ape ni?





Showing posts with label Feeling. Show all posts
Showing posts with label Feeling. Show all posts

Tuesday, 15 November 2011

*Andai lelaki tahu..

‎(¯`v´¯)ღ☆ღ♥ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ღ☆ღ

`•.¸.•``(´'`v......´'`) ♥ السلام عليكم ورحمة الله و بركاته ♥

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia melebay-lebay. Dia bukannya mahu dipujuk dengan uang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi tengking, dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikanya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
(´'`v´'`)
`•.¸.•´
.¸.•´¸.•*¨)¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´¸¸.¨¨`♥ ~ ~ ♥

Semoga bermanfaat...

Read more...

Thursday, 20 October 2011

♥Skema jawapan kpd soalan cepucemas (bila nak kawen?)

Kenapa Lambat?
✔ Kerna Allah tahu masa yg tbaik utk ku.

Dah Berpunya?
✔ Ya. Kerna setiap org tlh ditetapkan jodoh masing2.

Siapa?
✔ Nanti Allah akan perkenalkan kpd ku.

Bila?
✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.

P/S: Jgnlah selalu btanya bila org tu nak kawen. Krn semua RAHSIA itu, tletak DI TANGAN ALLAH. Sampai masa Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah.

Selamat Menjawap... Hihihi
Senyum tak perlu kata apa2. ^__^♥
Alhamdulillah... Silalah tag diri masing2 dan rakan2 kalian di gambar2 ini... Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat serta redha Ilahi... InsyaAllah... Amiin ya rabal alaminnn.... ^____^♥

Read more...

Wednesday, 4 May 2011

Luahan hati tanpa tajuk!

Ada orang bagi aku tapi aku maksudkan untuk seseorang yang lain..

Kadang Kala Kita Merasa
Dekat Sangat Pada Seseorang
Tetapi Tak Tercapai Tangan Kita
Untuk Mengenggam Tangannya...

Kadang Kala Hati Kita Merasa
Rindu Sangat Pada Seseorang
Tetapi Hati Kita Selalu Berkata-kata
Aku Takut Untuk Meluahkannya...

Kadang Kala Hati Kita
Teringin Sangat Untuk Bersamanya
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-kata
Aku Takut Untuk Mendekatinya....

Kadang Kala Kita Ingin Berseorangan
Tetapi Hati Kita Takut Dalam Kesunyian...

Kadang Kala Hati Kita Ingin Mengambil Berat
Pada Orang Yang Kita Sayang
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-kata
Aku Takut Untuk Di Salah Ertikan....

Rupan-rupanya... Kita Memang Berjauhan
Yang Tak Mungkin Tercapai Tangan Ku
Untuk Ku Mengenggam Tangan mu

Kini Ku Kirimkan Hati Ku..
Sebagai Pengganti Diri
Agar Ia Sentiasa Dekat Pada mu..
Agar Persahabatan Yang Terjalin Ini
Kekal Untuk Selamanya..
Walaupun DiriKu Tidak Muncul
Di Hadapanmu, namun doa ku ada buatmu.

Read more...

Tuesday, 26 April 2011

Fixing a broken heart!!

Broken Heart


Inilah saat yang paling menyedihkan dalam hidup aku. Di saat orang lain mendapat kebahagiaan..aku pula menerima berita yang merobekkan jiwaku. Haruskah aku percaya pada premonition itu?? Kali pertama hubungan kami putus i've tried to get over him. But he came back after that!.

Inginku biarkan tidak sampai hati. Aku bersandarkan pada pertalian sebagai seorang sahabat. Namun secebis rasa yang masih ada ini semakin berputik kembali di saat dia mula memberikan aku perhatian yang lebih dari dahulu. I've tried 2 shoo him away but he kept on coming. More attentive and sensitive towards my feeling this time.

But still I don't want to put so much hope in this kind of relationship since i'm afraid, he as far as i know did not even realize what he was doing, how he had treated me ever sine..and now the relationship is still hanging. Tak sampai ke mana pun. Dia tidak pernah mencuba untuk lebih serius. Mungkin disebabkan perbezaan umur di antara aku dengan dia. Mungkin dia masih tidak meletakkan sebarang matlamat di hadapannya.

Dulu dia pernah memohon maaf dariku kerana telah melukakan aku dan membuatkan aku sedih tapi di saat aku telah dapat melupakannya dia datang kembali. Mengambil setiap kesempatan yang ada untuk mendekatiku. Mengapa?? mengapa dia masih terus menyiksa hatiku seperti ini?? Adakah dia sengaja berbuat tidak tahu tentang perasaanku? Aku tidak memahami apa yang cuba disampaikan. Adakah masih aku yang perlu memulakan langkah semula?? aku pernah berjanji kepada diriku untuk tidak mengulangi apa yang telah aku lakukan dulu. Not ever!!

