Thursday, 24 November 2011
Mitos Nutrisi dan Latihan(-_-',)V
Mitos 1: Jangan makan kalau nak kurangkan berat
Realiti: Benar, tapi ada tapinya. Tidak makan bermakna kurang kalori. Kurang kalori boleh menurunkan berat badan. Tetapi, ia akan menurunkan paras metabolisma dan tenaga dalam tubuh, menyebabkan otot tidak berkembang. Ia akan memberi masalah kepada kesihatan anda. Uruskan atau seimbangkan kalori mengikut ‘bajet’ anda.
Mitos 2: Bila semakin tua, otot bertukar menjadi lemak
Realiti: Otot dan lemak adalah dua jenis tisu badan yang berbeza. Otot tidak boleh bertukar menjadi lemak. Begitu juga sebaliknya. Mitos ini sering dikaitkan dengan ahli sukan yang menjadi gemuk apabila sudah bersara. Mereka gemuk bukan sebab usia, tetapi tidak berlatih seperti waktu aktif. Ada juga yang tidak mengawal pemakanan mereka.Kurang bersenam akan mengecutkan otot(otot lembik) – malahan mengurangkan kadar bakaran tenaga dalam tubuh. Ditambah pula tiada latihan, tiada pembakaran kalori. Mereka akan menjadi gemuk. Tetapi, ini tidak bermakna otot anda bertukar menjadi lemak. Ini isu lain. Tidak semestinya anda akan gemuk apabila berhenti berlatih. Anda cuma perlu kurangkan penggunaan kalori. (Apa yang paling baik ialah amalkan makanan seimbang dan bersenam.)
Mitos 3: Saya hanya perlukan aerobik sahaja
Realiti: Jika anda gabungkan latihan berat dengan aerobik atau kardio, kesan kehilangan lemak menjadi tiga kali ganda daripada senaman aerobik semata-mata.
Aerobik sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular, tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh. Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot. 1 kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti kita berlari 1 km setiap hari. Selepas berumur 35 tahun, mereka yang tidak aktif akan hilang 250 g otot setahun dan menambah 700 g lemak. Latihan berat akan melambatkan proses penuaan.
Mitos 4: Semua lemak memudaratkan
Realiti: Ya lah. Banyak lemak boleh membawa kepada obesiti dan mengundang banyak penyakit. Tetapi, tubuh juga memerlukan lemak. Ia melambatkan proses penuaan dan menangani masalah kelaparan dalam jangka masa yang lama berbanding karbohidrat. Apa yang penting ialah anda harus kenal lemak ‘baik’ dan lemak ‘jahat’. Anda harus faham bahawa lemak juga satu makronutrien penting (sejumlah 15% lemak diperlukan dalam pengambilan kalori harian anda).
Mitos 5: Untuk membina tubuh langsing, perlu berlatih beberapa jam sehari
Realiti: Jangka masa latihan sebenar sepatutnya tidak melebihi sejam. Walaupun perlu bersosial, ada baiknya jangan buang masa berbual waktu di gim atau minum di lounge.
Read more...
The Secret to a Lasting Marriage: Embrace Imperfection
On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage and extremely burned toast in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet, all my dad did was reached for his toast, smiled at my mom, and asked me how my day was at school.
I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that toast and eat every bite! When I got up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad for burning the toast. And I'll never forget what he said: "Baby, I love burned toast."
Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his toast burned. He wrapped me in his arms and said, "Debbie, your mommy put in a hard day at work today and she's real tired. And besides, a little burnt toast never hurt anyone!"
In bed that night, I thought about that scene at dinner...and the kindness my daddy showed my mom. To this day, it's a cherished memory from my childhood that I'll never forget. And it's one that came to mind just recently when Jack and I sat down to eat dinner.
I had arrived home late...as usual...and decided we would have breakfast food for dinner. Some things never change, I suppose!
To my amazement, I found the ingredients I needed, and quickly began to cook eggs, turkey sausage, and buttered toast. Thinking I had things under control, I glanced through the mail for the day. It was only a few minutes later that I remembered that I had forgotten to take the toast out of the oven!
Now, had it been any other day -- and had we had more than two pieces of bread in the entire house -- I would have started all over. But it had been one of those days and I had just used up the last two pieces of bread. So burnt toast it was!
As I set the plate down in front of Jack, I waited for a comment about the toast. But all I got was a "Thank you!" I watched as he ate bite by bite, all the time waiting for some comment about the toast. But instead, all Jack said was, "Babe, this is great. Thanks for cooking tonight. I know you had a hard day."
As I took a bite of my charred toast that night, I thought about my mom and dad...how burnt toast hadn't been a deal-breaker for them. And I quietly thanked God for giving me a marriage where burnt toast wasn't a deal-breaker either!
You know, life is full of imperfect things...and imperfect people. I'm not the best housekeeper or cook. And you might be surprised to find out that Jack isn't the perfect husband! He likes to play his music too loud, he will always find a way to avoid yard work, and he watches far too many sports. Believe it or not, watching "Golf Academy" is not my idea of a great night at home!
But somehow in the past 37 years Jack and I have learned to accept the imperfections in each other. Over time, we have stopped trying to make each other in our own mold and have learned to celebrate our differences. You might say that we've learned to love each other for who we really are!
For example, I like to take my time, I'm a perfectionist, and I'm even bad tempered. I tend to work too much and sleep too little. Jack, on the other hand, is disciplined, studious, an early riser, and is a marketer's dream consumer. I count pennies and Jack could care less! Where he is strong, I am weak, and vice versa.
And while you might say that Jack and I are opposites, we're also very much alike. I can look at him and tell you what he's thinking. I can predict his actions before he finalizes his plans. On the other hand, he knows whether I'm troubled or not the moment I enter a room.
We share the same goals. We love the same things. And we are still best friends. We've traveled through many valleys and enjoyed many mountaintops. And yet, at the same time, Jack and I must work every minute of every day to make this thing called "marriage" works!
What I've learned over the years is that learning to accept each other's faults - and choosing to celebrate each other's differences - is the one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting marriage relationship.
And that's my prayer for you today. That you will learn to take the good, the bad, and the ugly parts of your married life and lay them at the feet of GOD. Because in the end, He's the only One who will be able to give you a marriage where burnt toast isn't a deal-breaker!
Have a great day! May God bless your marriage.
Read more...
Thursday, 17 November 2011
TAHUKAH ANDA KELEBiHAN MINUM AIR KOSONG KETiKA PERUT KOSONG??
Read more...
Wednesday, 16 November 2011
Cerita Si Penggunting Rambut.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.
“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.
Read more...
Tuesday, 15 November 2011
*Andai lelaki tahu..
`•.¸.•``(´'`v......´'`) ♥ السلام عليكم ورحمة الله و بركاته ♥
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andain lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia melebay-lebay. Dia bukannya mahu dipujuk dengan uang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi tengking, dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikanya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
(´'`v´'`)
`•.¸.•´
.¸.•´¸.•*¨)¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´¸¸.¨¨`♥ ~ ~ ♥
Semoga bermanfaat...
Read more...
Monday, 31 October 2011
Setiap yang diharamkan pasti bersebab...
Masha Allah, setiap yang Allah tentukan dan Arahkan adalah bersebab.... Allahuakbar!
Read more...
Thursday, 20 October 2011
♥Skema jawapan kpd soalan cepucemas (bila nak kawen?)
Read more...
Tuesday, 11 October 2011
(¯`v´¯) 13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT
Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??~~~>
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
~~>copy from sahabat FB..InsyaAllah,moga ianya bermanfaat buat kita semua..amin ya Rabb..See more
Read more...
