Inilah saat yang paling menyedihkan dalam hidup aku. Di saat orang lain mendapat kebahagiaan..aku pula menerima berita yang merobekkan jiwaku. Haruskah aku percaya pada premonition itu?? Kali pertama hubungan kami putus i've tried to get over him. But he came back after that!.
Inginku biarkan tidak sampai hati. Aku bersandarkan pada pertalian sebagai seorang sahabat. Namun secebis rasa yang masih ada ini semakin berputik kembali di saat dia mula memberikan aku perhatian yang lebih dari dahulu. I've tried 2 shoo him away but he kept on coming. More attentive and sensitive towards my feeling this time.
But still I don't want to put so much hope in this kind of relationship since i'm afraid, he as far as i know did not even realize what he was doing, how he had treated me ever sine..and now the relationship is still hanging. Tak sampai ke mana pun. Dia tidak pernah mencuba untuk lebih serius. Mungkin disebabkan perbezaan umur di antara aku dengan dia. Mungkin dia masih tidak meletakkan sebarang matlamat di hadapannya.
Dulu dia pernah memohon maaf dariku kerana telah melukakan aku dan membuatkan aku sedih tapi di saat aku telah dapat melupakannya dia datang kembali. Mengambil setiap kesempatan yang ada untuk mendekatiku. Mengapa?? mengapa dia masih terus menyiksa hatiku seperti ini?? Adakah dia sengaja berbuat tidak tahu tentang perasaanku? Aku tidak memahami apa yang cuba disampaikan. Adakah masih aku yang perlu memulakan langkah semula?? aku pernah berjanji kepada diriku untuk tidak mengulangi apa yang telah aku lakukan dulu. Not ever!!
Aku bukanlah seorang yang bernasib baik sebagaimana rakanku yang lain..yang dengan tiba2 sahaja sampai jodohnya. Mungkin dia punya banyak pilihan tapi aku??? sebahagian hatiku hanya ada dia walau sekuat mana aku cuba membuang dirinya dan cuba untuk membuka hatiku untuk orang lain. Andainya ada sesiapa yang datang dengan ikhlas kepadaku aku yakin aku akan dapat melupakannya. Tapi adakah?? setakat ini hanya manusia hipokrit yang aku temui.
Kekadang aku tertanya2..mengapa Allah sentiasa menemukan aku dengan orang yang salah. Masaku hanya terbuang sia-sia sahaja. Atau aku hanya ditakdirkan untuk bertemu jodoh tatkala lanjut usia saja?? Aku berdoa agar Allah menguatkan hatiku agar tidak diselubungi rasa hampa..menguatkan hatiku untuk terus berharap walaupun tanpa sebarang kepastian. Aku rasa aku sudah tidak mampu lagi untuk berpura-pura gembira pada saat ini. Air mata ini mengalir lagi untuk kesekian kalinya.
Namun aku yakin Engkau Maha Berkuasa untuk mengubah takdir seseorang. Hilangkan kesedihan ini dari dalam hatiku Ya Allah.
Seseorang berkata;Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat.
No comments:
Post a Comment