Aku bukanlah seorang yang bernasib baik sebagaimana rakanku yang lain..yang dengan tiba2 sahaja sampai jodohnya. Mungkin dia punya banyak pilihan tapi aku??? sebahagian hatiku hanya ada dia walau sekuat mana aku cuba membuang dirinya dan cuba untuk membuka hatiku untuk orang lain. Andainya ada sesiapa yang datang dengan ikhlas kepadaku aku yakin aku akan dapat melupakannya. Tapi adakah?? setakat ini hanya manusia hipokrit yang aku temui.

Kekadang aku tertanya2..mengapa Allah sentiasa menemukan aku dengan orang yang salah. Masaku hanya terbuang sia-sia sahaja. Atau aku hanya ditakdirkan untuk bertemu jodoh tatkala lanjut usia saja?? Aku berdoa agar Allah menguatkan hatiku agar tidak diselubungi rasa hampa..menguatkan hatiku untuk terus berharap walaupun tanpa sebarang kepastian. Aku rasa aku sudah tidak mampu lagi untuk berpura-pura gembira pada saat ini. Air mata ini mengalir lagi untuk kesekian kalinya.
Namun aku yakin Engkau Maha Berkuasa untuk mengubah takdir seseorang. Hilangkan kesedihan ini dari dalam hatiku Ya Allah.

Seseorang berkata;Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat.







Read more...

Monday, 25 April 2011

Nak taip pasal ape yer? kisah cinta ker?


Klu tengok pada gmba tu..nampak cm sunyi jer.. Hmm kehidupan yang sungguh sunyi bila duduk sorang2..xder kawan nk share suka, duka, nk gelak2 nk gosip2 nk luahkan perasaan marah n etc.
Life is such a boring chapter when u have no one,no place to turn to...huhu..

Last week, one of my single friend told me that one of our course-mate yang mana aku masih xtau lagi sape had confessed to her about his feeling! I feel happy for her since she's still been haunted by her ex-bf memories until this moment and that facts clouded her mind in making decision.. damn that guy who had made my friend's life up side down becoz of him. He comes n go whenever he likes. So I played as Doc Love I guess! Hidup aku sendiri pon tah hape2 pandai jer nk nasihatkan orang yer!

Senang bagi lelaki untuk berkawan dengan seseorang dan meninggalkan wanita itu untuk wanita lain.. at the end of the day when things didn't work out between them..dia cuba kembali kepada yang pertama. Tetapi tidak cuba untuk terus mencari peluang untuk mengikat kembali hati wanita yang telah dilukainya kerana dia tahu..wanita itu terlalu sayangkan dirinya dan tidak akan membuka hatinya untuk orang lain. He really takes things for granted. Menggunakan kelemahan wanita itu. Sentiasa memunculkan dirinya di saat wanita itu cuba untuk melupakannya. Wanita ini dengan sedikit perasaan yang sedia ada hatinya masih lagi bersisa dengan harapan dan doanya kepada Tuhan agar andainya ada jodohnya maka permudahkanlah. Namun sehingga saat ini,tiada kata-kata yang begitu ingin didengari dilafazkannya.

Sehinggalah pada suatu hari, datang seorang lelaki yang juga teman seperjuangan melafazkan kata-kata yang tidak pernah disangkakan oleh wanita itu. Kerana baginya, perbezaan umur tidak akan memungkinkan sebuah perhubungan yang lebih dari sekadar adik dan kakak. The fact has been set up in my friend's mind since then. Tapi kataku wajar untuknya untuk memikirkannya semula.

Kerana jarak dan perbezaan umur hanyalah sekadar angka sekiranya sang lelaki itu tidak kisahkan apa2 dan dia sudah bersedia dengan apa jua kemungkinan. Mungkin lelaki ini jauh akan membahagiakan berbanding dengan lelaki pertama yang masih ditunggu-tunggu untuk bertindak but there's nothing promising about him. Andainya lelaki itu benar2 mengambil masa untuk berfikir dan menyesali apa yang telah dilakukannya dulu, dia tidak akan membiarkan satu saat pun berlalu tanpa merampasnya kembali. Sekiranya dia benar2 sedar, dia tidak akan menunggu lebih lama lagi. He shud grab the chance!! Ini tidak seolah-olah dia hanya sekadar mencari teman untuk berbual,menemaninya makan dan lain-lain. Sampai bila lagi seseorang itu harus menunggu untuk sesuatu yang tidak pasti.

Kataku tidak sukar sebenarnya untuk melupakan kisah lalu dan membuka hati kita untuk seseorang yang lebih menghargai kita seandainya kita membenarkan ruang gelap itu diterangi cahaya. Apabila kita telah mula menyayangi seseorang yang ditakdirkan menjadi jodoh kita..bayangan lalu akan mula hilang sedikit demi sedikit. Insya Allah akan dipermudahkan segalanya andainya kita belajar untuk menyanyangi diri kita dan membuka hati untuk orang yang sudi menerima kita seadanya dengan ikhlas.

