ape ni?





Wednesday, 11 May 2011

mandi bunga? mandi limau?@mandi bawah jambatan??

bestnyerrrr mandi bunga kt spa??

Rupanya memang da ramai orang bercakap pasal mandi bunga yer?? asal dengar perkataan mandi bunga jer mesti dikaitkan dengan nak buang sial ataupun nk cepatkan jodoh. Yerla sejak zaman orang dolu2 lagi asal anak dara dorang tak dapat jodoh lagi mulalah soh g mandi bunga. Termasuk la aku neh hehhehhee...

Aku pon tak paham sebenarnye nape nak kene mandi segala. Orang kata nak naikkan seri wajah. Ntah yer tah tidak. Da kalu orang tu memang jenis muka jarang senyum memangla tak bape nk berseri yer dak?? Serasa aku laa..da bp byk kali da aku mandi. Tp jodoh tak sampai2 gak lagi. Cuma mandi wah jambatan jer belom hehehe..ader ke?? Mat pit ade laa kat wah jambatan tu xpon homeless people..takkan la aku nak mandi kat situ kan cam tak logik la plak!!. Aii!! Dah sah2 la jodoh itu kan rahsia Allah..sape itu yang hebat sangat dapat melawan kekuasaan Allah?? Baper gelen air atau berkilo2 dan berjenis2 bunga dan limau yang ko mandi pon kalu da belum smpai masa takkan dapat jodoh gak! Percayalahh..He knows best when is the right time for us! (menyedapkan ati sendiri nampaknya yer???)

Sebenarnya pengalaman aku la kan..bukan setakat mandi bunga, mandi limau, mandi tah ape2 lagi laa. Dulu aku memang taknak tp da ngikutkan saje kata orang tua kan..mandi jerlaa. Ikhtiar kata mak aku. Tp aku akan pastikan takder mantera2 yang dibaca dan bukan dimandikan oleh tok bomoh atau sape2. Biar aku mandi sendiri. Aku da tak larat lagi dah bab2 mandi neh tp yerlaa..taknak kang dikata degil. Layannnn!! tapi bila da mandi rasa best jer laa..mana taknya harusla badan bau wangi. Rasa nyaman. Lain2 takder rasa per pon. Tp asal tiap kali pas mandi konon la orang nampak muka makin manis dan berseri2. Padahal da memang aku la yang tersengih2 la kan muahahhahhaa....

Mandi2 ni la kan setahu aku bukannye untuk pompuan saje coz ada jugak lelaki yang mandi. Yerla asyik kene reject jer kononla so dikatakan cam ada sial lam badan. Huh! bahasa...manalah ada manusia yang dijadikan sial. Cuma masa je lom smpai. Jangan nak paksa2 jodoh tu kang at the end bercerai gak!! taknak la camtu kan.

Ape pon aku tatau laa amalan mandi bunga ni da wujud sejak zaman bila. Tapi skang kat spa berlambak2 jer klu nk mandi. Dikatakan bunga2an ni ada aura dia tersendiri. Klu mandi limau harusla leh ilangkan bau badan ataupon bau ketiak hangit kan??? hehehhehhe...

Ini artikel yang aku kutip pasal mandi bunga;

Mandi bunga bukanlah suatu yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan salafussoleh terdahulu. Ia berasal daripada kepercayaan lama yang dipegang oleh orang Melayu, kononnya untuk membuang sial dan menaikkan seri wajah.

Melakukan mandi bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan. Yang salah ialah berjumpa bomoh atau pawang dan meminta dimandikan dengan membaca mentera tertentu untuk menaikkan seri wajah. Semua mentera yang dibaca oleh para bomoh itu kebanyakannya ada unsur syirik dan khurafat. Rasulullah s.a.w melarang umatnya berjumpa bomoh dan mempercayai kata-katanya. Oleh itu hindarilah dosa yang membawa kepada syirik kerana ia merupakan salah satu dosa yang tidak diampunkan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik atau bomoh, lalu percaya kepada apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhamad s.a.w." – Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ashab al-Sunan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang mendatangi bomoh, kemudian bertanya kepadanya sesuatu, solatnya tidak akan diterima selama 40 hari." – Riwayat Muslim.

Tidak ada ayat tertentu yang boleh dibaca untuk mempercepatkan jodoh. Al-Quran mempunyai misi yang lebih besar daripada itu, iaitu sebagai petunjuk kepada sekalian alam dan menyelamatkan umat manusia daripada Neraka. Ia tidak akan membincangkan hal remeh-temeh seperti mencari jodoh atau menyerikan wajah.

Mandi bunga bertujuan untuk mengharumkan badan dan tujuan kebersihan adalah diharuskan tetapi sekiranya mandi bunga itu dikaitkan dengan amalan perbomohan yang boleh merosakkan akidah, maka perbuatan tersebut dilarang,
Jika seseorang itu mempercayai bahawa mandi bunga dapat menghindar daripada perkara-perkara buruk maka hukumnya adalah syirik, kerana menyamakan bunga dengan kuasa Allah, sedangkan bunga itu adalah makhluk Allah dan kuasa tiada batasannya. Justeru itu sebagai hambanya kita hanya wajib mempercayai segala apa yang berlaku adalah qada' dan qadar Allah SWT. ..

Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:

‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’

Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:

“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap
tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur
bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga
matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”

Amalan mandi bunga ini telah dibuktikan secara saintifik yang terbukti dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan. Ketika mandi bunga ini tidaklah mengharap dari perbuatan mandi bunga itu dapat mencepatkan jodoh, menolak bala atau sebagainya, ini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan Allah SWT.

No comments: