Mengempiskan Perut (1)
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung).Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.
Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.
Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .
Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid
.. Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih.
Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih.
Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Mengempiskan Perut (2)
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan
Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris
Lekapkan pada kelopak mata
Pejamkan mata utk berapa ketika.
Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.
Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.
InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.
Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan.
Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam
Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .
Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.
Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut.
Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.Petua
ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut.
Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada
bahagian bawah ketiak.
Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala
Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman.
Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.
No comments:
Post a Comment