In fact, skang ni kawan aku tu dah merasa pon kebahagiaannya. Bestnya! aku jugakla yang tinggal sorang-sorang nanti. Sorang demi sorang kawan aku sumenye da bertemu jodoh masing2 huhu..
My circle of single friends keep narrowing down each day! what to do?..yang lain masih perlu meneruskan hidup seperti biasa laaa...

Read more...

Friday, 18 February 2011

Why do u love me??

Lady: Why do you like me..? Why do you love me?

Man : I can't tell the reason.. but I really like you..

Lady: You can't even tell me the reason... how can you say you like me?

How can you say you love me?

Man : I really don't know the reason, but I can prove that I love you.

Lady: Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend's boyfriend can tell her why he loves her but not you!

Man : Ok ok!!! Erm... because you are beautiful, because your voice is sweet, because you are caring, because you are loving, because you are thoughtful,because of your smile, because of your every movements..

Unfortunately, a few days later, the Lady met with an accident and became a vegetable. The Guy then placed a letter by her side, and here is the content:

Dearest,

Because of your sweet voice that I love you...Now can you talk? No!
Therefore I cannot love you. Because of your care and concern that I like you.. Now that you cannot show them, therefore I cannot love you. Because of your smile,because of your every movements that I love you.. Now can you smile? Now can you move? No, therefore I cannot love you...

If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore. Do love need a reason? No! Therefore, I still love you... And love doesn't need a reason.

Ur Boyfriend.

Read more...

Thursday, 21 October 2010

♥Tuhan berikan aku cinta....~♥

Ini lagu org tgh sedihkah? mcm aku?

Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan....


Read more...

Monday, 4 October 2010

kenapa ALLAH pertemukan kita dgn org yg salah!!!!

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


Begitulah aku jua..berdoa dan berdoa agar suatu hari Allah akan memakbulkan doaku..
Nukilan sape aku tak tau...tp aku suka!








Read more...

Monday, 6 September 2010

Jika Orang Tak Sudi..huhu

Hmm..actually aku ni tgh sedih...sedih sgt! rasa cam da xder mood nk raya pon. Tp xperla hidup mesti diteruskan..takkanla kita nk mengharap pada yang tak sudi yer dak?
mungkin aku ini sgt tidak layak untuk menagih kasih dari orang itu. Yerla hidung tak mancung pipi pon tersorong-sorong la kan. Orang kampung lak tuh! ape pon mls nk pk panjang..i've 2 move on no matter what. Someday dia akan ingat apa yang aku da penah wat utk dia itu pun klu dia tau untuk menghargainye! *sigh*

Kat bawah ni aku tepekkan gurindam yang aku request dari seorang blogger..credit to
Azlina coz sudi send kan gurindam ni utk aku. Thanx for sharing!

Jika Orang

Jika orang tidak suka,
Madu diminum terasa cuka,

Jika orang sudah benci,
Nama disebut dikata caci.

Jika orang sudah tidak sudi,
Tiada gunanya kita berbudi.

Jika orang tidak pandang,
Diam sahaja jangan meradang.

Jika orang tidak peduli,
Ular menjalar dikata tali.

Jika orang tidak kisah,
Bawa bertenang jangan gelisah.

Jika orang buat tak tahu,
Tiada gunanya berganding bahu.

Jika orang tak mahu bersama,
Tiada gunanya bekerjasama.

Jika orang tidak pelawa,
Jangan sekali berasa kecewa.

Jika orang tidak dengar,
Sunyi sepi walaupun hingar-bingar.

Jika orang tidak ajak pergi,
Tidak mengapa tidaklah rugi.

Jika orang sudah tidak percaya,
Cicak kecil disangka buaya.

Jika orang tidak menjemput,
Senyum sahaja jangan hamput.

Jika orang tidak mahu,
Buat sahaja tidak tahu.

baca lagi seterusnya...


Jika orang tidak sayang,
Jangan cuba nampakkan bayang.

Jika orang sudah marah,
salah sedikit naiklah darah.

Jika orang tidak kasih lagi,
Jangan ditanya ke mana pergi.

Jika orang tidak menyapa,
Lupa sahaja jangan berjumpa.

Jika orang sudah tidak ingin,
Panas terik terasa dingin.

Jika orang tidak simpati,
Usah mengadu buat sakit hati.

Jika orang tidak mahu tolong,
Tiada gunanya terlolong-lolong.

Jika orang tidak beli salam,
Agaknya terlupa ajaran Islam.

Jika orang mahal senyuman,
Jauhi diri usah berteman.

Jika orang diam sahaja,
Jangan cuba hendak brmanja.

Jika orang sakit hati,
Sabar sahaja dan hati-hati.

