cium baju ko..mak aih bau da mcm makcik tukang masak kt kantin daa..hahhahha..

"Obesity means accumulation of excess fat on the body. Obesity is considered a chronic (long-term) disease, like high blood pressure or diabetes. It has many serious long-term consequences for your health, and it is the second leading cause of preventable deaths in the United States (tobacco is the first). Obesity is defined as having a body mass index (BMI) of greater than 30. The BMI is a measure of your weight relative to your height."


Aku jumpa plak artikel ni;

Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka.

Terdapat kajian sebelum ini yang menunjukkan pengumpulan lemak di bahagian pinggang sebenarnya meningkatkan risiko penyakit.Kajian terkini menunjukkan bahawa kegemukan di abdomen ada kaitan dengan kematian awal. -------> Aiyoo!!

Para penyelidik turut mendapati bahawa wanita yang mempunyai lemak berlebihan di pinggang lebih berisiko untuk mati lebih awal kerana komplikasi jantung berbanding dengan mereka yang berpinggang kecil.

Sebagai contoh, wanita yang bersaiz pinggang sama atau lebih daripada 35 inci dianggarkan untuk meninggal lebih dua kali lebih awal kerana penyakit jantung berbanding dengan wanita yang bersaiz pinggang 28 inci sahaja (mengenepikan indeks berat badan). Sama juga risiko bagi mereka ini untuk meninggal akibat kanser.

Pada masa yang sama, wanita yang mengalami obesiti turut berisiko untuk berhadapan maut lebih awal daripada usia yang sepatutnya.----huhu takotnyerr!!

Bila da gemokss..harusla akan dapat penyakit stressla, hipertensi la segala..
Hmm..kita patut kawal segalanya secara keseluruhan bukan gaya hidup atau pemakanan semata. Akula tuh!!

Antara langkah yang dicadang oleh Persatuan Hipertensi Antarabangsa ialah---->>

  • Makan lebih banyak sayur dan buah-buahan, lebih baik jika yang colorful punya.Ambik at least 5 hidangan buah dan sayur everyday.

  • Jadikan buah-buahan tu sebagai snek so kira ganti jajan la ni. Ianya mengelak pengambilan garam berlebihan.

  • Amalkan gaya hidup aktif. klu kt opis tu cuba berjalan ke sana ke mari..Luangkan masa untuk berjalan, berbasikal, berjoging atau menari la poco-poco selama 30 hingga 60 minit sehari sekerap mungkin.

  • Kurangkan pengambilan mknn seperti keju, kerepek dan keropok, sosej, ayam goreng bersalut tepung, kekacang masin dan daging dalam tin------>> yang ni la yang paling aku lemah sesangat!!!

  • Kurangkan mknn segera yang diproses termasuk biskut, burger, kek, pai, pizza dan segala jenis roti.

  • Baca label sblm membeli. Sila ambil tahu apa yang nak masuk lam perut kita yer!

  • Jangan langkau waktu makan. Makan 3x sehari dan sebaiknya dinner sebelum Maghrib or at least 3jam seblm tido!

  • Kecilkan saiz hidangan bermakna sila kecilkan saiz pinggan yer kawan2.! Kurangkan sumber karbohidrat anda. Eat more protein.

  • Kurangkan pengambilan garam dlm masakan. sukatan dibenarkan ialah satu camca teh tau less than 240g sehari. Naikkan rs masakan dengan gunakan herba.

  • Jangan tambah sos klu dah masukkan garam sbb sos tu sendiri da ada banyak garam!!

  • Beli barangan yang kandungan garamnya rendah.


Read more...

Wednesday, 14 July 2010

Petua Kecantikan Semulajadi (Siri 2)

Mengempiskan Perut (1)
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung).Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.
Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid
.. Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih.
Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih.
Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Mengempiskan Perut (2)
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan
Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris
Lekapkan pada kelopak mata
Pejamkan mata utk berapa ketika.
Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.
Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.
InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.
Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan.
Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.
Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut.
Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.Petua
ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut.
Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada
bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala
Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman.
Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.


Read more...