ape ni?





Wednesday, 23 June 2010

Adab Bersolek Secara Islam

Bagus ni untuk jadikan amalan..mana tau boleh naikkan seri wajah kan?? tak kisahla yang da kawen ke belum. Macam aku ni nk sangatla buat tp selalu jer lupa..tp aku share ngan korang la yer!

Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.

Amalan:
Apabila menghadap cermin bacalah:
1. Selawat 3 X
2. Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkahlaku, maka perhaluskan budi pekertiku.

Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan
1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dahi

Mulalah bersolek. Setelah selesai;

Baca Bismillahirahmanirahim
Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X
Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke
1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dagu



Read more...

Tuesday, 22 June 2010

Wudhuk zahir dan batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata,

"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

2.Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya

Read more...

Thursday, 17 June 2010

Sembang-sembang

Hush rasa cam da lama gile tak menaip lam blog nih. Da bersawang da pon. Semenjak dari sebelum hari kejadian konvo tu da macam2 da peristiwa yang berlaku. Kadang perkara tu kita tak sangka pun boleh berlaku apabila ianya melibatkan orang lain orang yang kita suka.

Since orang yang kita suka tu lom tentu akan suka kt kita..tp seperti yang aku penah cakap.; berangan tu best coz tak kene tax pon. Berangan la banyak mana pon smpai meleleh air liur pon takper. Janji keje jalan laa!!!.

Last week aku ada konvo. Konvo pas penat aku berhempas pulas selama 6bulan setengah berkursus. Kursus yang banyak menguji tahap kesihatan, kesabaran dan keimanan aku. Kursus ni la yang menyebabkan lutut aku injured smpai skang tak baik2. Kursus ni jugakla yang menyebabkan aku tidak berkesempatan bertemu dengan arwah ayah aku yang tgh sakit masa tu dan mcm2 lagilaa.

Itu citer tahun lepas. Tahun ni baru nk konvo? hampeh tol!! tp psl kursus tu jugak aku knl ngan kawan aku tu. Kwn yang complicated. Smpai ke ari ni kira da setahun lebih aku knl dia pon aku rs aku masih tak kenal dia. Susah betul nak memahami kawan yang seorang ni. Ari tu time nk grk dr Kuantan ni, since dia g sorg aku ajakla dia konvoi ngan aku. Aku kata nk g pagi. Pastu dia kata pagi dia nk g opis di hari Ahad yang sunyi. So aku assumed dia taknak pon pegi ngan aku. Tiba2 pagi2 tu dia sms dia kata kita g kol 12.30 bleh?? saya baru bangun ni, nk g opis jap anta dokumen pastu nk basuh kete. Loh nk g skali rupanya. Aku kata tak segan ke coz mak aku ada sekali. Dia jawab nk segan apenye..kete lain2. Ok fine! Aku tau sangat nape nk ikut aku sbb dia xterer jalan kt kl tu.

Tp spnjg aku knl dia jgn hrpla dia leh on time. Kerat jari mesti lambat punyerla. Tidak dinafikan lagi. On the way tu, kitorg berenti kt RnR since aku mmg mengantuk sangat. Bile ngantuk takleh drive. Da la pagi tadi mkn ubat batuk. Berenti solat dl. Makan2 sekali ngan mak n makcik aku setelah diperkenalkan. Aku tgk muka dia menten je. Cm xsegan pon!. Sambil makan selambe je makcik aku ni sound yang aku ni ngantuk sbb makan ubat tadi. (bila masa plak??) Aku pon nmpak dia asyik pandang2 aku jer. Tgk rupa aku ni ngantuk ke tak agaknya. Smpaila time drive pastu pon dia sms tanya aku ngantuk ke tak. Inilah dia. Bila concern tu, concern sgt tp bila wat derk je kat aku pon ader gak!

Kira dua ari tu asyik nk konvoi ngan aku jer. Dari ari rehearsal time nk blk tu, aku rs supposed dia leh cari je jalan blk coz dtg td aku da tnjukkan jalan tp dia kata..time datang cm ok tp jln blk ni cm konpius jer..(ayat nk soh aku tggu dia la tu) padahal dia nk g jumpe kawan dia dl. Nsb baikla aku ni baik tau! kesian! so tggula jugak!! tp xtaula dia hargai ke tidak ape yang dah aku wat utk dia. Aku mmg ikhlas ngan ape yang aku wat selama ni cuma kdg2 aku nk org recognize je kewujudan aku..susah sangat ke ek?

Read more...

Friday, 4 June 2010

Petua untuk pesakit kencing manis!!

Hohoho..nama cam manis je tp penyakitnya berbahaya. Zaman skang budak2 pon da ada yang menghidap penyakit ni apetah lagi orang tua kan?? Nak-nak klu da memang ada keturunan untuk penyakit ni kan. Tapi kan zaman skang ni susah nk cakap la..jaga makan susah tak jaga makan pon susah jugak! Yerla kadang ada jugak manusia yang aku tau mmg sangat menjaga cara pemakanannya tp tetap juga kene penyakit di kalangan 3 serangkai tu aka kencing manis, darah tinggi dan juga jantung. (jantung ke? xsure lak aku lg satu ni ape huhu!)

Tapikan dalam banyak2 ubat yang aku dgr untuk mengubati penyakit kencing manis ni, inilah satu2 nye petua yang aku memamg tak penah dgr. Ini pon secara kebetulan gak dorang citer time aku outstation itu hari.