Jika orang tidak sembahyang,
Pahala kurang dosa terbayang.

nukilan ~ mas adeki 15/08/2002




Read more...

Tuesday, 27 July 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..(-_<")


Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap kelebihanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nakhodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )














Read more...

Friday, 23 July 2010

WARKAH BUAT SAHABAT

Since blog aku ni tak bertema maka suka-suki aku je la nk post entri ape kt cni kan..
Ape-ape yang aku suka yang aku tak nak simpan lam buku takut ilang so betterla aku post kat sini kan supaya aku leh share ngan korang jugak! :D

Bila masa berkembang taman di dalam hati aku ni..sukalah kiranya aku nk tepek puisi yang aku terjumpa nih. Tp consider puisi ker?? whateva laa..


Saat Dikau Bertemu Dengan Orang Yang Benar-Benar Engkau Kasihi,
Berusahalah Memperolehi Kesempatan Untuk Bersamanya Seumur Hidupmu.
Kerana.. Ketika Dia Berlalu Pergi, Segalanya Sudah Terlambat Bagimu.

Saat bertemu teman yang dapat dikau percayai,
Sentiasalah bersamanya.
Kerana.. seumur hidup manusia, teman sejati sukar untuk kau temui.

Saat bertemu sahabat yang membantumu,
Ingatlah untuk bersyukur kepadanya,
Kerana.. dialah yang mengubah hidupmu.

Saat bertemu orang yang pernah dikau cintai,
Ingatlah untuk berterima kasih walau hanya dengan senyummu,
Kerana.. dialah yang membuatmu lebih memahami tentang kasih sayang.

Saat bertemu orang yang pernah dikau benci,
Sapalah dengan senyumanmu.
Kerana dialah yang membuatmu semakin teguh dan bersemangat kuat.

Saat bertemu orang yang penah mengkhianatimu,
Berbincang lah secara baik dengannya.
Jika tidak kerana dia.. mungkin dikau tidak mengenali dunia.

Saat bertemu orang yang pernah secara diam dikau cintai,
Berkatilah dia.
Kerana.. saat kau mencintainya.. bukankah dikau mengaharap bahagia?

Saat bertemu orang yang begitu cepat meninggalkan mu,
Berterimakasih kerana ia pernah hadir dalam hidupmu.
Kerana.. ianya adalah sebahagian dari nostalgia dan memorimu.

Apakah akan ada sahabat yang akan kekal bersama dikau?
Apakah persahabatan ini akan terus berkekalan seperti diingini dikau?
Jika itu yang diingini... maka, hargailah setiap persahabatan yang terjalin.

BUAT SAHABAT SEMUA....
TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABAT KU........












Read more...

Monday, 31 May 2010

Bagaimana nak bercakap dengan seseorang yang sangat lurus!!

Hmm entri aku 2,3 menjak ni penuh ngan persoalan bagaimana jer kan?? Huh bila difikirkan menambahkan stress. Ape guna aku tampal artikel cara nak menangani stress tu?? Untuk dibaca dengan kepala lutut kah?? Huh stress! stress!! antara isi kandungan artikel tu..kejap ye korg ini takde kene mengena ngan tajuk entri pon. Artikel tu kata klu kita sedang marah @ stress, ape yang kita patut lakukan adalah;

  • Katakan pada diri sendiri " saya sedang marah!"
  • Bertenang..kira hingga 10, tarik nafas panjang2 dan istighfar.
  • Kenal pasti kenapa kita marah.
  • Cuba dengar penjelasan orang lain.
  • Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain.
  • Sila beredar jika tak dapat nk kawal kemarahan ituuuu!!
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan.
  • Membiasakan diri memaafkan - menerima hakikat bahawa manusia juga melakukan kesalahan.
Skrg, aku mmg pasti ape yang menyebabkan rasa stress dan marah aku ni. Biasalah orang ni kan bila marah mula lah berprasangka yang bukan2. Prasangka tu pulak lebih kepada diri sendiri. Diri ada wat salah ke kt orang smpai orang wat mcm2 ngan kita.

Gerrrraammmmmmmmmmmm!!! aku mmg da tahap naik kpl da ni. Tahap gaban tahap dewa bagai. Klu aku simpan da naik senak dada aku. So aku pon fikir punya fikir. Ambik keputusan aku akan hamburkan skarang biar padan muka dia. Ignore aku sangat. Ambik kau!! 10lai sms aku antar kt dia. Mula2 aku tanye dia samada dia ada penyakit murung ke ape. Pastu da attack dia segala. Aku kata dia suka simpan perasaan la. Taknak cakap ngan orang pastu stress. (aku da terlepas cakap sebenonye hukhuk!) pastu aku kata dia taknak anggap aku kawan dia la. Tak sudi nk kawan ngan aku laa ape laa. Soh dia delete nama aku dari list kawan2 dialaa (padahal klu bleh jangannnnnnnnnnnnn!!!). Minta maaf la sbb takleh jadi kawan yang baik. Klu ada hutang bgtau laa..kira mcm skrip drama habess wa cakap lu!!