Sunday, 24 July 2011
Mana milik kita ?
Tidak ada milik kitaSemua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa sahaja
Tidak terlepas dari ciptaaNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana Milik Dia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita disisanya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat padaNya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya.........
Read more...
~Kelebihan Bercium~*(utk orang da kawen je tau!)
Read more...
Saturday, 11 June 2011
In a relationship, married or not... YOU SHOULD READ THIS!
When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I've got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes. Suddenly I didn't know how to open my mouth. But I had to let ...her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly. She didn't seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why? I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn't talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn't love her anymore. I just pitied her! With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company. She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release.
.
Read more...
Friday, 10 June 2011
SAYANG SERIBU KALI SAYANG...
Read more...
Monday, 30 May 2011
Jang Keun Suk Asia Tour 2011 In Malaysia (-,-')
JGS will be in town soon on the 4th of June!! Dem..i won't be able to join the concert since i dont have the ticket!! why?? becoz i didnt have time to book the ticket earlier...besides there'll another commitment on that day.. kenduri kawen sedare huhu...ngapela perlu wat kenduri pada hari yang sama!!!!
Oh terrrrrrrrrrrrrrsgtla frustnyer!! frust! frust! da la susah dia nk dtg..da la susah nk leh dgr dia nyayi live. Hmm..tp aku xtau pon dia da kuarkan singleheheeh coz sblm ni dia kata dia xbercita2 nk jadi penyanyi pon walaupun soghe dia sedap. Dan aku pon hanya hafal lagu2 dari OST jer..hukhuk oto kajo??
Cute kan dia?? *pengsan!*
Read more...
Tuesday, 17 May 2011
Ape itu saka? @ antara tanda2 Kene Sihir!!
Ini adalah rentetan dari artikel aku pasal tafsir mimpi dulu...
Saka adalah MOU yang dibuat oleh nenek moyang kita zaman dolu2 dengan jin untuk mendapatkan perlindungan tertentu dalam tempoh masa tertentu. Biasanya 7 keturunan. Cane nk tau seseorang itu ada saka?? Sering bermimpi menyusukan bayi takpon tengok jer baby tu..kedua bangun tido badan selalu lebam2..ketiga rumahtangga selalu bermasalah, klu ada anak pon hyperaktif dan xdgr kata..keempat klu ada anak2 pon selalu melawan cakap dll (betul ke ni yg keempat?, kelima budak2@org dewasa tido selalu mengasah gigi. Selalu gak aku dgr orang mengasah gigi time tido neh tp aku ingatkan cam ala2 habit, cam tido berjalan gak rupanya tanda2 disihir ataupon ada saka rupanye yer!.
Tanda2 lain lg ialah..orang yang ada saka ataupun didampingi jinn ialah dia selalu berdebar tanpa sebab..da g cek hospital 18x pon xleh nk detect sakit ape. Rupanya klu jantung kita berdebar tu, tandanya benda itu ada disekeliling kita. Lagi.. org yg ada saka akan selalu sakit atas belakang, xleh berdiri lama la dll..sebab jin akan attack sendi2 kerana dia takut orang g masjid n pegi tempat yang baik2 gitu. Sebab tu laa org yg selalu g masjid selalu sakit lutut tp orang yg g karaoke xpon kan?? Aku ni skt lutut sbb mmg lutut penah tercabut bukan sbb rajin g masjid..heheheh
Ayat yang ustaz bagi Al-Israk:82..sentiasa amal agar saka xhinggap pada kita...yeay!! (over tau!!)
Tau tak korang..kata ustaz ..sekiranya jin meresap masuk dalam badan seseorang dia akan menyerap tenaga menyebabkan seseorang menjadi lemah dan seakan2 lumpuh. Jin akan attack akal kita. Klu orang tu ada habit tido smpai 4-5 hari pon meaning ada gangguan jin. Jin lagi suka klu kita tido tanpa baca apa2 kerana dia leh torture kita dalam mimpi sbb tu laa ada yang selalu dapat mimpi buruk cam Freddie nightmare kot!! Jadi untuk mengelakkan bende2 gitu..selalulah amalkan la 3qul sebelum tido..
