ape ni?





Tuesday, 26 April 2011

Fixing a broken heart!!

Broken Heart


Inilah saat yang paling menyedihkan dalam hidup aku. Di saat orang lain mendapat kebahagiaan..aku pula menerima berita yang merobekkan jiwaku. Haruskah aku percaya pada premonition itu?? Kali pertama hubungan kami putus i've tried to get over him. But he came back after that!.

Inginku biarkan tidak sampai hati. Aku bersandarkan pada pertalian sebagai seorang sahabat. Namun secebis rasa yang masih ada ini semakin berputik kembali di saat dia mula memberikan aku perhatian yang lebih dari dahulu. I've tried 2 shoo him away but he kept on coming. More attentive and sensitive towards my feeling this time.

But still I don't want to put so much hope in this kind of relationship since i'm afraid, he as far as i know did not even realize what he was doing, how he had treated me ever sine..and now the relationship is still hanging. Tak sampai ke mana pun. Dia tidak pernah mencuba untuk lebih serius. Mungkin disebabkan perbezaan umur di antara aku dengan dia. Mungkin dia masih tidak meletakkan sebarang matlamat di hadapannya.

Dulu dia pernah memohon maaf dariku kerana telah melukakan aku dan membuatkan aku sedih tapi di saat aku telah dapat melupakannya dia datang kembali. Mengambil setiap kesempatan yang ada untuk mendekatiku. Mengapa?? mengapa dia masih terus menyiksa hatiku seperti ini?? Adakah dia sengaja berbuat tidak tahu tentang perasaanku? Aku tidak memahami apa yang cuba disampaikan. Adakah masih aku yang perlu memulakan langkah semula?? aku pernah berjanji kepada diriku untuk tidak mengulangi apa yang telah aku lakukan dulu. Not ever!!

Aku bukanlah seorang yang bernasib baik sebagaimana rakanku yang lain..yang dengan tiba2 sahaja sampai jodohnya. Mungkin dia punya banyak pilihan tapi aku??? sebahagian hatiku hanya ada dia walau sekuat mana aku cuba membuang dirinya dan cuba untuk membuka hatiku untuk orang lain. Andainya ada sesiapa yang datang dengan ikhlas kepadaku aku yakin aku akan dapat melupakannya. Tapi adakah?? setakat ini hanya manusia hipokrit yang aku temui.

Kekadang aku tertanya2..mengapa Allah sentiasa menemukan aku dengan orang yang salah. Masaku hanya terbuang sia-sia sahaja. Atau aku hanya ditakdirkan untuk bertemu jodoh tatkala lanjut usia saja?? Aku berdoa agar Allah menguatkan hatiku agar tidak diselubungi rasa hampa..menguatkan hatiku untuk terus berharap walaupun tanpa sebarang kepastian. Aku rasa aku sudah tidak mampu lagi untuk berpura-pura gembira pada saat ini. Air mata ini mengalir lagi untuk kesekian kalinya.
Namun aku yakin Engkau Maha Berkuasa untuk mengubah takdir seseorang. Hilangkan kesedihan ini dari dalam hatiku Ya Allah.

Seseorang berkata;Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat.







Read more...

Reaksi Syaitan Jika Kita Membaca AlQuran (bukan lawak)



1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga. 3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah. 4)Ketika anda me...mahaminya, dia mula terkejang-kejang 5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke . Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !” SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.

Read more...

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGGERAK)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

'Bismillahillazhi La yadhurru maasmihi syaiun fil ardhi wa La fissamaa i wahuwassamii'ul 'alim'

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Penggerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah



Read more...

When will I begin??




Today My Life Begins - Bruno Mars

I've been working hard so long
Seems like pain has been my only friend
My fragile heart's been done so wrong
I wondered if I'd ever heal again

Ohh just like all the seasons never stay the same
All around me I can feel a change (ohh)

I will break these chains that bind me, happiness will
find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the takin
I know I can make it, today my life begins

Yesterday has come and gone
And I've learnt how to leave it where it is
And I see that I was wrong
For ever doubting I could win

Ohh just like all the seasons never stay the same
All around me I can feel a change (ohh)

I will break these chains that bind me, happiness will
find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the takin
I know I can make it, today my life begins

Life's to short to have regrets
So I'm learning now to leave it in the past and try to
forget
Only have one life to live
So you better make the best of it

I will break these chains that bind me, happiness will
find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the takin
I know I can make it, today my life begins

I will break these chains that bind me, happiness will
find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the takin
I know I can make it, today my life begins
Today my life begins
Read more...

Monday, 25 April 2011

Nak taip pasal ape yer? kisah cinta ker?


Klu tengok pada gmba tu..nampak cm sunyi jer.. Hmm kehidupan yang sungguh sunyi bila duduk sorang2..xder kawan nk share suka, duka, nk gelak2 nk gosip2 nk luahkan perasaan marah n etc.
Life is such a boring chapter when u have no one,no place to turn to...huhu..

Last week, one of my single friend told me that one of our course-mate yang mana aku masih xtau lagi sape had confessed to her about his feeling! I feel happy for her since she's still been haunted by her ex-bf memories until this moment and that facts clouded her mind in making decision.. damn that guy who had made my friend's life up side down becoz of him. He comes n go whenever he likes. So I played as Doc Love I guess! Hidup aku sendiri pon tah hape2 pandai jer nk nasihatkan orang yer!

Senang bagi lelaki untuk berkawan dengan seseorang dan meninggalkan wanita itu untuk wanita lain.. at the end of the day when things didn't work out between them..dia cuba kembali kepada yang pertama. Tetapi tidak cuba untuk terus mencari peluang untuk mengikat kembali hati wanita yang telah dilukainya kerana dia tahu..wanita itu terlalu sayangkan dirinya dan tidak akan membuka hatinya untuk orang lain. He really takes things for granted. Menggunakan kelemahan wanita itu. Sentiasa memunculkan dirinya di saat wanita itu cuba untuk melupakannya. Wanita ini dengan sedikit perasaan yang sedia ada hatinya masih lagi bersisa dengan harapan dan doanya kepada Tuhan agar andainya ada jodohnya maka permudahkanlah. Namun sehingga saat ini,tiada kata-kata yang begitu ingin didengari dilafazkannya.

Sehinggalah pada suatu hari, datang seorang lelaki yang juga teman seperjuangan melafazkan kata-kata yang tidak pernah disangkakan oleh wanita itu. Kerana baginya, perbezaan umur tidak akan memungkinkan sebuah perhubungan yang lebih dari sekadar adik dan kakak. The fact has been set up in my friend's mind since then. Tapi kataku wajar untuknya untuk memikirkannya semula.

Kerana jarak dan perbezaan umur hanyalah sekadar angka sekiranya sang lelaki itu tidak kisahkan apa2 dan dia sudah bersedia dengan apa jua kemungkinan. Mungkin lelaki ini jauh akan membahagiakan berbanding dengan lelaki pertama yang masih ditunggu-tunggu untuk bertindak but there's nothing promising about him. Andainya lelaki itu benar2 mengambil masa untuk berfikir dan menyesali apa yang telah dilakukannya dulu, dia tidak akan membiarkan satu saat pun berlalu tanpa merampasnya kembali. Sekiranya dia benar2 sedar, dia tidak akan menunggu lebih lama lagi. He shud grab the chance!! Ini tidak seolah-olah dia hanya sekadar mencari teman untuk berbual,menemaninya makan dan lain-lain. Sampai bila lagi seseorang itu harus menunggu untuk sesuatu yang tidak pasti.

Kataku tidak sukar sebenarnya untuk melupakan kisah lalu dan membuka hati kita untuk seseorang yang lebih menghargai kita seandainya kita membenarkan ruang gelap itu diterangi cahaya. Apabila kita telah mula menyayangi seseorang yang ditakdirkan menjadi jodoh kita..bayangan lalu akan mula hilang sedikit demi sedikit. Insya Allah akan dipermudahkan segalanya andainya kita belajar untuk menyanyangi diri kita dan membuka hati untuk orang yang sudi menerima kita seadanya dengan ikhlas.

In fact, skang ni kawan aku tu dah merasa pon kebahagiaannya. Bestnya! aku jugakla yang tinggal sorang-sorang nanti. Sorang demi sorang kawan aku sumenye da bertemu jodoh masing2 huhu..
My circle of single friends keep narrowing down each day! what to do?..yang lain masih perlu meneruskan hidup seperti biasa laaa...

Read more...

Friday, 18 February 2011

Why do u love me??

Lady: Why do you like me..? Why do you love me?

Man : I can't tell the reason.. but I really like you..

Lady: You can't even tell me the reason... how can you say you like me?

How can you say you love me?

Man : I really don't know the reason, but I can prove that I love you.

Lady: Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend's boyfriend can tell her why he loves her but not you!

Man : Ok ok!!! Erm... because you are beautiful, because your voice is sweet, because you are caring, because you are loving, because you are thoughtful,because of your smile, because of your every movements..

Unfortunately, a few days later, the Lady met with an accident and became a vegetable. The Guy then placed a letter by her side, and here is the content:

Dearest,

Because of your sweet voice that I love you...Now can you talk? No!
Therefore I cannot love you. Because of your care and concern that I like you.. Now that you cannot show them, therefore I cannot love you. Because of your smile,because of your every movements that I love you.. Now can you smile? Now can you move? No, therefore I cannot love you...

If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore. Do love need a reason? No! Therefore, I still love you... And love doesn't need a reason.

Ur Boyfriend.

Read more...

Tuesday, 23 November 2010

Cam sengal tp berisi..:: Surat dari girlpren ke future hubby ::

Aku suka sangatla ngan artikel budak ni..inipon setelah dicopy oleh orang lain dan dikongsi2kan bersama..jom baca!

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).

Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)

Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersangsudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,

Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surahJuz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…(terus baca lagi!)

Oh laling,

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.

Jangan pulak asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!). Tapi syaratnye laling kenalahtolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak.Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,

Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la lalingsweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikanblindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beliLCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^







Read more...