Last2..dia jawab ape tau?? "Sesungguhnya bersangka baik terhadap saudaramu adalah jalan yang paling baik"..huhu terkedu sekejap aku. Isk..aku telah berprasangka ngan dia ker? Aku ni fikir pasal aku. Adoyaii! da pastu dia kata bukan dia yg kene luahkan perasaan tp aku!! Aku?? dia cdgkan aku g cari sape2 yang trustworthy untuk bercakap. Huh penat je aku taip pjg2 bagai nk rak tekan2 keypad hp aku yg da sedia rosak tu. Kesudahannya dia ckp cani jer?? Dia tak notice pon ayat aku yg mrh kt dia. Letihnya aku!! argggggghhhhhh stress! Dia tetap tak perasan pon isi kandungan yang sepatutnya dia faham. Cane ni?? susahnya nk wat org cam dia fahammmm.

Read more...

Thursday, 27 May 2010

Blank!

Hari ini terasa seperti maruahku berada di tapak kaki saje. Betapa selama ini aku sanggup menebalkan muka menghantar msg segala. Sebagai kawan aku rs tidak salah untuk kita mengambil tahu dan mengambil berat tentang keadaan kawan kita yang lain walaupun berbeza jantina. Namun sekiranya niat baik itu disalah ertikan sebagai 'suka lebih dari seorang kawan' dan terus segala sms kita yang bertanyakan khabar tidak dilayan dan tidak dibalas dengan sengaja..ape ini??

Sekiranya tidak sudi untuk berkawan ataupun tidak tahu bagaimana untuk memberitahu yang diri tidak mahu diganggu, pleaseee at least be frank!!! kerana walaupun kata-kata boleh melukakan perasaan namun ianya lebih melukakan hati seseorang yang bernama kawan atau sahabat sekiranya dia dibiarkan/dipulaukan secara senyap. Kesenyapan boleh membunuh dan tidak mungkin orang yang menjadi mangsa keadaan itu akan diam tanpa berfikir apakah salah dan silap yang telah dilakukan!!! *sigh*

Read more...

Wednesday, 26 May 2010

Mode: berserabut!

Aku tidak tahu samada aku patut rasa gembira, kecewa, sedih lega atau apa lagi. Saat ini serasanya aku sudah boleh bernafas dengan agak tenang. Sudah boleh menerima kenyataan bahawasanya setiap perkara yang kita inginkan dalam hidup tidak semuanya akan kita perolehi even if we really wanted it so bad!!! walaupon sedalam mana kita menyayangi seseorang itu, tidak bermakna orang itu akan merasakan sepertimana yang kita rasa. Kadang orang kata carilah seseorang yang menyayangi kita daripada kita menyayangi orang lain..tp adilkah kalau kita tidak dapat menyayangi dia sepertimana dia menyayangi kita?? (sentimentol pulak aku ari ni!!)

Last nite, it was supposed to be the happiest moment for me. After being surrounded with all the uncertainties then last nite, i'd be able to make a decision for myself. Yes it is for my own good. Smlm untuk tahun ini, my so called 'best friend' dah agreed nk temankan aku gi makan. Wah at last! padahal sblm ni kemain susah lagi nk ajak kuar. Itupun sbb aku pancing dia sket. Konon2 aku teringin nk makan sesuatu. Dia ni biasanya akan layan je bab kempunan aku ni hahaha..

Janji pas solat Isyak. Waktu aku sms dia, dia kt masjid lagi. Ingatkan janji ngan lagi sorg member n wife dia kt situ. Tup2 member tu tak jadi sbb anak dia demam. So tinggal aku ngan dia je la. Aku terfikir. Allah nak bagi peluang untuk aku membuat keputusan tanpa diganggu orang lainkah?? (dalam hati sedikit gembira). Da lama tak jumpa kann...rindu lak rs! (hahahha gataii!!)
Dia masih berpakaian pejabat. Alamak dia pakai baju yang aku pilihkan ari tu laa. Machonye kuikuikui..sinsing lengan baju lak tuh! suke3

Rasa malu di dalam hati. Nak naik kete dia ke kete aku. Kete dia jerla. So aku pon naikla kete dia. Dah kunci kete? dah kata aku. Aku tengah pikir apa modal nk mulakan percakapan. Cari umpan dowh! so aku pon startla tanyekan member yg lain nape tak diajak bersama. Dia kata umah orang tu jauh. Pastu barula leh start ngan soklan2 lain. Tp sepanjang makan tu yang aku perasan, dia memang nk cari kawan bercerita. Kawan aku ni mmg seorang yang agak pendiam dan yang aku perasan dia mmg ada trust issue. Dia tak akan bercerita pada sebarang orang. Daripada cara dia bercerita aku tau dia memang da lame simpan cerita tu. Kesiannn! (tula sape suruh da lama tak contact aku!!)

Dia seorang yang complicated dan sukar dibaca hati dan perasaannya. Dalam pada bercerita tu, aku inform dia yang salah sorang member kursus kitorang nk kawen tak lama lagi. Dia kata adala orang yang frust nanti. Aku kata yerla. Dia tanya aku sape? aku kata orang tu laa kan ke awak penah mentioned dl? hmm...dl ingat saya pon nak gak tackle dia tp bila saya tgk dia hebat sangat berpidato rs tak jadi plak! Aku kata da awak lambat mmglaa lain kali klu nak tackle pompuan jangan lambat nanti tak dapat hahhaha (itu ayat aku tambah sendiri lm hati jer wakakaka) nape dengan aku dia bleh bercerita perkara2 yang dia tak ceritakan pada orang lain?

Tapi apa-apa pon tujuan aku soh dia temankan aku gi makan ialah supaya dia akan menghabiskan semua makanan yang ada. Dia yang aku tau tidak suka membazir. Walau mcm mana kenyang pon perut dia tp klu masih ada lauk yang tertinggal seketul dua sure dia akan habiskan hehehhe..baguskan?? lagipun aku tau yang pasti aku memang takleh nak habiskan makanan tu sbb itu dia adalah calon terbaik untuk ajak makan. :D

Aku rasa smlm tu singkat sangat. Walaupun aku sendiri menahan mengantuk tp aku cuba juga menjegilkan mataku dan elakkan menguap depan dia. Smpaila dia sendiri yang ajak aku balik.
Sebenarnya aku kesian sangat ngan dia. Disebabkan dia cmtu aku harap dia akan ditemukan dengan sorg pompuan yang dapat memahami dia. Bagi aku, ini adalah noktah penghujung pada harapan yang aku simpan selama ini...namun aku akan masih terus berdoa dan bertawakkal.

Read more...

Thursday, 6 May 2010

Ape perasaan bila orang kata kita makan gaji buta??

Entri belog aku ni caca merba skett..da nama pon belog hampess haruslah entri pon agak hampeh dan ikut suka jiwa raga aku jer. Ari ni mode aku adalah STRESSSSSSSSS!!!!!!(tahap gaban!!!)

Aku kadang tak tahu laa harus marah atau kesian kt orang-orang yang pendek akal mcm ni. Nak kata bangang tahu pulak nk tulis surat mengadu tak tentu hala. Da la nak minta tolong orang tapi dimakinya kita. Lepas tu pandai pulak nk bercakap soal halal haram. Macam s*%#!!

Klu da pandai sangat selidik la dulu n paham betul2 setakat mana bidang kuasa seseorang tu terhadap sesuatu perkara. Ni tak uishh sedap mulut jer bercakap kata kita ni pakar dalam menanggung dosa!!. Yang dia tu bercakap da macam tuhan xingat pulak pasal dosa.

Iii..harus aku tempeleng je manusia tak sedar diuntung ni. Sedap je kata orang goyang kaki makan rasuah. Klu nk ikutkan nafsu amarah ni nak je aku buang kes dia ni lam tong sampah. *tarik nafasssss!!!* istighfar. Watpela aku nk ikut jadi setan cm orang tu gakkan? nnt aku lak ikut sama jadi bodoh mcm dia.

Ini pon lagi satu mendatangkan marah pagi2 buta. Da la keje banyak, internet lak hampeh. System lak lembab cam cipan! marah...marah..marahhhh...SABAR..SABAR..SABAR



Read more...

Friday, 23 April 2010

Dilema orang tak kawen lagi..

"Love is the reason why we're here on earth..~"
Smlm dan kelmarin asal ada free je aku dok menyekodeng blog orang. Mcm2 tajuk da aku baca. Pastu what i discovered was..byk gakla member2 blogger yg dok bincang pasal topik jodoh, kawen dan yang sewaktu dengannya. Dan memandangkan terlalu banyak campurization of topics kt lam kpl otak aku neh makanya i've decided to write abt this topic. Takdakla best sgt pon topik ni tp sbb blog ni blog aku so sukahati aku la kan?

Dilema orang xkawen?? adakah di antara lelaki dan pompuan mereka menghadapi dilema yang sama?? adakah lelaki dan pompuan mempunyai kuasa untuk memilih yang sama?? Taktaula kan..tp bagi aku agak xlojik kalu sorang laki tu jawab bila orang tanya nape xkawen lg?? Katanya xder jodoh. Isk..bukankan lelaki ada kuasa memilih yg hebat. Mana taknya siap leh letak kriteria lagi. Lainla pompuan mmgla boleh juga memilih tp xla sebilang masa sbb klu salah memilih sgt kene reject, pastu nnt dikatakan perigi cari timba.

