ape ni?





Thursday, 22 March 2012

Aku dapat masuk The Biggest Loser???

*Sujud syukur aku!!!* yeay!!! In fact tak lose2 pon...makan banyak lagi ader laa adoyai!!..Aku mmg teringin nak masuk the biggest loser neh tp korang rasa dorg terima tak aku?? Nak la jugak jd cm orang kat bawah ni huhu..


Ok..mode berangan* bai!

Read more...

Tuesday, 20 March 2012

Petua Penjagaan Badan

Eh selama ni aku mmg amalkan sebahagian dari petua yg org ni bagi pon.. cuma xderla serius sgt..rupanya klu wat betul2 leh turunkan berat bdn ek!! Jom kita follow tp baca dulu artikel dibawah ni yer..


Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh membawa kemudaratan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah anda prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada andaa, sewajarnya anda mengambil sikap berhati-hati.

Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting, keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:

1. Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari, jangan makan makanan yang mengenyangkan. Cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.

3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga, cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda berpuasa, elok kalau anda melakukan senaman.

C. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 7 hingga 14 hari mengamalkannya.

by: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Read more...

Thursday, 26 January 2012

Terjebak ke Kuala Terengganu..

21 - 23 Jan 2012 @ cuti sempena CNY - Pada mulanya planned nak balik kampung tp kunun nk bajet la kan coz the following month nanti aku nak kene balik Kelantan plak sbb ader kezen kawen so xbalik la aku. Tiba2 bff dari Putrajaya kata nak dtg spend time ngan aku kt Kontan..ok fine la. (dlm hati da berdebar daa..ini for sure terjebak aku ni kang!!)

Member aku plak sengal tak sengalnye salah beli tiket..patut smpai kontan ari Sabtu tp weng punye psl terbeli tiket bas Jumaat 1:30pagi..tak ke akan smpai pagi Jumaat gak?? pttnye dia ambik tiket melangkaui ari Jumaat tp ape pon aku xkesah jer. Dia laa..da la der miting ari Jumaat tiba2 cuti plak tergezut gakla bos dia kannn..

So, aku da tau da member aku tu nak ajak aku g Trg. Makanya aku pon menyiapkanla kete kesayangan aku tu. Walaupun lately ni dia asyik wat hal jer. Ader ke patut time2 musim ujan itu ari tiba2 ader air bertakung lam kete?? Inilah dia kete buatan mesia kan...aisshhhh..~

Aper pon aku bknnye nak citer psl kete aku tu..biarla si blackie tu.

Kitorg gerak g Kuala Teregganu ikut jalan belakang iaitu Jalan Jabor..ala yg ke arah Bandar Al_Muktafi billah tuh. Jalan ni akan skip Kemaman so agak save time la sket rs. Tp satu je nk bgtau..jln ni tak selamat yer untuk jalan malam2 apetah lagi utk org pompuan. Sebabnye jalan dia sgt la teruk..byk sgt lobang2 bagai..nak2 klu musim ujan kan. Pastu da la lalu ikut ladang kelapa sawit. Biasa pon byk lori yg lalu jalan ni. Yg jadi cpt pon sbb tak lalu kawasan pekan atau bandar jer. Sape nak lalu jalan ni dengan acara merempit, bersiap-sedia laa untuk mengorbankan rim kete anda yer?? *aku pon tak g cek lagi rim kete aku! ari tu da bengkok satu, ni da bengkok empat2 kot!!*

Hasilnye kuar dari Kontan lam kol 12 lbh..lm kol 3 lbh da smpai KT sbb msk LPT yg sekerat..itupon sbb byk kete juga. Da ader satu kete CCR 6338 ke ape tah yang aku aim..wak kete mcm mangkuk ayun btl!! lelaki lak tu..nk memotong tu bagila signal ke ape, next time sila tgk blind spot tu..nsb baik la xeksiden da la aku tgh laju!! nsb baik juga aku baru je repair brek kete aku klu tidakkk....uish tak tahula ape jadi..penatla nak menaip. Nanti aku sambung lagi..

Read more...

Thursday, 24 November 2011

Mitos Nutrisi dan Latihan(-_-',)V

Banyak pantang larang atau mitos mengenai makanan dan latihan. “Makanlah yang ini, yang itu tak boleh, “Jangan buat itu, kena buat macam ni” dan macam-macam lagi.

Mitos 1: Jangan makan kalau nak kurangkan berat
Realiti: Benar, tapi ada tapinya. Tidak makan bermakna kurang kalori. Kurang kalori boleh menurunkan berat badan. Tetapi, ia akan menurunkan paras metabolisma dan tenaga dalam tubuh, menyebabkan otot tidak berkembang. Ia akan memberi masalah kepada kesihatan anda. Uruskan atau seimbangkan kalori mengikut ‘bajet’ anda.

Mitos 2: Bila semakin tua, otot bertukar menjadi lemak
Realiti: Otot dan lemak adalah dua jenis tisu badan yang berbeza. Otot tidak boleh bertukar menjadi lemak. Begitu juga sebaliknya. Mitos ini sering dikaitkan dengan ahli sukan yang menjadi gemuk apabila sudah bersara. Mereka gemuk bukan sebab usia, tetapi tidak berlatih seperti waktu aktif. Ada juga yang tidak mengawal pemakanan mereka.Kurang bersenam akan mengecutkan otot(otot lembik) – malahan mengurangkan kadar bakaran tenaga dalam tubuh. Ditambah pula tiada latihan, tiada pembakaran kalori. Mereka akan menjadi gemuk. Tetapi, ini tidak bermakna otot anda bertukar menjadi lemak. Ini isu lain. Tidak semestinya anda akan gemuk apabila berhenti berlatih. Anda cuma perlu kurangkan penggunaan kalori. (Apa yang paling baik ialah amalkan makanan seimbang dan bersenam.)