Cara kita untuk mengelakkan tubuh kita dari diganggu adalah dengan mengamalkan ayat:
Surah Al Fussilat: 44 “Katakanlah wahai Muhammad bahawa AlQuran itu adalah petunjuk dan penyembuh”
Tp jangan pulak kita selalu menuduh jin..klu sakit tu pergi la cek dulu. Kesiannnnn kat jin tu kan hehehhe..(ustaz yang kata bukan aku tau!) terutamanya klu rasa kebas kt kaki tangan tu..jgn pulak sbb mmg kita ada kencing manis atau darah tinggi sbb kebas itu adalah simptom2nye jugak. Tido tindih tangan pon kebas gak kan?? Bagaimana nk ilangkan kebas...hafal ayat di bawah;
As Shu’ara: 80
Ape2 pon sakitnye pegila hospital dulu..jgn asal sakit jer, tangan berdarah ataupon tgn patah ..ha ini jin la neh!! Aiii aper mendelaa..jgn taksub sgt dengan jin neh. Sbb dia mmg suka kepada org yang taksub kepadanya. So better cek dl!
Darah ilang dalam tubuh?? Masuk 2,3 pain tp seminggu jer da kering! Ape sebab?? Gangguan jinnkah? Klu hospital xleh diagnose penyakit kita mulalaa nk suggest amik air tulang belakang kan?? Ustaz kata jgn cpt sgt..bukan xbg amik tp ikhtiar la dulu ngan cara perubatan alternatif neh sbb klu amik air tulang belakang tu leh sbbkan kita lumpuh.
Lain-lain tanda...belalang dalam rumah?? Betul ke belalang tu adalah pelesit?? Itu hanyalah sekadar kebetulan sahaja...nak2 klu umah ko kat kawasan sawah kan..
Lagi ayat yang istimewa yang kalu diamalkan bukan sahaja kita selamat bahkan keluarga, jiran seluruh umat akan selamat..Surah Yunus:87 ( Insya Allah sihir tidak boleh menembusi kita)
Read more...
Wednesday, 11 May 2011
mandi bunga? mandi limau?@mandi bawah jambatan??
Read more...
Wednesday, 4 May 2011
Luahan hati tanpa tajuk!
Read more...
Tuesday, 3 May 2011
Sesat punya pasal!
So second day..tak tahu nk g mana plak. Nk g book fair tp memandangkan semalam dah berhimpit tahap sadin lm tin kemek kt lam komuter so aku rasa cam malas. KTM pon satu da tau da time public holidays mmg ramai org double up la trip train tuh!! ini tak da la lambat..jarang2 lak tuh. Lagi menyakitkan hati bile ada jantan-jantan yang xpaham bahasa ngan muka slumbernye nk berhimpit gak kt lam coach wanita. Buta warna agaknya dorg tuh!! bebulu je aku nengok smlm. Nk je aku amik gmba pastu anta kt paper huh!!
Oh itu citer lain..ini cite aku ngan kawan aku last2 decided nk g Jusco Bkt Tinggi coz kt c2 byk gak kedai yg menarik untuk didermakan duit2 yg ada hehhehe..that was my impression when first time i visited the place! time nk g tuh..tah caner tah mmber tersilap jalan masuk highway baru SKVE..yg aku pon xtau mana kuarnye..tp memandangkan Bkt Tinggi tu kt Kelang makanya ikut signboard yg ada Kelang jer la..tp kuarnya kt Jusco Bkt Raja..nk g Bkt Tinggi xtau coz dl ikut jalan lama lalu Puchong bagai. Da tu bermulalah episod makan buah langsat..asyik pusing kuar u-turn masuk tol blk jer mana larat!! Giler betul..last2 aku kata jomla kita blk ikut Shah Alam jer laa. Aku ni klu jalan Shah Alam ke Kelang ke mmg fail!! orang mmg leh jual aku laa..