Mungkin ada lelaki akan cakap dorang xder jdh sbb xhensem tp lelaki xhensem klu poket penuh sure 'pompuan' (materialistik) xkisah kan plus baikla akhlaknya. Pompuan plak pada satu tahap akan habes peluang untuk memilih lg dah. Bila?? bila umo semakin meningkatlaa dan semakin kurang lelaki yg lebih tua dari dorg yang tinggal n masih bujang. Klu ada pon sure bujang 3 @(untuk tmbah cawangan)... yang lebih muda jer (kematangan yang boleh dipersoalkan). Dan bila pompuan semakin meningkat umonya dan xkawen lg, lancang je mulut org ckp..andartu la tu. Tp jarang org akan bercakap mamat tu bujang terlajak. Ini sungguh tidak adilkan???

Bila lelaki dan pompuan berkawan baik kadang.. isk!! xtaula aku nk cakap cane..AMARAN: Kalu masing2 da berumahtangga, baik elakkan dari berkawan baik dengan org berbeza jantina. Bukannye ape, byk cite yang aku dgr..bila masing2 ada mslh rumahtangga dorg xakan cari org lain tp akan cari org yang berbeza jantina a.k.a besfren juga utk share mslh tp mslhnya jugak kes cani akan menjadi lebih teruk bila
lelaki@pompuan tu akan jatuh cinta plak ngan besfren dorg!! Huh bahaya neh!! Jangan amalkan tau, xbaik utk kesihatan sepanjang zaman. Tp korg fhm tak ape yg aku ckp neh??*wink* klu xphm pon phm kan jer la ek??

Bila lelaki bujang n pompuan bujang berbesfren. Yg ni lg haru..kdg masing2 treat di antara satu sama lain tu cm lbh dr kwn biasa jer. Yg jadi masalahnya xpenah plak si lelaki kata suka@ nk jadi lebih dr kawan. Sebagai pompuan, ini juga menyebabkan dilema. Nk tanya lebih2 kang da jadi cm perigi cari timba. Tanya sket @ sekadar bagi hint nk clarify bab2 yang melibatkan feeling ni si lelaki kata tangguh dulu pulak. TANGGUH?????? maknanya apa ni? klu xder paper nape nk tangguh pulak?? just straight 2 the point la kan. Isk ada juga lelaki cani kan??

Ker dia pon dalam dilema?? Dilema apa? takut tercommit ngan relationship yang lom tentu direstui oleh mak bapak??? @ sbb banyak tanggungan?? @ kerana lelaki seperti ini ialah man of his word meaning dia xnk commit ngan something yg dia xsure dia leh usahakan ke arah itu. Dia jenis yang once bila dia da buka mulut maksudnya itula yang dia maksudkan n dia tak nak main2. Begitu ker? @ dia sbenarnya xckp duit lg sbb tu dia diam jer xnk mention lgsg pasal serious relationship nak-nak klu da masuk bab2 kawen neh. Betul ker tanggapan aku ni wahai kaum adam yg pada aku sometimes very hard 2 understand what they're thinking of. Complicated tol!!

Pada pendapat aku la kan..pompuan xkan tau pon apa masalah seorang lelaki tu klu dia xbgtau. Mungkin dorg xtau yang pompuan ni bukannya semua jenis yang xleh bertolak ansur. Klu bgtau apa masalah dorg jatuh ke egonye? InsyaAllah pompuan akan phm. Klu pon xleh bantu selesaikan mslh tu at least berguna la juga fungsi member pompuan tu kan as a shoulder 2 cry on ke ape ke ahaks!! at least kurang la sket beban yang ditanggung tu kan?? aper yang penting?? kerjasama!!! wakkakkka..xderla yang penting ialah komunikasi dalam perhubungan.:)



Read more...

Thursday, 22 April 2010

Cintan cintun

Huh FB can really do wonders laa..rs cam da lebey satu dekad akhirnya terjumpa kembali ngan si dia yg suka kt aku time skolah dulu hehehhe..tp dia da kawen so titik! cuma aku jer yg xkawen2 lg. hukhuk!!.


( pic sape tah aku amik neh!)

hmm tgh2 dok baca paper online tetiba come across satu artikel ni cm menarik jugaklaa tajuknye: Saat menilai cinta. Klu korg nk baca klik kt link nih:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Famili&pg=fa_02.htm

Hmm dan aku suka lagu neh..enjoyy!!



Read more...

Friday, 9 April 2010

Ku pendam sebuah duka..(aiseh tajuk lagu pulak!!)