Mitos 3: Saya hanya perlukan aerobik sahaja
Realiti: Jika anda gabungkan latihan berat dengan aerobik atau kardio, kesan kehilangan lemak menjadi tiga kali ganda daripada senaman aerobik semata-mata.
Aerobik sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular, tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh. Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot. 1 kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti kita berlari 1 km setiap hari. Selepas berumur 35 tahun, mereka yang tidak aktif akan hilang 250 g otot setahun dan menambah 700 g lemak. Latihan berat akan melambatkan proses penuaan.


Mitos 4: Semua lemak memudaratkan

Realiti: Ya lah. Banyak lemak boleh membawa kepada obesiti dan mengundang banyak penyakit. Tetapi, tubuh juga memerlukan lemak. Ia melambatkan proses penuaan dan menangani masalah kelaparan dalam jangka masa yang lama berbanding karbohidrat. Apa yang penting ialah anda harus kenal lemak ‘baik’ dan lemak ‘jahat’. Anda harus faham bahawa lemak juga satu makronutrien penting (sejumlah 15% lemak diperlukan dalam pengambilan kalori harian anda).

Mitos 5: Untuk membina tubuh langsing, perlu berlatih beberapa jam sehari
Realiti: Jangka masa latihan sebenar sepatutnya tidak melebihi sejam. Walaupun perlu bersosial, ada baiknya jangan buang masa berbual waktu di gim atau minum di lounge.

Read more...

The Secret to a Lasting Marriage: Embrace Imperfection

When I was a little girl, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work.

On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage and extremely burned toast in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet, all my dad did was reached for his toast, smiled at my mom, and asked me how my day was at school.

I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that toast and eat every bite! When I got up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad for burning the toast. And I'll never forget what he said: "Baby, I love burned toast."

Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his toast burned. He wrapped me in his arms and said, "Debbie, your mommy put in a hard day at work today and she's real tired. And besides, a little burnt toast never hurt anyone!"

In bed that night, I thought about that scene at dinner...and the kindness my daddy showed my mom. To this day, it's a cherished memory from my childhood that I'll never forget. And it's one that came to mind just recently when Jack and I sat down to eat dinner.

I had arrived home late...as usual...and decided we would have breakfast food for dinner. Some things never change, I suppose!

To my amazement, I found the ingredients I needed, and quickly began to cook eggs, turkey sausage, and buttered toast. Thinking I had things under control, I glanced through the mail for the day. It was only a few minutes later that I remembered that I had forgotten to take the toast out of the oven!

Now, had it been any other day -- and had we had more than two pieces of bread in the entire house -- I would have started all over. But it had been one of those days and I had just used up the last two pieces of bread. So burnt toast it was!
As I set the plate down in front of Jack, I waited for a comment about the toast. But all I got was a "Thank you!" I watched as he ate bite by bite, all the time waiting for some comment about the toast. But instead, all Jack said was, "Babe, this is great. Thanks for cooking tonight. I know you had a hard day."

As I took a bite of my charred toast that night, I thought about my mom and dad...how burnt toast hadn't been a deal-breaker for them. And I quietly thanked God for giving me a marriage where burnt toast wasn't a deal-breaker either!

You know, life is full of imperfect things...and imperfect people. I'm not the best housekeeper or cook. And you might be surprised to find out that Jack isn't the perfect husband! He likes to play his music too loud, he will always find a way to avoid yard work, and he watches far too many sports. Believe it or not, watching "Golf Academy" is not my idea of a great night at home!

But somehow in the past 37 years Jack and I have learned to accept the imperfections in each other. Over time, we have stopped trying to make each other in our own mold and have learned to celebrate our differences. You might say that we've learned to love each other for who we really are!

For example, I like to take my time, I'm a perfectionist, and I'm even bad tempered. I tend to work too much and sleep too little. Jack, on the other hand, is disciplined, studious, an early riser, and is a marketer's dream consumer. I count pennies and Jack could care less! Where he is strong, I am weak, and vice versa.

And while you might say that Jack and I are opposites, we're also very much alike. I can look at him and tell you what he's thinking. I can predict his actions before he finalizes his plans. On the other hand, he knows whether I'm troubled or not the moment I enter a room.

We share the same goals. We love the same things. And we are still best friends. We've traveled through many valleys and enjoyed many mountaintops. And yet, at the same time, Jack and I must work every minute of every day to make this thing called "marriage" works!

What I've learned over the years is that learning to accept each other's faults - and choosing to celebrate each other's differences - is the one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting marriage relationship.

And that's my prayer for you today. That you will learn to take the good, the bad, and the ugly parts of your married life and lay them at the feet of GOD. Because in the end, He's the only One who will be able to give you a marriage where burnt toast isn't a deal-breaker!

Have a great day! May God bless your marriage.

Read more...

Thursday, 17 November 2011

TAHUKAH ANDA KELEBiHAN MINUM AIR KOSONG KETiKA PERUT KOSONG??


Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

KAEDAH2NYA

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang2 Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum ...
Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.
Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.

Read more...

Wednesday, 16 November 2011

Cerita Si Penggunting Rambut.

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Read more...