Bersiri-siri pulok alkesahnya mimpi aku ni yer. Teehee. Hmm baru-baru ni lam minggu ni jugakla kot..aku bermimpi. Punyala aku ni jarang sangat mimpi smpai aku terfikir balik..aku ni mimpi ke mengigau ke berangan??
Tp aku rasa aku ni mmg mimpi la kot sbb besoknye la kan..pagi2 tu aku tak ingat pon pasal mimpi tu tp bila aku buat something yang seolah2 aku penah wat baru aku tau yang aku mimpi. Huhu. Hampehkan aku?? (-_-")
Aku mimpi ape tahu?? aku mimpi aku jumpa U.L.A.R!!! isk da la aku ni memang spesis yang takut dan geli ngan ular. Tak penah2 aku mimpi pasal binatang tiba2 je la plak. Ular tu merayap je dtg kt badan aku. Of cozla seingat2nya aku lam mimpi tu aku memang takut giler tahap gaban. Aku da kuis2 ulor tu dari badan aku tp dia datang balik. Padahal ramai je orang lain kt sekeliling aku time tu. Yang aku tak puas hati tu dia aim aku jugak. Dia merayap naik kt badan. Dah aku takut dia patuk aku diam jer. Tau tau ape ulor tu buat ngan aku?? dia merayap smpai kt tangan. Time tu la aku nmpak kepala dia ala2 ulorr senduk uishh bahaya! bahaya!! Harus aku mengkakukan diri ni. Ulor tu ketip kuku aku ok!! aku tgk kuku aku da sedia pendek tp dia gigit lagi huhu..mampus juga aku. Da la dia ketip kuku aku xsama uwaaaa...ok smpai situ je mimpi aku i guess la..oh btw ulor tu kaler hijau cm kt bwh ni.
lebih kurang canila rupe ulor lm mimpi aku tuh!
So aku agak cuak la sekejap. Da la semenjak 2 menjak nih mata kiri asyik bergerak je. Kejap kelopak atas kejap belah bawah. Aku pon citer la ngan colligue aku kt opis. pastu dia bantai gelakkan aku plak. Dia kata agaknya orang nak masuk meminang tak?? huishh ke situ plak dia. Takde maknanya. Bukan ke klu mimpi bertemu ulor ni juga bermakna ada terkena gangguan sihir?? kene sihirkah aku??
Surfing internet lagi aku pastu..mmg ada jumpa. Entri smlm kan ada list mimpi aku bagi pasal tanda2 kene sihir. Tp yang ini pon aku jumpa gak! antara tafsir mimpi bertemu binatang;
1. Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia.
2. Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki.
3. Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda.
4. Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita.
5. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki.
6. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh.
7. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
8. Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana.
9. Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan.
10. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri.
11. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh
keuntungan.
12. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.
13.Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki.
Aku ni bukanlah jenis orang yang percaya pada mimpi pon. Lagipun aku bukannya kene patuk ular pon tp ular tu just gigit kuku aku jer!! so takde maknanya pon kan?? aku kadang rasa mimpi ni mitos @ mainan tido jer. (tp sblm tido aku da baca ayat Quran, mengucap bagai hmm..)
tp ada jugak dl kawan arwah ayah aku sblm ayah aku meninggal dia mimpi gigi dia patah dan dia tau ada orang yang akan meninggal cuma tak tau sape jer dan happened to be jugak orang itu adalah ayah aku..sob!sob! pastu aku jumpa tafsiran dia pulak.."Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati". So leh caya ke tak ni???
*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan
tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya
mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak
terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah
SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam.....:)
No comments:
Post a Comment