Da berzaman rasanya since my last note kt blog ni. I wish i'd have more time so that i cud write n update this blog everyday.. tp tak ape laa..
When everyone seems to be happy or will step into another phase of their life..am still at the same level without getting any better i mean referring to my life journey..there's nothing new or something extraordinary that can be put into it or something that can ignite a spark to it..so dull n boring!! there's a hole in my heart!:( day by day i started 2 feel that my life is not complete n yet 2b completed. Dont know when n how???? that the question i've been asking myself lately *sigh*

Pada siapa aku harus mengadu pun tidak tahu..pada manusia mana? aku tidak mahu menyusahkan kawan-kawan yang sudah berkeluarga coz they already have their own prob. I dont want 2 give them all the hassles..of course i turn 2 Allah everytime when i feel down but i still need someone 2 talk 2. I dont have any. Seseorang yang boleh melayan karenah ku..aku tidak mahu tersalah tempat mengadu silap2 nanti aku 'ter'mengadu pula kepada kekasih orang atau tunangan orang.

Ya Allah..apa yang terjadi kepada diriku dan keluarga hanya Engkau yang tahu. Biarlah Engkau saja yang membalas perbuatan mereka. Semoga mereka2 itu dimasukkan iman dan menyedari kesilapan mereka. Walaupun sangat pahit untuk ditelan..seperti kata ibuku kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar tapi yang selebihnya tetap di tangan tuhan. Jika diizinkan Allah ke atas sesuatu perkara maka jadilah ia namun sekiranya tidak iizinkan Nya..walaupun sekuat mana kita berusaha untuk itu ianya tetap tidak akan menjadi kenyataan. Namun aku sangat2 berharap Allah akan mendengar doaku saban hari..sekiranya sesuatu itu bukan ketentuan untuk ku tunjukkanlah jalan supaya aku pasrah dan aku akan berusaha untuk sesuatu yang lain. Aku amat berharap agar diberi petunjuk ke jalan yang betul supaya aku tidak akan menyesal dengan pilihan yang telah aku buat. Aku juga berdoa agar Engkau tidak akan menguji aku lebih dari kekuatan yang aku ada..kerana aku tidaklah sekuat mana. Aku hanya berpura2 tabah demi ibu dan adik2ku. Aku juga benar2 memohon kepadamu Ya Allah agar sentiasa mempermudahkan urusan ku dan keluarga di dunia dan di akhirat. Makbulkan la doaku Ya Allah.

Read more...

Tuesday, 9 March 2010

Hati wanita


Hati pompuan ni kata orang bak kerak nasi..sekeras mana pun dia klu direndam lama2 lembut juga.. betul la kot agaknya. Even how hard i wanted 2 deny the fact but it's still a fact. Samala hati aku ni agaknya.. lembut sangat wpun pada luarannya aku ni nmpak cm seorang yang keras tp pada hakikatnya aku ni kadang2 cengeng juga. Itulah masalah aku!!


Walaupun orang da buat jahat pada aku, ambil kesempatan di atas kelemahan aku namun aku ni xreti2 nk beringat agaknya. Kata kawan aku..ko ni cepat mellow lah!! ntahla..xtau la nk cakap aku ni mmg la jenis yang xsmpai hati nk marah org lama2 apa lagi nk berdendam sbb tu aku akan terkena dan terkena lagi. Tak kisahla dlm soal apa pon.. kadang2 aku sedih sebenarnya. Kadang2 aku fikir mungkin orang yang berkawan ngan aku xpenah ikhlas pon nk kawan ngan aku sebenarnya.. he/she just taking advantage of having me as their friends. Aku ni mmg la senang nk tolong orang n lagi satu aku ni mmg la jenis yang xpandai bersangka buruk ngan orang and at the end of the day..aku terkene laa lagi..huhu sadis kan?


Malangnye menjadi seorang aku. Very the pathetic one laa..apa sahaja yang terjadi kpd aku biasanya aku akan salahkan diri aku sendiri jugak instead of putting the blame on other people. Bila aku fikir lagi maybe aku ni byk sangat kekurangan kot.. maklumlaa aku ni orang kampung, orang biasa2 saje..background family pon biasa2 saje..harta tiada rupa pon kurang huhu sape la yang ikhlas nk kawan ngan aku kan? kan?


Hmm..nampaknya aku kenela muhasabah diri sendiri byk sket.. aku akan terus berdoa semoga aku ditetapkan iman dan semoga aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepadaku sehingga ke hari ini..


Ingatlah cara menguruskan hati dengan baik ialah dengan cara sentiasa meletakkan agama di tangga teratas dan sentiasa cuba untuk memahami diri kita sendiri dan kemampuan yang kita ada kerana hati yang bersih adalah pusat segala kebaikan di dunia.


Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata;

"Dalam hati manusia ada segumpal daging. Sekiranya daging itu baik maka baiklah seluruh manusia itu dan sekiranya ia busuk maka busukla seluruh manusia itu. Daging itu adalah hati"

Read more...