Since time sesat tuh aku ternampak bunting iklan kedai kain Jakel tgh sale so ape lagi..pusing2 smpai gak la ke Sek 7 kat area Uitm yang mula2 aku xnmpak pon ada kt c2. Da sakit ati sgt cari Bkt Tinggi xjumpe..last ke destinasi Jakel jugakla nmpaknya! Kawan aku kata aku sengaja doa bagi xjumpa so aku leh g kedai kain coz semalam aku ada cakap pasal nk beli kain huhu..:P
Da masuk kedai kain taula kan org pompuan neh..kwn aku tuh dari xnk beli terpengaruh laa jugak ngan aku. So kitorang kt lam kedai tu lam 3jam gak la dapatla sorang 4 pasang!! Cool!! kuar pon sbb tiba2 perut rasa lapa giler. Nasib baikla iman kitorang kuat lagi..iktkan hati nk gak beli kain chiffon yg mmg cantik amat yg time diskon tuh dia nk bagi lam RM400++ termasuk lining silk satin.. meleleh gakla air liur kitorg. Tenang! tenang! jom kita g makan dl... spy kita leg pk ngan lbh baik lg samada nk beli ke xnk..last2 tahankan ati jer laa..lega jugakla kerana berjaya menahan godaan syaitan..wpun cm kesian ngan adik promoter yg beriyer2 layan kitorg. Sorry yer dik next time je akak beli lagi yer!!!
Aku sebenarnya da kuar dr topik pon..aku sebenarnya nk citer sket jer psl kitorg g makan kt mana time tuh..byk gak kedai best kt area Sek 7 tuh.. so aku ngan kawan aku g makan kt kedai Ayam Penyet-AP. Itula nama dia. Dia tulis blazing hot..crispy chicken xsilap aku.
Ini dia signature dish dia...crispy ayam penyet yang xpenyet pon!!
Kalu xsilap aku rege satu set neh Rm7.90kot!xbp nk hengat sgt sbb lapo kan..
Ayam penyet kt cni agak beza ngan kt kedai Wong Solo sbb sambal dia cuma satu jenis jer tp mmg pedas tarak hengat smpai terasa kepanasan lam perut n mmg sah sakit perut pastu. Klu kt Wong Solo aku suka sbb dia ada smbal kicap ngan terung berlada n rege dia pon mhl sket laa..satu set RM12.90. Kt cni ayam dia selain xpenyet mmg garing laa pastu dia taburkan bumbu goreng kot. Ape pon sedap ngan cara berbeza laa. kwn aku suka tp aku lbh suka kt Wong Solo tuh..korg try la sendiri yer! Tp ice blended dia kt wah ni mmg best banget!!
Member aku order ice blended Cappucino best giler!!
Aku order ice blended Mocha..pon mabeles gak!! rege xhengat tp xsmpai pon seploh hengget..pasni aku ngan kawan aku kata xyah g Gloria Jeans Coffee lg sbb kt cni pon da shedap!!
Read more...
Thursday, 28 April 2011
Rindunyerr!!
Read more...
Wednesday, 27 April 2011
JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL....
Read more...
Tuesday, 26 April 2011
Fixing a broken heart!!
Read more...
Reaksi Syaitan Jika Kita Membaca AlQuran (bukan lawak)
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga. 3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah. 4)Ketika anda me...mahaminya, dia mula terkejang-kejang 5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke . Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !” SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.
Read more...
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGGERAK)
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
'Bismillahillazhi La yadhurru maasmihi syaiun fil ardhi wa La fissamaa i wahuwassamii'ul 'alim'
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
Keuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Penggerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah
Read more...