Pada mulanya dok citer pasal madu lebah jer. Time tu gak aku baru tau yang madu asli ni sebenarnya mahal rege dia. Yg dorg jual madu asli tualang kat Kuala Tembeling ari tu pon adala lam rm140. Huh mahalnye! berkira aku kan? biasa beli ada la rm40 -rm60 je tah2 tu pun da kene kencing ngan orang (sbb da dicampur gula). Nak2 plak yang dibeli daripada orang asli...hoho skang dorg tu da bijak. Dorg mmg sah cmpur gula jer. Orang yang penah stay kt Cameron Highlands ckp, yang ajar orang Asli tu pon orang melayu gak! huh hampeh tol!!

Bila dorg bg test madu asli tu..perghhh rs dia mmg lain laa. Best jer. Ada rasa masam2 manis. Lembut jer..suave!! patut la mahal. Tp bagi pengamal minum madu ni rm140 tu kira celah gigi jer demi utk kesihatan kan. Dan lagi, dorg ckp madu ni bagus esp utk wanita pas bersalin. Dorg pon citer gak klu Sultan Pahang g mana2 n kalu ada rakyat yang hadiahkan madu tualang tu..jgn cobe3 nk rembat coz Tuanku ingat bp btl yang dia dapat. See! betapa bestnya madu tu! Even Sultan pon doesnt want 2 miss it!! Takpela besok2 klu aku da kaya skett aku order la madu tu utk wat bekal makan ari2 teeheee..:D


Eh da lari tajuk plak aku ni kan? alaa..itukan info jugakkan so takpela ek! Berbalik pada citer petua untuk orang kencing manis kan?? biasa aku dgr org ambik insulin la kt spital..pastu klu yg tradisional sket..dorg soh amik hempedu bumi..tp utk yang ni da penah ada kes plak coz terlampau sangat takut kene kencing manis..ambik hempedu bumi banyak2 smpai terlebih dos da pastu hempedu tu pecah. Da masalah penyakit lain plak yang datang. Sbb terlampau pahit kot ek!! aiyaa..manyak takot oo!!

Yang orang kt c2 bgtau lagi best. Ubatnya adalah cicak jerrr!! (huh cicak????) geli geleman aku dgr. Biar betul??? tapi encik itu cakap kawan dia mmg almost kene potong da la tangan dia sbb kene kencing manis. So pastu dia nekad je try cara ni. Kira last resort laa.. (smbil taip smbil bygkan pon aku rs geli dowh!) maka dia pon menjalankan misinya. Menangkap cicak. Alhamdulillah diizinkan Allah. Kira 2x makan je luka orang tu terus kering n xjd potong. Hoyea!!

Aku tanya cane nak makan??? gulp?? dia kata orang tu carila cicak jgnla yang besar gadabak plak kang susah nk telan kang haru!. Pastu bersihkan buang perut segala..pastu uwekkk...(aku yang muntah dgr citer) sumbat lam pisang pastu telan. Adoyai!! aku rasa klu aku mmg xleh lepas kot. Aku tanya lagi leh tak pas bersihkan cicak tu, bakar tumbuk smpai hancur biar xnmpak pastu telan?? dorg kata boleh la kot tp xtau plak khasiat dia sama ke tak???? huhuhu...perlu ada ketahanan mental neh!

Tp dorang cite gak..kwn dorg yg da sembuh tu da tak makan lagi la cicak tu. Tapiiiiiiiiiii ada jugak kawan dorg yang lain yang da jadikan habit makan cicak kunun utk elak penyakit ni (boleh ke??) smpai cicak plak yang lari bile nmpak dia...ahaks!! haru sungguh!!


Read more...

Thursday, 3 June 2010

~Tips ringankan jodoh..Insya Allah~

Ari ni aku nk share tips yang aku dpt dari member aku. Berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Mengamalkan apa yang disarankan pon antara ikhtiar juga kan?? Untuk diri aku dan juga untuk anda2 semua.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.


3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:1. Seseorang yang berjihad dijalannya2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala Saidina Muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah SWT maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

InsyaAlllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah SWT maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, Dia Maha Pengasih dan Maha Pemurah pula, Dia suka memberi, Dia suka manusia meminta dan berharap kepadaNya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.Selamat berusaha!!

Read more...

Tuesday, 1 June 2010

Kenapa aku bersifat begini??

Nape ye? aku rasa sejak lahiriah mmg gini la sifat aku cuma klu ada yang negatif2 tu aku try la ilangkan sikit2 slow2.. aku nk tgk apa rahsia disebaliknya. Rahsia sifat tarikh lahir?? hmm..

Rahsia Sifat Tarikh Lahir Suhaila Ialah:
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut dan ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

Rasa cam banyak jugak yang kene ngan aku tu..nak2 bab2 yang pesimis tu laa..Aku ni bukannya ape ada inferiority complex. So skang aku cuba nk membina keyakinan lm diri..rsnya alhamdulillah ada perubahan ngeh3

Dia plak cane? nape selalu timbul konflik antara aku dan kawan aku nih??? susah sangat nak difahami.. meh aku nk tgk sket sifat dia------->

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Oh ini rupanya. Mmg kene sangat pon. Tp aku suka bila berkongsi masalah ngan dia coz dia sgt concern..itu je la. Tp klu bab lain lembab sangat!

Read more...